02-Keluar

4.9K 160 3
                                    

Badan Ain ditolak masuk ke dalam keretanya.Syed menggenggam stereng kereta dengan kuat sambil menstabilkan nafasnya.Ain yang masih lagi terkedu hanya mendiamkan diri.

"Kenapa kau selalu buat aku hilang sabar?",wajah diraup sebelum melepaskan keluhan.Ain terus pandang ke arah Syed.

"Apa yang aku buat?",tanya Ain dengan dahi berkerut.

"Aku dah larang,jangan keluar daripada rumah.Tapi kau degil."

Mereka berbalas pandangan dan Syed teringatkan kata-kata Muiz sebentar tadi.

'Dia putus asa dengan kau dan dia cintakan aku.'

Rahang terus diketap dan senyuman sinis terukir.

"Tak sangka.Kau sanggup ingkar arahan aku.Lepas tu jumpa dengan lelaki lain?Heh.",Ain terus terdiam.Kening Syed terangkat sebelum memegang erat dagu Ain.Tangan Ain cuba menghalang tetapi tidak berhasil.

"Lelaki tu kawan kau juga,Syed.",ujar Ain dengan mendatar.Kadar nafas Syed meningkat dan pegangan dieratkan lagi.

"Arg--",aduh Ain sambil menahan tangan Syed dengan kuat.

"Kawan yang sanggup tikam belakang aku.",pegangan dileraikan sebelum enjin kereta dihidupkan.Ain dijeling dengan tajam kemudian kereta dipandu menuju ke rumah mereka.Manakala Ain mengurut perlahan dagunya yang dicengkam oleh Syed tadi.

"Kau...dah berubah.",desis hatinya sambil menggepalkan tangannya.

Dia terus membuka pintu kereta itu apabila mereka berdua telah sampai di rumah.Sebelum dia masuk ke dalam rumah,Syed memanggilnya.

"Ain."

Ain terhenti dan Syed dilihat dengan pandangan kosong.

"Besok aku hantar kau pergi kerja.Tak de alasan.",pesan Syed sebelum mengundurkan keretanya.Kereta Syed yang semakin menjauh dilihat dengan pandangan yang kabur.

"Syed...tak tidur sini lagi...",bisiknya perlahan sambil menahan esakkan.

KEESOKKANNYA,Ain terus menyiapkan dirinya dengan memakai kemeja biru cair,seluar slack hitam dan tudung bawal hitam.Jam tangan dilihat sekilas.

2.00 petang.

Nafas dihembus perlahan apabila dia terlihat pantulan dirinya di cermin.Hasil lelah dia untuk mengkuruskan badannnya berhasil sedikit.Senyuman yang hambar terukir.

"Kau kurus ke tak.Syed takkan pandang kau.",ujarnya pada pantulan tersebut.Tiba-tiba,dia terimbas kenangan lamanya bersama Syed.

...

"Sayang...",Syed memeluk badan Ain dari arah belakang bersama senyuman manisnya.

"Eh.Syed.Jangan.",lengan Syed cuba ditolak tetapi pelukan semakin dieratkan.

"Shh.Duk diam.",arah Syed sebelum menekupkan mukanya di bahu Ain.Ain hanya mendiamkan diri dan senyuman cuba ditahan.

"Abang suka peluk Sayang.Rasa nak tidur je.",ujar Syed di sebalik tekupan itu dan pipi Ain terus berbahang.

"Err..Syed dah lah.Aku nak masak ni.Nanti kau lapar pula.",lengan Syed ditolak lagi tetapi badannya terus dipusingkan oleh Syed.

"Ulang balik ayat last tu.",arah Syed sambil mengepung Ain.

"Hah?",dia terpinga-pinga dan kening Syed pula terangkat.

Sengihan kekok diberi kemudian Ain mengalihkan pandangan daripada Syed.

"Nanti kau lap--"

Mata Ain terbuntang dan tangan terus menekup bibirnya.Wajah Syed yang berada hampir dengannya ditolak.

"Apa masalah kau?",ujar Ain dengan nada yang geram.Syed memincingkan matanya sebelum menarik tangan Ain daripada menekup bibirnya.

"He--"

Sekali lagi.Ain mengenggam kuat bahu Syed supaya dapat menghentikan perbuatan Syed namun tidak berhasil.

Terhenti.Syed tersenyum sinis sambil menarik nafas dan menghembus nafas.Ain yang membahang dilihat dengan lama.

"Panggil aku, Abang.",bisiknya di telinga Ain.

...

AIN tersedar dari lamunan apabila dia terdengar bunyi hon kereta.Sling bag dicapai kemudian dia terus menuju ke luar rumah.Pintu rumah juga sempat dikunci.Dia terus masuk ke dalam kereta yang berwarna kuning itu.

"Sorry lambat.",ucapnya kepada pemandu tersebut.

"Sokay.",Muiz tersenyum manis.Ain terus memakai tali pinggang keledar dan awning tudungnya dibetulkan.

"Kenapa kau tiba-tiba nak suruh aku hantar kau ni?",kereta terus dipandu menuju ke Candy's Cafe iaitu tempat kerja Ain.

Ain mengeluh sambil menyandarkan badannya ke kerusi penumpang itu.

"Saje."

Kening Muiz terangkat kemudian gelakkan kecil terhasil.

"Macam aku ni bukan member kau pula kan?Aku dah kenal kau lama,Ain.",kepala digelengkan dan sengihan terukir.

"Mesti kau nak lari daripada Syed ork?"

Diam seketika.

"Kalau dah tahu,kenapa kau tanya lagi?",Ain menjulingkan matanya ke atas.

"Pft.Nampaknya,bukan aku sorang je yang suka cari mati.",Ain dijeling sekilas.Senyuman sinis terukir di wajah Ain.

"Dia dah tak perlukan aku lagi.Jadi,aku nak tuntut cerai."

Selepas beberapa minit,brek ditarik apabila kereta sudah sampai di hadapan Candy's Cafe.Muiz melihat dengan lama ke arah Ain sambil memeluk tubuhnya.

"Lepas cerai,kau boleh jadi bini aku.",ujar Muiz dengan serius.Senyuman Ain mengendur.

"Aku...tak nak terikat dah.",mata Muiz dipandang.

"Kau faham maksud aku,kan?"

Muiz mengganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Okay.Tapi kalau kau perlukan aku.Ingat,aku selalu akan ada untuk kau."

Ain kembali mengukirkan senyuman sebelum mengenyitkan matanya.

"Thank you,Muiz.Sayang kau.Muahh!",Ain tergelak besar apabila dia memberi flying kiss ke arah Muiz selepas turun daripada kereta.Muiz mempamerkan riak menyampah.

"Sayang konon.Blah lah.",ujar Muiz sambil menayangkan penumbuk ke arah Ain.

"HAHAHA!Okay,bubyeeee.",lambaian diberi ke arah Muiz yang semakin menghilang.Nafas ditarik dan senyuman yang lebar cuba diukirkan.

Baru sahaja dia masuk ke dalam Cafe tersebut,kelibat seseorang yang sangat dia kenal sedang memandang ke arahnya sambil memeluk tubuh.

"S-Syed."

Riak Syed tidak dapat ditafsirkan tetapi dia yakin bahawa kejadian di luar Cafe tadi dapat dilihat oleh Syed.Keluhan dilepaskan dengan perlahan.

"Okay chill.Kau cuma kena abaikan dia je,Ain.",gumamnya.



.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now