22-Pil

4K 95 0
                                    

"Lepas ni,kita nak pergi mana?",tanya Farra yang berada di sebelah kanan Nazatul.Pada waktu itu,mereka bertiga sedang berjalan di dalam Mall.

Nazatul yang ralit melihat ragam-ragam orang tersentak lalu wajah Farra dipandang.

"Entah.Aku pun tak tahu.",balas Nazatul sebelum mengerling sekilas gerangan yang asyik memandang ke arahnya.Air liur yang pahit cuba ditelan.

"Eh? Tadi bukan kau ke yang beria nak keluar? Sekarang kau tak tahu nak pergi mana pulak?",ujar Farra dengan dahi yang berkerut.Nazatul berdecit dan pipinya yang tidak gatal digaru.

"Apa kata kita pergi makan dulu?",tanya Faris yang hanya mendiamkan diri tadi.Farra tersenyum dan lengan Nazatul digoyangkan.

"Jom wey! Aku teringin lah nak try Nasi Kukus Ayam Penyet dekat Tingkat Dua tu.",rengek Farra.

"Ye lah ye lah.Kita makan dulu...",ujar Nazatul.Kemudian,mereka melangkah ke arah restoran itu.Setelah mereka sampai,meja yang kosong terus dicari.

"Adik dengan Naza nak apa?",soal Faris sebelum meraupkan rambutnya yang serabai.

"Adik nak...Nasi kukus ayam penyet dengan fresh orange.",jawab Farra sambil merapikan tudungnya manakala Nazatul melihat menu yang tentera di sebuah papan.

"Naza nak apa?"

Wajah Faris terus dipandang,"Naza nak sama macam Farra tapi Naza nak air Teh Ais je."

"Okay.Tunggu kejap.Biar Abang pergi order.",jelas Faris kemudian dia melangkah ke tempat order restoran itu manakala Farra dan Nazatul berbual kosong di meja.

Setelah Faris siap order,dia kembali ke meja mereka sambil menunggu makanan mereka.Ketika Faris melihat ke luar restoran pula,dahinya terus berkerut apabila seorang perempuan sedang berjalan masuk ke dalam restoran itu.

Dia merasakan bahawa dia sangat kenal perempuan itu tetapi kepala digelengkan setelah perempuan itu terus menuju ke kaunter.

"Bukan dia....",desis hatinya.

Gelak tawa seseorang menghentikan lamunannya.Dia terus memandang Nazatul yang sedang gelak sambil menutup mulut.Dia cuba menahan senyuman.Dia juga tidak mahu adiknya tahu tentang perasaannya terhadap Nazatul.

"Kau ni,Farra.Tu kisah lama lah.Kau jangan nak ungkit.",ujar Nazatul acah-acah marah dan Farra pula tersengih.

Ketika itu,makanan mereka telah sampai.Pekerja restoran yang menghantar makanan itu berusaha menutup mukanya dengan menundukkan kepala.Air Nescafe Bean milik Faris diberikan kepada Nazatul manakala Teh Ais diberikan kepada Faris.

"Jemput makan.",ujarnya dan mereka bertiga hanya mengangguk.

"Terima kasih...",ucap Nazatul sambil tersenyum dan dia berbalas pandangan dengan pekerja itu.Pekerja itu menelan air liur lalu terus melangkah pergi.

Dahi Nazatul berkerut seketika namun bahu diangkat tanda dirinya tidak kisah.Baru sahaja Faris ingin mencapai airnya pada Nazatul,airnya terus diminum oleh Nazatul.

"Eh Naza?",tegur Faris dengan riak terkejut.Nazatul dan Farra yang sedang minum itu juga turut terkejut.

"Kenapa,Abang?",tanya Nazatul dan dia berhenti minum.Faris tersengih dan leher digaru dengan perlahan.

"Tu air Abang.Nescafe Bean.Ni.."

Air teh ais diangkat.

"Baru air Naza.",jelas Faris dan mata Nazatul membuntang.

"Eh? Maaf,Abang.Naza ingatkan ni air Naza sebab tadi budak tu bagi sini...Aduihh.",ujar Nazatul dengan riak bersalah.Faris tersenyum.

"Tak pe..Air teh ais pun okey.",gurau Faris dan Nazatul tersengih kekok manakala Farra menahan gelak.

"Dah makan makan.",ajak Farra selepas menyiku lengan Nazatul dengan perlahan.Nazatul menjeling Farra dengan geram.

"Tak payah lah.",larang Nazatul dengan rahang yang diketap.

"Sorry.Sorry."

Mereka bertiga terus makan nasi kukus itu dengan selera.Selepas tiga suap sahaja,wajah Nazatul terus berpeluh.Badannya mula berasa panas.Dia minum air dengan laju supaya rasa panas itu dapat dihilangkan tetapi dia terus tidak dapat bernafas dengan baik.

Farra yang terlihat itu mengerutkan dahinya dan bahu Nazatul disentuh.

"Kau okey tak?",soal Farra.Faris yang mendengar pertanyaan Farra terus menghentikan aktviti makannya.

"A-Aku...panas.",jawab Nazatul sambil cuba menahan suatu perasaan.Dia seperti inginkan sesuatu.

Farra pula menekapkan tangannya pada dahi Nazatul,"Tak panas pun."

Faris berasa tidak sedap hati lalu kelibat seorang perempuan dicari.Seorang perempuan yang sedang memarahi seorang pekerja restoran itu dipandang dengan perasaan geram.

"Adik,tunggu jap.",arahnya pada adiknya dan Farra mengangguk sambil memeluk badan Nazatul.

"F-Farra...Tolong aku...Aku nak balik...",rayu Nazatul.

"Ye ye.Sabar.Tunggu Abang aku jap.",balas Farra.

Faris melangkah laju ke arah seorang perempuan lalu lengan perempuan itu ditarik dengan kasar.

"Argh.Sakit!",aduh perempuan itu.

"Sara!",jerit Faris sambil mengawal nada suaranya.Faris memandang Sara dan pekerja restoran itu dengan tajam.

"Kau bagitahu aku sekarang.Kau buat apa dekat makanan aku?",soal Faris dengan kasar sambil menggenggam lengan Sara dengan erat.

Wajah Sara berkerut kesakitan,"Sara tak buat apa-apa pun la."

"Jangan tipu aku!"

Sara tersentak dan pandangan dialihkan ke arah lain.Faris yang cuba menahan perasaan marah itu pula melihat ke arah pekerja restoran yang menghantar makanan mereka tadi.

"Perempuan ni suruh kau buat apa tadi?",tanya Faris.Pekerja restoran itu terus menundukkan kepalanya.

"Baik kau bagitahu aku sebelum aku report kau dekat polis.",ugut Faris.Sara terus membulatkan matanya.

"Faris!",panggil Sara dengan nada merayu.

"Kau diam.",arah Faris sebelum menggetap rahangnya.

"Aku kira sampai tiga kalau tak..."

"Maafkan saya,Bang! Akak ni upah saya kalau saya letak pil dalam air Abang.",terang pekerja itu.Faris mendengus kasar.

"Pil apa?!",tengking Faris setelah dia tidak dapat menahan perasaan marah.

"P-Pil perangsang...",jawab pekerja itu dengan gagap.Faris meraupkan rambutnya dan pegangan tangannya pada lengan Sara dilepaskan dengan kasar.Dia menunding jarinya ke wajah Sara.

"Nanti aku report dekat parents kau.",ujar Faris sebelum melangkah pergi.Beberapa keping duit RM10 diletakkan ke atas meja makan mereka.

Nazatul yang asyik merengek dirinya panas itu dilihat dengan kasihan oleh Faris.Farra pula mempamerkan riak bersalah pada Nazatul.

"Biar Abang angkat Naza.",kata Faris sebelum mengangkat Nazatul dengan bride style.Farra tidak mampu menghalang kerana dia juga tahu yang dirinya tidak dapat dukung Nazatul.

Baru sahaja Faris melangkah beberapa tapak,namanya dipanggil.

"Faris! Sara tak bersalah pun!",bohong Sara sambil berlari ke arah Faris.

Riak wajah Faris menjadi dingin.Farra pula menjeling dengan geram.Mereka berdua terus mengabaikan Sara dan menapak ke luar dari restoran itu.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now