13-Tinggal

4.3K 129 30
                                    

"Syed..."

Ain menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan.Dia berdehem.

"Kalau apa yang kau rasa tu betul,kau nak buat apa?",soal Ain tanpa nada.Dahi Syed terus berkerut.

Dia silap dengar atau Ain memang akan tinggalkan dia? Telinganya bermasalah ke?

"A-apa? Ulang balik apa yang Sayang cakap.Abang tak dengar.",pinta Syed dan dia ingin memastikan pendengarannya elok atau tidak.

Ain menggigit bibirnya sedikit dan rambut diraup dengan kasar.

Patut ke dia buat macam ni?

"Ya,memang betul apa yang kau rasa tu..."

"Haa? Sa--"

"Aku nak tinggalkan kau."

Dug!

Mata Syed membuntang dan dia terus menggenggam telefonnya dengan erat.

"Sayang! Jangan nak main-main.Sayang jangan buat Abang tengking Sayang.",larang Syed sambil menelan air liur yang terasa lekat dikerongkong.

Ain mencapai telefonnya dan ditekapkan pada telinga kanannya.Kaki melangkah ke arah meja makan sebelum dia duduk di atas kerusi yang ada di situ.

"Maafkan Ain...Kalau Ain tak tinggalkan A-Abang nanti Naza rasa tersisih sebab Abang tak beri perhatian dekat Naza.",jelas Ain dengan lemah lembut sambil jarinya menguis permukaan meja.

"Bullshit!",dinding bilik air ditumbuk oleh Syed.Bahu Ain terhenjut sedikit apabila mendengar tengkingan Syed.

"Jangan bergurau dengan Abang macam ni! Abang tak suka,Ain!",marah Syed dengan dada yang turun naik kerana mengawal nafas.

Ain menggigit bibirnya sedikit dan jari menggaru kening kirinya.

"Abang...Ain rasa bersalah sangat-sangat sebab Ain tak hormat Abang lepas tu cakap kasar dengan Abang.Ain memang nak berubah...nak jadi isteri yang baik untuk Abang.",jelas Ain kemudian dia memejamkan matanya seketika.Syed pula meraup wajahnya.

"Tapi...lepas Naza bagitahu yang dia mengandung,Ain mengalah.Ain dah penat.Abang pun mesti lagi bahagia dengan Naza dan anak Abang nanti.So,Ain kena lah undurkan diri Ain.",Ain menamatkan penjelasannya dengan senyuman.

Syed menggetap rahangnya dengan kuat dan nafasnya dihembus kasar.

"Tunggu Abang dekat rumah.Malam nanti Abang balik.Kita bincang pasal benda ni.Sayang jangan nak lari.",larang Syed dengan nada yang mendatar lalu panggilan ditamatkan.

Syed meletakkan kedua-dua tangannya di singki bagi menahan badannya.Cermin di hadapannya dilihat dengan pandangan yang tajam.Dia mengawal nafasnya sambil memejamkan mata.Telefon pintar diletakkan di tepi singki lalu dia membasuh mukanya.

"Abang...?",panggil Nazatul sambil mengetuk pintu bilik air.Syed berdehem perlahan dan telefonnya disimpan ke dalam poket seluar.Pintu bilik air dibuka dan wajah Nazatul yang bingung dipandang dengan senyuman yang nipis.

"Ya?",soal Syed sambil menahan perasaan bengang.Riaknya cuba dikawal di hadapan Nazatul.

"Kenapa Abang tak mandi lagi? Naza dah siap masak tu.",soal Nazatul kembali sebelum mengerling sekilas tangan kanan Syed yang digenggam dengan kuat.Syed pula berdehem lagi.

"Tadi...kawan Abang call.Dia cakap ada problem sikit dekat office.Malam ni,Abang kena pergi sana...",jelas Syed selepas mengalihkan pandangan daripada wajah Nazatul.

Bahu Nazatul terus mengendur setelah mendengar penjelasan suaminya itu.Bibir digigit dengan perlahan dan matanya bergenang.Tangan kanannya naik mengusap pipi kiri Syed sebelum menghapuskan jarak mereka.

"Tapi...Abang baru je balik sini...Takkan Abang nak tinggalkan Naza.",bisik Nazatul di hadapan wajah Syed sambil merenung mata Syed dengan lama.

Syed pula tidak dapat mengalihkan pandangannya lagi setelah melihat air mata Nazatul yang mengalir setitik demi setitik.Tangannya menggigil namun dia tetap ingin mengesat air mata Nazatul.

"Abang tak boleh seb--"

"Abang tak kesian dekat anak Abang ke?",tanya Nazatul sebelum Syed menghabiskan ayat itu.Syed pula terus terkaku.

"Abang...anak kita rindukan Abang.",kata Nazatul sambil teresak-esak kemudian kepala disandarkan pada dada Syed.

Syed melepaskan keluhan,senyuman yang manis terukir dan kedua-dua tangannya memeluk erat badan Nazatul.Syed bagaikan lupa tentang hasratnya untuk pulang ke rumah Ain bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Okaylah.Abang tak jadi pergi.",balas Syed sambil mengusap perlahan rambut Nazatul.Nazatul pula tersenyum sinis di dada Syed.Rancangannya berhasil!

Siapa cakap dia tak dengar perbualan Syed dan Ain tadi?

Perasaan geram mula hadir apabila dia terimbas kembali kata-kata Syed yang ingin pulang ke sana.Namun,senyuman kembali terukir apabila dia berjaya memujuk Syed.

Heh,jangan harap dia akan lepaskan Syed!

"Abang..?",Nazatul meletakkan dagunya di atas dada Syed sambil mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah Syed.

"Ya?",soal Syed dengan senyuman.

"Abang tak nak makan ke? Naza lapar ni...",ujar Nazatul sambil mencebikkan bibir lalu Syed tergelak kecil.

"Okok,Abang pun lapar jugak.Tapi Abang nak pergi mandi dulu.",balas Syed sambil menjarakkan kedudukannya dengan Nazatul.

Nazatul mencubit sedikit pinggang Syed kemudian matanya menjeling Syed dengan manja.

"Tadi Naza dah suruh Abang mandi tapi Abang tak mandi jugak!",bibir Nazatul menjuih ke depan.Syed menyerabaikan rambut Nazatul dengan geram.

"Kawan Abang call lah tadi.Sebab tu Abang tak mandi lagi.",ujar Syed selepas membalikkan badannya ke arah pintu bilik air.Tuala diambil dan dia terus masuk ke dalam bilik air.

"Kawan lah sangat!",desis hati Nazatul sambil menjulingkan matanya ke atas.Kaki dihentak geram  sebelum dia meninggalkan Syed dan menuju ke dapur untuk menghidangkan makanan di atas meja.







Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now