07-Sorang

4.1K 136 18
                                    


"Ibu Ayah...Tolong Anis..",gumam Anis.

"Siap kau nanti,Anis.",larang Naqiu sebelum menendang pintu bilik itu lagi.

Naqiu terus meninggalkan Anis yang berada di dalam bilik itu.Dia memandu motosikalnya menuju ke tempat lain.

Anis menarik nafas dengan perlahan sebelum menghembuskannya dengan lega.Pintu bilik dibuka lalu dia berlari ke arah pintu rumah untuk menguncinya.

Dia membaringkan badannya ke atas sofa sebelum memejamkan matanya dengan erat.

"Dia buat lagi..."

Sejak dia berada di Tingkatan Empat lagi dirinya dipantau oleh Naqiu.Semua maklumat tentang dirinya diketahui oleh Naqiu.Dia merupakan seorang anak yatim yang kehilangan ibu bapa sejak Tingkatan Satu lagi.Mujur sahaja,ibu bapanya meninggalkan rumah itu kepadanya dan beberapa jumlah duit yang mampu menyara hidupnya.

Walaupun begitu,dia masih lagi perlu berkerja di siang hari untuk mencari makan.

Sekarang dia telah berumur 19 tahun,Naqiu pula semakin menjadi-jadi.Dia mengugut dirinya dan juga mengongkong hidupnya.Anis menyesal kerana mencari pasal dengan Naqiu.Dia tidak harus mengambil gambar Naqiu bersama Ainul dahulu.

Yang Anis tahu,Naqiu seorang yang panas baran.Pada pandangan orang luar,Naqiu mungkin kelihatan seorang yang baik tetapi di sebalik wataknya itu,dia cepat panas baran.

"Huh..",keluhan dilepaskan.

Semasa dia berada di Tingkatan Lima,Naqiu pernah memukulnya kerana dia memanggil Naqiu dengan carutan kasar tanpa sengaja.Sejak itu juga,Naqiu berani untuk tidur di rumahnya.

Anis terlelap di atas sofa setelah mengenangkan kisah silamnya.




AIN mengunci pintu pagar rumahnya lalu dia terus memasuki rumahnya dengan lambat.Tudung dicabut satu per satu.Ikatan rambut dicabut kemudian dia terus membersihkan diri.

Jam dinding dikerling sekilas.

12.34 am.

Dia hanya makan sebiji epal hijau bagi mengenyangkan perutnya.

Diet.Dia harus diet.

Televisyen yang memaparkan movie The Avengers dilihat dengan tekun.Tiba-tiba,bunyi enjin kereta menyentakkan dirinya.

Pintu rumah diketuk oleh orang luar.

Siapa datang?

Bunyi ketukan terus hilang.

Dia masih lagi tidak bergerak dari tempat duduknya.Pintu rumah itu terbuka dari luar dan kepala yang mengintai ke dalam dilihat dengan lama oleh Ain.

"Ain."

Ain tidak menjawab dan dia kembali fokus terhadap televisyen.Syed menghembuskan nafasnya sambil melangkah ke arah Ain selepas menutup pintu bilik.

"Sorry.",tempat duduk di sebelah kanan Ain diambil.

"Sayang...",panggil Syed.

"Kenapa kau balik?"

Syed terdiam.

"Kenapa? Aku tak boleh balik sini ke?"

"Tch.Dah beberapa minggu kau tak balik sini,Syed.So,aku pelik.",ujar Ain dengan sinis.

Wajah Ain dipandang dengan lama.

"Kau dah berubah,Ain.",bisik Syed.Ain menjeling sekilas ke arah Syed.

"Apa yang berubah?"

"Kau makin cantik."

Ain terus gelak terbahak-bahak.

"Syed,aku syak kau dah hilang akal.",mata dijuling ke atas.

"Tak.Aku serius.Kau cantik.",balas Syed dengan serius.Ain mengherotkan bibirnya dan tumpuannya teralih kepada Syed.

"Straight to the point.Kenapa kau balik?"

Diam.

Ain menggelengkan kepalanya sambil tergelak sinis.Dia bangun dari duduk tetapi tangannya ditarik oleh Syed.

"Naza merajuk dengan aku.",jawab Syed.




AIN membetulkan kedudukan kepalanya di atas bantal.

"Sayang? Okay tak?"

"Aku okay.",balas Ain yang sedang membelakangkan Syed.Lampu ditutup oleh Syed.

Dia terus memeluk badan Ain dari belakang.

"Thank you,teman aku tidur malam ni."

"Hmm."

Dejavu.

Ain cuba melelapkan matanya tetapi tidak berhasil.

"Ain...",panggil Syed.

"Hm."

"Dah 5 tahun kita kahwin..."

Mata Ain terbuka.

"So?"

"Kau tak nak anak?",soal Syed sambil memandang ke arah Ain.

Ain tidak menjawab malah mata dipejam dengan erat.

"Aku tahu kau tak tidur lagi,Ain.",tegas Syed lalu jarinya bermain dengan pipi Ain.

"Kau nak apa,Syed?",tangan Syed ditepis.

"Aku nak kita jadi macam dulu."

Ain melepaskan keluhan lalu dia menukarkan posisi baring kepada duduk.

"Bangun.",arahnya kepada Syed.

Syed pula hanya menurut.

"Siapa mulakan dulu?Kau ke Naza?"

Diam.

"Syed...",panggil Ain.

"Aku yang mulakan dulu.",balas Syed.

"Hm.Dulu korang gaduh sebab aku.So,sekarang ni gaduh sebab apa?"

Syed merenung lama ke arah Ain tetapi Ain melarikan pandangan sambil mengangguk.

"Sebab aku lagi kan?"

"Ya."

"Cerita dekat aku macam mana korang boleh gaduh.",ujar Ain sebelum menongkat dagu.

"Sebelum aku call kau,kitaorang ada lah gaduh sikit.Naza suruh aku..lepaskan kau.Tapi aku tak nak.",jelas Syed sebelum membaringkan diri di atas katil.

Ain turut baring dengan perlahan.Siling dilihat sambil dia tekun mendengar penerangan Syed.

"Lepas tu?"

"Aku call kau lepas Aidan wasap aku.Aku tak tahu lah yang Naza dengar apa yang aku cakap.Masa aku naik masuk bilik aku dengan dia--"

'Bilik aku dengan dia', kata-kata itu terngiang-ngiang di dalam kepala Ain namun dia cuba untuk tidak ambil kisah.

"--dia kunci pintu.Aku pelik lah kan.Aku ketuk pintu tapi dia tak nak buka.Dia halau aku.Jadi,aku pun blah lah.",Syed menghabiskan ayatnya.

"Then,kau datang sini sebab kau perlukan peneman.",sambung Ain.Syed terus mengalihkan pandangannya ke arah Ain.

"Bukan tu je, aku datang sini sebab aku rindu kau."

Bibir Ain terherot.

"Aku kenal kau sangat-sangat,Syed."

"Kau punya kata-kata tidak boleh dipercayai.",sangkal Ain.

"Kau tak percaya yang aku rindu kau?",soal Syed dengan dahi yang berkerut.

"...hm.",gumam Ain.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now