24-Rahsia

4.1K 113 15
                                    

FARRA dan Nazatul berjalan ke ruang tamu dengan perlahan. Faris yang sudah menunggu di ruang tamu terus mengangkat kepalanya untuk melihat Nazatul. Dia semakin bersalah setelah melihat mata Nazatul yang membengkak akibat menangis.

Apabila Nazatul mendapati kelibat Faris berada di situ pula, dia terus menyorok di belakang badan Farra. Baju Farra digenggam dengan kuat dan pandangan cuba dilarikan daripada melihat Faris.

Farra yang mengerti tujuan Abangnya itu hanya tersenyum nipis. Dia juga turut menggenggam tangan Nazatul untuk memberi kekuatan.

" Naza...Abang-- ", Faris memejamkan mata seketika sebelum melepaskan keluhan kecil.

" Abang akan bertanggungjawab. ", Faris memberi kata putus lalu Nazatul terus menggelengkan kepalanya. Faris yang melihat reaksi itu mengerutkan dahinya.

" Kenapa? Salah ke kalau Abang nak bertanggungjawab? Kalau Naza mengandungkan anak Abang macam mana? Kalau suami Naz--"

" Faris! ", jerit Nazatul dan wajah Faris dilihat dengan geram. Dia tidak mahu mendengar kata-kata Faris lagi. Panggilan nama Faris juga turut ditukar.

" Naza nak kita semua anggap semua ni tak berlaku. Naza nak lupakan semua ni. Tolong jangan heboh pasal benda ni... Biar Naza cakap sendiri dekat suami Naza. Faris tak perlu buat apa-apa. ", jelas Nazatul dengan nada yang rendah.

Farra terus memandang ke arah Nazatul dengan mata yang membulat. Dia menggoncang lengan Nazatul tanda bahawa dia tidak bersetuju dengan penjelasan kawannya itu.

Nazatul membalas pandangan Farra dengan riak serius, "Kau sebagai kawan aku,kena simpan rahsia ni."

" Tapi... "

Jari telunjuk kanan diangkat dan kening Naza bertaut.

" Kau yang tinggalkan aku, Farra... Jadi, tolong jangan bagitahu orang lain. Biar aku settle kan sendiri. " , jelas Nazatul dengan nada rendah.

" A-Aku minta maaf... " , balas Farra dengan perasaan bersalah. Nazatul hanya tersenyum nipis dan lengan kanan Farra digosok seketika.

" Jangan risau. Aku akan jaga rumah tangga aku sebaik yang mungkin. " , ujar Nazatul dengan tujuan untuk memberitahu kawannya itu bahawa dia baik-baik sahaja.

Baru sahaja Farra ingin membuka mulut, Nazatul sudah memotong.

" Dah, Farra... Aku okey.. "

Farra mengenggam tangan Nazatul dengan kuat sambil menundukkan kepalanya. Matanya bergenang setelah mengimbas kembali kecuaiannya semalam. Kemudian, Nazatul mengeluh lalu dia membisik di hadapan Farra.

" Aku balik dulu. Bye. "

Tautan tangan Farra dilepaskan sebelum kaki melangkah ke arah pintu utama rumah itu.Kelibat Faris yang asyik memandang ke arahnya dihiraukan.

" Biarlah ini perjumpaan yang terakhir aku dengan Faris. " , desis hati Nazatul.

Faris hanya memandang sepi terhadap pemergian Nazatul. Dia ingin menghalang tetapi bila difikirkan semula, lebih baik dia biarkan dulu Nazatul untuk bertenang. Dia pasti bahawa dia dapat memujuk wanita itu untuk berkahwin dengan dirinya.

" Abang akan bagitahu suami Naza pasal benda ni juga... Ni semua untuk kebaikan Naza. Maafkan Abang. ", bisik hati Faris sambil memejamkan mata. Nafas ditarik dan dihembus sebelum dia menuju ke biliknya.

Farra pula menggenggam baju dengan kuat. Dia semakin menyalahi dirinya setelah melihat reaksi Abang nya terhadap keputusan Nazatul untuk merahsiakan perkara ini.

Manakala Nazatul meletakkan kepalanya pada stereng kereta miliknya. Air mata cuba ditahan kemudian nafas dikawal.

Tudung dan baju yang senget dibetulkan. Bedak diletakkan sedikit pada pipinya dan dia cuba untuk tersenyum lebar. Tanpa membuang masa, dia terus memecut laju ke arah jalan raya untuk pulang ke rumah.

PRANG!

NAZATUL tersentak lalu bingkai gambar perkahwinannya yang jatuh dilihat.Dia mengesat air matanya kemudian dia turun dari katil dengan perlahan.Kakinya menapak ke arah bingkai gambar itu.

Dia mencapai bingkai gambar dengan membongkok sebelum meletakkan kembali barang tersebut dalam kedudukan asal.

Dia mengeluh sambil duduk di birai katil.Setelah dua minit dia mengelamun,dia berhasrat untuk melupakan kisah lama.Selimut ditarik lalu dia baring di atas katil.

Sebelum dia memejamkan matanya,tangan dikepal bagai penumbuk kerana bayangan seseorang di otaknya membuatkan dia berasa geram.

"Semua ni jadi...Sebab kau! Dasar perempuan gemuk!"

Nazatul pun tidur dalam perasaan dendam.

SYED menghembus nafas lalu wajahnya yang dingin dilihat melalui cermin.Jam tangan jenama G-Shock dipakai pada pergelangan tangan kiri.

Rambut dirapikan menggunakan jari kemudian dia membetulkan kemeja biru yang dipakai olehnya untuk kelihatan lebih kemas.

Tanpa melengahkan masa,telefon pintar dan  kunci kereta dicapai.Kakinya melangkah keluar dari rumahnya.Dia menekan kunci kereta lalu dia masuk ke dalam kereta itu.Enjin dihidupkan dan dipanaskan.

Sempat dia menghantar mesej kepada Harith bahawa dia ingin berjumpa dengannya di Cafe berhampiran rumah Harith.

Brek ditarik dan kereta diundurkan ke belakang kemudian dia terus memandu keretanya menuju ke Cafe itu.

Ketika itu,dia tekad untuk merendahkan egonya dan berjumpa dengan Harith.Demi isterinya,Ain.Kisah percintaannya bersama isteri Harith terimbas di dalam kepalanya.

Tangannya menggenggam kuat stereng kereta.Imbasan itu dihilangkan.Kali ini,wajah Ain pula terngiang-ngiang di kepalanya.Rahang diketap dan dahinya berkerut.

Dia masih tidak berpuas hati bahawa Ain melarikan diri tanpa pengetahuannya.Malah,isterinya itu tidak meminta izin daripadanya.Dia tahu dia salah tetapi dia mempunyai hak untuk kongkong Ain.

Keluhan dilepaskan lalu badan disandar.Dia menenangkan hatinya sambil memikirkan kebodohan dirinya yang tidak bersikap adil kepada Ain.Tumpuan diberi pada pemanduannya.


HARITH yang sedang bergurau senda dengan Alia di ruang tamu terhenti apabila mendengar bunyi notification daripada telefon pintarnya.Alia mengerutkan dahinya dengan perasaan hairan.

Lantas,Harith mencapai telefonnya kemudian dia membuka mesej yang diterima.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat nama penghantar mesej itu.

"Kenapa?" ,soal Alia sambil memeluk lengan kanan Harith.

Harith tersenyum nipis, "Ni haa...Syed mesej Abang.Katanya nak berjumpa."

"Eh? Berjumpa? Kenapa?" ,soal Alia lagi selepas menegakkan badannya.Harith membalas mesej Syed dan kepala Alia diusap.

"Tak de apa.Rahsia." ,jawab Harith sebelum mencium ubun kepala Alia.Isterinya mendengus geram lalu lengannya dicubit manja.

"Auch! Sayang...."

Alia ketawa keriangan dan baru sahaja dia ingin menyandarkan kepalanya pada dada Harith.Harith menolak perlahan Alia sambil mengeluh.

"Sayang...Abang kena pergi jumpa Syed ni." ,jelas Harith namun Alia melepaskan keluhan berat.

"Ye lah ye lah..." ,gumam Alia.Harith tersenyum dan dahi Alia dicium lama sebelum dia menapak keluar dari rumahnya.Dia pun terus memandu keretanya menuju ke Cafe yang dikatakan oleh Syed.

Dia tahu tujuan Syed memanggilnya.Sejak dia menghantar Ain,dia pasti...Ain dan Syed gaduh besar.Dengan senyuman yang lebar,dia menggumam.

"Aku akan tolong kau untuk cari Ain."


Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now