14-Tunggu

4.1K 137 30
                                    

Ain yang mendengar suara Syed yang tegas itu terkedu.Matanya berkelip-kelip apabila panggilan ditamatkan.

Marah ke Syed kepadanya? Haih.

Salah ke sekiranya dia ingin memudahkan Syed untuk bahagia?

Kepalanya digelengkan kemudian telefon disimpan ke dalam poket seluar.Badan dipusingkan lalu maggie diletakkan ke dalam sebuah mangkuk dengan berhati-hati.Dia terus membasuh periuk tadi dengan cepat.

Kakinya melangkah ke ruang tamu sambil membawa maggie.Maggie itu diletakkan dahulu ke atas meja kecil sebelum dia kembali ke dapur untuk mengambil segelas susu Dutch Lady yang tersimpan di dalam peti sejuk.

Dia duduk bersila di atas karpet berbulu dan televisyen dibuka.Rancangan Running Man menjadi tontonannya.Dia membaca doa makan sebelum menghirup kuah Maggie.

Selepas 15 minit,dia mengesat hidungnya yang berair dengan tisu.Pedassss.

Mangkuk dan gelas diangkat dan dia terus membasuhnya di dapur.Setelah selesai,dia duduk di atas sofa sambil mencapai telefon pintarnya.

Aplikasi Whatsapp dibuka dan dia membalas setiap mesejnya satu per satu.Ketika dia sedang leka,Muiz tiba-tiba menghantarnya sebuah gambar.Kedua-dua keningnya terangkat lalu nama Muiz ditekan.

"Gambar apa ni? Eh? Pantai??",jarinya terus menaip dengan laju.

Ain
Apa function kau antar gmbr tu?

Muiz is typing...

"Perghh,laju eah."

Muiz
Tak de function.Tp lawa tak tempat tu?

Bibir Ain terjuih.

Ain
Lawa je.Kenapa?

Muiz
Nanti lepas kita kahwin,boleh lah kita pergi sana kan? HAHAHAHA

Ain
Ketahian apakah ini?

Muiz
HAHAHAH okok,aku gurau je.Sebenarnya Aidan dengan Mimi nk g sana.

Ain
Okay....pastu?

Muiz
Diorang ajak kita wuuu.

Ain terkebil-kebil.

"Kenapa diorang ajak aku?Aduhh.Tempat tu lawa tapi haish.Syed bagi ke eah?",gumam Ain sambil menggigit bibirnya dengan perasaan resah.

Ain
Kenapa diorang ajak kita?
Tempat tu dekat mana wey??

Muiz
Sebab diorang bosan...kot?
Alahh.Takkan kau tak tahu,tu dekat Pulau Pangkor.Kuno lah kau.

Ain
Vavi
Haish...bila nak pergi?

Muiz
Besok

Mata Ain terus membuntang.

"Besok?!"

Ain
Woi! Kau giler ke? Kenapa awal sangat? Dah lah baru bgtau ari ni!

Muiz
Ouh..hehe.Sebenarnya,lama dah diorang bgtau.Cuma aku tak de kesempatan nak bgtau kau.
XD

Ain
Butoh

Ain menggigit bibirnya dengan geram.Eiii dia nak je lempar Muiz ni dalam sungai.

Muiz
Nak pergi tak?

Dia membaca mesej itu dengan perasaan gelisah.Dia menghembus nafas dengan kasar lalu badan disandarkan pada sofa.Bibirnya tercebik apabila teringat bahawa Syed ingin pulang ke rumah malam ni.

"Haih.Memang tak lah dia nak bagi aku keluar.Nanti mahu terbalik meja kalau aku minta izin dengan dia.",dia tersengih.

Selepas beberapa saat,sengihannya terus mati.

"Kenapa aku masih fikir pasal dia?Bukan ke aku nak lupakan dia ke? Haih...Ain.Tadi cakap lain,sekarang pun cakap lain.",rungut Ain.Dia merenung ke arah meja sebelum mengukirkan senyuman.

"Mungkin Syed nak pujuk aku tak nanti? Sebab tu dia terus nak balik sini? Wow.Kenapa aku rasa happy ni?"

Dia memejamkan mata sambil tersenyum.

"Tak pe lah.Aku tak nak pergi lah besok.Aku nak tunggu Syed balik.Lepas tu,aku nak masak makanan favourite dia.Haha.",dia terus mencapai telefonnya dan dia memberi balasan kepada Muiz.

Ain
Aku tak pergi.Busy.

Jam yang terpapar di telefon dilihat.

"Lima setengah petang baru...Lama lagi ke Syed nak balik ni? Aku ingat nak ajak dia pergi try Ayam MCD.Craving duhh.",bibir Ain dimuncungkan.Dia membayangkan dirinya menggigit peha ayam MCD dengan besar.

"Perghh.Mesti sedap siot.",air liur ditelan lalu dia melangkah ke biliknya meninggalkan televisyen yang masih terbuka.Tuala dicapai dan bilik air dituju.Dia terus membersihkan dirinya dengan lama.

Selepas dia memakai pakaian,dia kembali menonton televisyen sambil berbaring di atas sofa.Kadang-kadang,matanya mengerling sekilas jam dinding disertakan dengan keluhan.Bibir dicebikkan apabila dirinya terasa bosan lalu telefonnya dicapai.

Dia membuka aplikasi Instagram dan pelbagai video yang kelakar dilihat.Tiba-tiba,dia terkaku.

_nazasy_ send you a photo.

Jarinya menggigil ketika menekan notification tersebut.Gambar yang dihantar oleh Nazatul dilihat dengan lama.

Gambar selfie Nazatul yang sedang menyandar pada bahu kiri Syed sambil tersenyum.

Nazatul
Tq sbb bagi Syed tidur sini ahaks!

Butang off terus ditekan lalu keluhan yang berat dilepaskan.Dia mengiring ke belah kanan sebelum merenung televisyen dengan lama.

"Dia....tipu aku lagi.",dia tersenyum nipis kemudian mata dipejam dengan erat.Bibir juga digigit dengan kuat.

"Hiks."

Dia mula menangis teresak-esak.Kusyen sofa digenggam kuat dan nama ibunya dipanggil beberapa kali.

"Ibuuu.",dada pula ditumbuk.

"Ain penat..."

Pada waktu itu,Ain menangis dan meraung seperti tiada hari esok.

NAZATUL tersenyum sinis lalu bibirnya dicebik dengan menyampah kerana Ain tidak membalas mesejnya.

"Naza..."

Nazatul terus menutup telefon pintarnya kemudian wajah Syed dipandang dengan lembut.Senyuman yang manis terlakar.

"Ya,Abang?",sahut Nazatul sebelum merapatkan kedudukannya ke arah Syed.Kening Syed terangkat dan lengannya diletakkan pada bahu Nazatul.

"Gambar tadi,Naza hantar dekat siapa?",soal Syed.Senyuman Nazatul mengendur namun dia terus mengawal riaknya.

"Naza hantar dekat Farra.Kenapa?"

Syed mengganggukkan kepalanya dan dia menghadap ke arah televisyen,"Ingat kan Naza hantar dekat scandal Naza."

Wajah Nazatul terus menjadi pucat sebelum dia menelan air liur yang terasa kesat .

"S-Scandal?"

"Hahahaha.Abang gurau je lah.Abang percaya yang Naza takkan curang dengan Abang.",jelas Syed selepas tergelak kecil.Nazatul tersengih kekok.

"Ouh ya.Hahhaha."


Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now