25-Tempat

3.4K 99 5
                                    

SYED menyandarkan badannya pada kerusi Cafe dan kakinya disilangkan. Telefon pintar miliknya dibuka lalu dia ikon app Instagram ditekan.

Nama Instagram Ain dicari kerana dia ingin mengetahui sekiranya Ain update gambar baharu atau tidak. Ternyata Ain tidak meletakkan apa-apa petunjuk tentang keberadaannya.

Tiba-tiba, ibu jari kanannya terhenti daripada menekan skrin telefon.

"Haish."

Dia tersedar bahawa Ain tidak membawa telefon pintarnya ketika melarikan diri. Dia menarik nafas dengan dalam lalu mata dipejam dan kepala mendongak ke atas. Rahang diketap dengan kuat.

"Bro.", panggil seseorang kemudian dia terus melihat gerangan itu.

Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi namun tiada siapa tahu yang dia sedang memikirkan banyak soalan yang harus ditujukan kepada gerangan itu. Dia tersenyum nipis sambil mengangguk.

"Duduk la, Harith.", ajak Syed dan telefon pintarnya diletakkan di atas meja. Straw dipegang dan air Latte dikacau. Dia menghirup air tersebut dan dia membetulkan kedudukannya.

Harith mengangkat keningnya sambil menunggu kata-kata Syed. Syed yang sedang memandang ke arah airnya terus menjilat bibirnya dan keluhan dilepaskan.

"Kau... tak nak order air?", soalnya. Harith tergelak perlahan dan kepala digelengkan.

"It's okay. Aku tak nak melengahkan masa.", jawab Harith sambil cuba menahan senyuman.

Anggukkan diberi dan Syed kembali merenung airnya.

"Syed?", tegur Harith. Syed berdehem kecil dan kening digaru.

Ya, dia perlu tanya dengan secepat yang mungkin.

"Harith, aku nak tanya sikit boleh tak?", soal Syed sambil menahan perasaan debar.

"Ya? Kau nak tanya apa?", soal Harith kembali. Syed menarik dan menghembus nafas dengan perlahan sebelum menegakkan badannya daripada bersandar.

"Baru ni kau hantar Ain dekat mana?", tanya Syed tanpa berkias lagi. Dahi Harith berkerut sebelum dia tersenyum.

"Kejap... Aku tak ingat.. Em..", Harith cuba mengingati kembali nama tempat di mana dia menghantar Ain. Syed menunggu dengan perasaan yang berdebar.

"Aku rasa... Aku hantar dia dekat Kampung Sinar.", jawab Harith dan Syed terkedu.

"Kampung Sinar?", soalnya dengan riak tidak percaya.

"Ya.  Asal?", tanya Harith dengan bingung apabila melihat Syed tersenyum lebar. Selepas tiga saat, Syed tergelak sambil meraup rambut hadapannya.

"Tak sangka... dekat situ juga Sayang pergi.", kata Syed dan Harith tersengih kekok.

"Kau asal duh?"

Syed menghirup airnya sampai habis sebelum matanya membalas pandangan Harith.

"Tempat tu... Kampung aku!", jawab Syed dengan nada teruja.

"Laaaa... dekat situ je.", Harith turut tergelak. Dia tidak menyangka bahawa Ain hanya mampu pergi ke situ. Dia berfikiran positif,mungkin Ain ingin tinggal dalam suasana yang aman.

Tanpa melengahkan masa, Syed menekan skrin telefon pintarnya berkali-kali. Dia mencari kawasan Kampung Sinar dengan menggunakan Google Maps.

"Dekat je... Dalam sejam gitu.", gumamnya sambil tersenyum.

"Syed."

Syed mengangkat kepalanya, "Hm?"

Harith teragak-agak dan kening digaru perlahan.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now