37- Pernikahan

3.5K 99 0
                                    

NAJWA terus memeluk Ain dengan kuat sambil menjerit keriangan.

" WEY NYAH. Bila nak ada baby bump ni ? Aku nak pegang weyyy. "

Ain tersengih kekok, " Awal lagi... Baru je berapa minggu. Nanti kalau dah ada, aku roger la kau. "

" Haa cun ! Roger awal sikit. ", balas Najwa lalu tersengih.

Syed dan Hafiz yang setia berdiri di hadapan mereka mendiamkan diri tetapi Syed terus mendengus apabila Najwa memeluk Ain lagi. Badan Ain terus ditarik ke arahnya.

" Jangan sentuh dia la. Aku punya ni. ", larang Syed. Najwa terus menjeling tajam dan Ain pula hanya mampu mengalah.

" Heyyy. Wa ! ", jerit Naqiu dari jauh lalu pandangan Najwa pun teralih. Naqiu yang sedang menuju ke arah mereka bersama Anis dilihat dengan riak terkejut.

" Wey Naqiu ! Cantiknya bini kau ! ", puji Najwa dan dia berlari ke arah Anis. Tanpa segan silu, badan Anis juga dipeluk.

Naqiu mencebik lalu siku disondol pada Hafiz yang berdiri tegak.

" Aku tak faham macam mana kau handle perangai perempuan tu. ", ujar Naqiu sambil menggelengkan kepalanya. Hafiz pula membalas dengan muka redha.

" Dah biasa. "

Naqiu tersenyum sinis, " Nanti giliran kau pulak. "

Mulut Hafiz ternganga dan riak geli ditayangkan.

" The fish... Aku ? Dengan Najwa ? Memang tak lerr. ", bangkang Hafiz dengan bersungguh-sungguh.

" Aku ship kau dengan dia. ", ujar Syed dengan tiba-tiba.

" See. Along aku pun setuju. ", sambung Naqiu. Hafiz hanya mendiamkan diri kerana dia tidak dapat melawan kata-kata dua beradik itu. Nanti lain yang jadinya.

" By the way-- "

Hafiz dan Naqiu memandang ke arah Syed dengan wajah yang tertanya-tanya.

" Kenapa kau menggigil masa baca akad nikah tadi ? ", soal Syed dengan nada mengejek ke arah Naqiu.

" Fuhh. Tanggungjawab long tanggungjawab. Aku kena jaga anak orang dengan elok haa. ", jawab Naqiu sambil mengurutkan dadanya.

" Ceh. Aku tak rasa kau yang jaga dia nanti. ", ejek Syed lagi dan Hafiz hanya mengangguk setuju. Naqiu pula hanya mengangkat kedua-dua bahunya dan bibir dicebik.

" Aku tak menafikannya. "

Diam.

Tiba-tiba, mereka bertiga melepaskan keluhan berat dengan serentak. Pandangan mereka ke arah Ain, Anis dan Najwa tidak dialihkan.

" Dunia ni kecik je kan ? ", soal Syed sambil memeluk tubuh dan Hafiz hanya menganggukkan kepalanya.

Naqiu tanpa berfikir terus menjawab, " Terlebih kecil la, Long. Senang cerita, pasangan kita semua berkait dengan Kak Ain je. Hmm. Rasa macam Kak Ain ni main character la pulak. "

Syed pun melihat wajah Naqiu dengan riak ' kau-kenapa' dan pandangannya teralih kepada Hafiz yang terpinga-pinga.

" Awat, Fiz ? "

" Tak. Aku rasa ayat Naqiu macam ada benda yang tak betul. Pasangan kita ? Masa bila aku ada pasangan? ", ujar Hafiz dengan kening yang terangkat.

Naqiu mencebik, " Kau kan couple dengan Najwa. "

Lalu dia pun berlalu pergi meninggalkan Syed dan Hafiz yang menahan bengang.

" Apa benda, bodo ? ", soal Hafiz dengan nada meleret sambil menggetapkan rahangnya. Tanpa banyak soal, Syed pun menepuk bahu Hafiz beberapa kali kononnya ingin menenangkan hati member.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now