08-Perangai

4.1K 133 24
                                    

"Kau tak percayakan aku?"

Tanpa Ain sedar,riak Syed berubah apabila Ain mengiya-iyakan soalan Syed.

"Alright.",nada suara Syed berubah.

"Syed!",jerit Ain kegeraman apabila Syed mendongakkan dagunya.

"Shh."

"Kau nak buat apa sial--?!",mulut Ain ditekup dan Syed tersenyum sinis.

"Language,Sayang."

Syed mendekatkan mulutnya ke telinga Ain.

"Giliran kau..."

"Hah???",kening Ain bertaut.

"...untuk layan aku."

Mata Ain terus membuntang.



AIN merasakan ada sesuatu benda yang bergerak di pipinya.Dahinya berkerut namun mata masih lagi terpejam.

"Ish!",dia mengibas-ngibaskan benda itu.

Syed tergelak perlahan melihat reaksi Ain.Jarinya bermain di pipi Ain sekali lagi.Beberapa rambut Ain diselitkan pada telinga Ain.Air rambut sengaja dititiskan ke wajah Ain.

Ain mendengus geram lagi.

"Ishhh!",dia menepis tangan Syed.

"Sayang...bangun."

Ain mendiamkan diri akibat rasa mengantuk yang amat.

"Sayang...."

"...diamlah.",bantal diambil kemudian Ain menekupkannya pada telinga.Bisinglah!

"Bangun."

"Erm.",gumam Ain.Kening Syed terangkat apabila Ain masih tidak menunjukkan bahawa dia ingin bangun dari tidur lagi.Syed mendekatkan dirinya pada badan Ain.

"Kalau kau tak bangun,aku buat kau tidur seharian nanti kang.",ugut Syed.

Mata Ain dibuka dengan perlahan-lahan.Dia terkebil-kebil untuk memproses memorinya semalam.Badannya pula berasa sejuk.Pipinya berbahang apabila dia teringat kejadian semalam.

"Puteri Aini."

Ain terus menolak bantal tadi ke arah muka Syed kemudian dia berlari keluar dari bilik sambil menyelimutkan dirinya.Rasa sakit cuba dihiraukan.

Syed tersengih sebelum bersila di atas katil.Rambut yang basah diserabaikan.

"Well,we are officially husband and wife now."

Kemudian,dia mengemas katil itu dengan kemas.Cadar ditukar kepada yang baru.Dia melakarkan senyuman apabila mengingati kejadian semalam.Almari baju dibuka lalu kemeja putih dan seluar Jeans biru gelap dicapai.

Kain tuala yang membalut tubuhnya ditanggalkan kemudian baju dipakai.Semasa dia membuka pintu bilik,telefon miliknya berdering.

Dia melangkah ke sebelah katil lalu telefon diambil.Panggilan diangkat.

"Hm?",gumam Syed sambil duduk di atas katil.

"Abang! Abang ada dekat mana?",soal Nazatul.

"Rumah Ain."

Nazatul terus mendengus geram,"Kenapa Abang pergi sana? Kenapa tak tidur sini malam semalam?".

Syed berdecit sambil memandang ke arah kakinya.

"Semalam,Naza yang halau Abang kan.Jadi,Abang tidur sini.",jelas Syed.Pintu bilik air yang terbuka membuatkan dia mengangkatkan kepalanya.Ain yang sudah selesai mandi dipandang oleh Syed.

"Tak semestinya Naza halau Abang,Abang kena pergi sana!Abang kena pujuk Naza bukannya pergi layan Ain!",bebel Nazatul.

Ain mengangkat keningnya kehairanan apabila dahi Syed berkerut.

"Pehal?",tanya Ain.

"Naza.",jawab Syed sepatah tanpa suara.

Ain terus mengangkat kedua-dua bahunya dengan selamba kemudian kakinya melangkah ke arah pintu bilik.

"Abang?!",panggil Nazatul dengan geram.

"Ye...Nak pujuk apa lagi? Naza yang buat hal.",balas Syed lalu dia berjalan dengan laju ke arah Ain.

"Naza yang buat hal? Eh.Abang yang mulakan dulu--"

Telefon ditekapkan pada seluar dan tangan Ain ditarik.

"Mak!",Ain terkejut sehingga terlompat.Syed dipandang dengan geram.

"Syed?!Terkejut aku!",bisik Ain dengan keras.Risau sekiranya Nazatul dapat dengar suaranya.

Syed pula tersengih melihat telatah Ain.

"Nak pergi mana?",bisik Syed pula.Ain menepis tangan Syed dengan perlahan.

"Nak masuk bilik.",jawab Ain kemudian dia terus keluar dari bilik Syed.

"Aku ikut."

Ain terus menjulingkan matanya ke atas.Syed menekapkan kembali telefonnya di telinga sambil mengikut Ain.

"--Abang tahu tak,Naza risau! Kalau Abang tak balik sini terus macam mana?Pastu,Ab--"

"Naza.Abang okey je lah."

Ain menutup pintu biliknya tetapi ditahan oleh Syed.

"Syed....tak payah nak buat hal.",ujar Ain dengan perlahan.

"Aku nak masuk sekali.",pintu terus ditolak dengan kuat.Dahi Ain berkerut kegeraman.

"Abang! Abang buat apa tu?!Naza tengah cakap dengan Abang kan!"

"Abang tak buat apa-apa lah.",Syed membaringkan tubuhnya ke atas katil Ain.

"Abang konon.",gumam Ain dengan menyampah.Dia terus mencari bajunya di dalam almari baju.Tiba-tiba,dia memikirkan sesuatu yang dapat mengenakan Syed.

"Naza nak pergi beli barang ni!Naza nak Abang balik sekarang!Abang faham tak?!",arah Nazatul.

Dengan selamba,Ain memakai bajunya di hadapan Syed.

Syed terkedu dengan matanya yang membuntang.

"Abang?! Abang dengar tak!",jeritan Nazatul membuatkan Syed terkejut lalu dia menundukkan kepalanya sambil berdehem.

"Ya...",Ain yang selesai memakai baju dikerling sekilas.

"..Abang dengar...",air liur ditelan.

"Abang balik sekarang jugak!",ujar Nazatul.Kening Syed terangkat.

"Hah? Balik? Buat apa?"

"Tadi Abang cakap Abang dengar!",marah Nazatul.

"Aaa...nantilah Abang balik.Abang busy ni.Ada kerja.",bohong Syed.

"Kerja?! Hari ni Abang cuti lah! Abang jangan nak tipu Naza!"

"Abang kerja...okay lah.Abang pergi dulu.Besok Abang balik."

"Ab--"

Panggilan terus ditamatkan oleh Syed.Ain yang sedang mengikat rambut didekati.

"Kau sengaja buat macam tu kan.",bisik Syed di telinga Ain.

Ain beriak selamba.

"Buat apa?",wajah Syed dipandang.

Syed mendiamkan diri sambil memerhati wajah Ain dengan lama.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now