36-Malam

2.9K 100 0
                                    

AIN yang sedang berbaring terus merenung ke siling. Syed pula yang kadang-kadang ketawa sambil bermain telefon cuba dihiraukan.

Hari ini sahaja dah buat fikiran dia bercelaru.

Penceraian Nazatul.

Anis yang tiba-tiba mengandung.

Syed yang tiba-tiba hilang akal.

Lepas tu, lelaki yang teman Nazatul di mahkamah pagi tadi.

Ain berdecit lalu badan terus dihadapkan ke arah Syed, " Awak. "

" Hmm ? ", sahut Syed namun matanya masih fokus kepada telefonnya. Seketika senyuman terlakar di bibirnya. Ain mencebik sebelum tangan kanan Syed dikuis dengan jari.

" Ya, Sayang ? Nak apa ? "

Kini, Syed menumpukan perhatian kepada Ain. Badannya juga turut dirapatkan dan Ain dipeluk olehnya lalu isterinya terkedu.

" Aaa. Terlebih perhatian ni ! ", desis hati Ain.

Syed pun menghidu bau rambut Ain yang wangi itu, " Cakap la. Kenapa diam pulak ni ? "

Ain terus menolak kepala Syed dengan perlahan dan badan mereka dijarakkan.

" Okey. Biar je macam ni. Kalau awak rapat, nanti saya tak boleh fokus. ", jelas Ain dengan mata terpejam. Kemudian, Syed tersenyum sinis.

" Kenapa ? Sayang tergoda ke ? "

Mata Ain terbuka dan wajah Syed dipandang dengan riak serius.

" Saya taknak jawab. "

" Eh. Hahahaha. ", Syed gelak.

Pada masa yang sama, Ain menepuk perlahan tangan Syed dengan perasaan geram.

" Awak ni. Serius la sikit. "

Syed mengaku kalah, " Ha ye. Abang serius. "

" Pagi tadi. Siapa lelaki yang ikut Naza tu ? ", soal Ain dengan riak ingin tahu. Syed pula memincingkan matanya dan kepala dijauhkan dengan perlahan.

" Kenapa Sayang nak tahu ? Sayang suka d-- "

PAP !

Dada Syed ditepuk dengan kuat oleh Ain. Syed terus mendesis kesakitan dan perkataan maaf diucap beberapa kali.

" Jangan nak main-main eah ! ", larang Ain dan Syed menganggukkkan kepalanya dengan laju sambil menelan air liur.

" Lelaki tu bakal suami Naza. ", jawab Syed tanpa berselindung lalu Ain terus menekup mulutnya dan matanya terbuntang.

" Jadi, dia la yang-- "

" Haa. Ye. Dia la orang nya. ", balas Syed dengan cepat kemudian telefonnya ditutup dan diletakkan di atas meja kecil yang berada di sebelah katil.

" Tapi, macam mana awak boleh tahu ? Lepas tu, macam mana awak boleh ceraikan Naza ni ? Awak kata awak busy kerja sampai tak keluar dari office. Tapi ? ", tanya Ain berturut-turut sehingga Syed mengeluh penat.

Dengan cepat, badan Ain dipeluk erat dan kemas.

" Ehmm. Awak ! Saya lemas la ! ", adu Ain sambil menepuk-nepuk sisi badan Syed.

" Sayang ni banyak bunyi la. Dah lewat ni. Tidur. Tidur. ", perintah Syed.

" Eyyy. Saya tak nak tidur lagi la. ", bangkang Ain dan pelukan cuba dilepaskan.

Syed terus merapatkan dahinya dengan dahi Ain dan mata isterinya ditenung dengan tajam.

" Sayang nak tidur sendiri ke atau nak suruh Abang yang tidurkan Sayang ? Kita dekat rumah parents Abang ni. Haaa. ", ugut Syed dengan riak serius lalu Ain pun menampar dada suaminya dengan kuat sekali lagi.

Chubby 2  [COMPLETED]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt