20-Ikut

4.8K 146 24
                                    

Mulut Hafiz ternganga,"What??"

"Serius lah,Ain?",soal Hafiz dengan dahi yang berkerut.Ain pula mengeleng dengan riak yang polos.Hafiz terus menepuk dahinya perlahan.

"Haih..."

"Okey macam ni.Ain balik sini berapa lama?",tanya Hafiz sambil mencekak pinggangnya.Ain mengetuk jari telunjuk pada dagunya gaya berfikir.

"Entah.Ain tak fikir lagi.Tapi lama lah kot.",balas Ain.Hafiz tersenyum sambil menepuk tangannya sekali.

"Cun! Besok Hafiz bawa Ain pergi bandar.Kita beli telefon.",ujar Hafiz sambil menjongketkan keningnya.

"Ain tak nak.",tolak Ain sebelum berjalan ke kaunter.Rasanya dah cukup makanan yang dibeli olehnya itu.

Hafiz terus mempamerkan riak serius lalu dia mengikuti langkah Ain.Dia berdiri di sebelah Ain yang sedang membayar makanan itu.

Seorang lelaki yang menjaga kaunter mengerutkan dahinya.Wajah Ain dan Hafiz dilihat berkali-kali namun dia masih meneruskan kerjanya.

"Hafiz tak bagi pilihan pun,kan? So,Ain kena ikut juga.",arah Hafiz lalu plastik yang berisi makanan Ain dibelek dengan selamba.Ain mendengus sebelum menampar bahu Hafiz dengan perlahan.

"Tak yah sentuh lah!",Ain menjerit geram lalu makanannya dirampas.Hafiz mengaduh kesakitan padahal tak sakit pun.

"Arghh! Sakitnya! Habislah...Patah lah bahu Hafiz nanti huhu.Nanti Hafiz nak cari duit macam mana kalau bahu Hafiz patah hm.Ni semua salah Ain.",adu Hafiz sambil menggosok bahunya dan wajahnya berkerut kesakitan.Drama semata-mata.

Mula-mula,Ain mengabaikan Hafiz tetapi ramai sangat orang yang melihat mereka berdua,dia terus menggigit bibir.

Dia tersengih kekok dan wajah Hafiz dilihat.

"Sakit sangat ke?",soalnya dengan nada rendah.Hafiz mengangguk sambil mendesis kesakitan.Mulutnya dikemam supaya dia tidak melepaskan gelak yang ditahan olehnya tadi.

"Okok.Ain minta maaf.",mohon Ain sambil meramas jemarinya berkali-kali.

Hafiz menggeleng,"Hafiz tak maafkan Ain selagi Ain tak ikut Hafiz besok."

"Okey.Ain ikut Hafiz besok."

Hafiz terus menegakkan badannya dan tangan yang mengusap bahu tadi dijatuhkan.Riak selamba sekali lagi ditayangkan.

"Besok Hafiz ambil Ain dekat rumah."

Ain menggetap rahangnya kerana dia telah ditipu.Dia memandang ke arah cashier dengan tajam.

"Berapa ni?",tanya Ain sambil mencapai duitnya di dalam poket seluar.Pertanyaan Ain tidak dijawab malah wajah Hafiz pula yang dilihat.

Hafiz menggaru keningnya yang tidak gatal lalu kepala digeleng.

"Err...dik? Akak tanya ni.Berapa semuanya?",tanya Ain lagi dengan dahi yang berkerut.

Lelaki muda itu tersenyum lalu plastik makanan Ain ditolak ke arah Ain.

"Tak payah bayar,Kak.",ujar lelaki itu.

"Ehh? Kenapa pulak?",Ain menghentikan perbuatannya untuk mengira duit lalu wajah lelaki itu dilihat dengan pelik.

"Sebab bos saya belanja Akak.",balas lelaki itu sambil tersengih.Hafiz pula menyandarkan badannya pada kaunter itu dan lolipop perisa strawberi dicapai.Sempat dia menyelit lolipop itu ke dalam plastik makanan Ain.

"Siapa bos a--"

"Dah dah.Jangan banyak tanya.Pergi balik.",halau Hafiz dengan senyuman mengejek.

"Eii tak payah menyibuk lah.",Ain mendengus geram sebelum mengambil plastik makanannya dengan geram.Dia memincingkan matanya ke arah Hafiz sebelum mengalihkannya dengan berlagak.

Hafiz berdecit sinis.Ain pula melakarkan senyuman ke arah cashier.

"Cakap dekat bos awak...terima kasih sebab belanja saya.",ujar Ain dan lelaki itu mengangguk sambil mengerling Hafiz.

"Bukan macam lelaki sebelah saya ni.Kedekut!"

Ain terus berjalan dengan laju keluar dari kedai runcit itu.

"Eiii budak ni."

Decitan halus kedengaran.Hafiz meraupkan rambutnya sebelum dirinya dipanggil.

"Bos.Siapa tu,Bos? Awek Bos ke??",soal lelaki muda itu tadi dengan sengihan.

"Bukan.",balas Hafiz sambil melihat kelibat Ain yang semakin menghilang.

"Dah tu,siapa?"

Hafiz mendiamkan diri sambil tersenyum.Dia tidak menjawab soalan itu.

"Bos?"

"Argh.Diam lah kau,Mail.Jangan sibuk hal aku.Kau tu budak bawah umur lagi.",ujar Hafiz lalu menapak ke stor kedai runcit itu.Mail terkebil-kebil dan dia menggumam kecil.

"Apa kaitan dengan bawah umur ni?"






SEBUAH gambar dilihat dengan perasaan geram.Dia mengenggam tangannya sambil menggetap rahang.

"Sayang...."

Setitik demi setitik air mata jatuh ke atas gambar itu.

"Kenapa tinggalkan Abang...?"

Wajah seorang perempuan yang sedikit berisi dilihat.Dia tersenyum nipis lalu wajah itu diusap.

"M-Maafkan Abang."

Rambut diramas dengan kasar dan dia menjerit dengan kuat.

"Abang bodoh! Kenapa Abang lupa janji Abang? Kenapa?!"

Dinding ditumbuk dengan kuat.Rasa sakit di tangannya dihiraukan.Dia semakin teresak apabila memikirkan bahawa dia tidak menjumpai isterinya.

"Sayang...",dia memanggil isterinya lagi.Hakikatnya tiada yang menyahut.

Tiba-tiba,telefonnya berdering.Dia menarik nafas kemudian menghembusnya dengan perlahan.Telefon itu dicapai dan nama yang muncul di skrin membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

Air mata dikesat dengan perlahan sebelum dia menjawab panggilan itu.

"Ye....",jawabnya dengan acuh tak acuh.

"A-Abang okey tak? Abang ada dekat mana tu? Abang tak nak balik sini?",soal pemanggil dan dia tergelak lalu dagunya diusap.

"Abang okey.Abang tengah buat kerja Abang ni.Rasanya tak balik dua tiga hari ni.",jawab dia dengan nada yang rendah.Mata dipejamkan seketika sambil mengurut kepalanya.

"Abang...Naza takut lah.Nanti siapa nak jaga Naza dengan anak kita kalau Abang tak balik...",rengek Nazatul dengan bibir yang tercebik.Syed terus mencelikkan matanya dan keluhan berat dilepaskan.

"Nanti...Abang cuba balik."

Syed menamatkan panggilan lalu telefon dilempar ke atas meja.Dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala iaitu mencari Ain.Jarinya laju menekan keyboard dan matanya melihat skrin laptop dengan tajam.

Dia menceroboh sistem CCTV di kawasan perumahannya.Tiba-tiba,dia ternampak Ain menaiki sebuah kereta dengan membawa luggage bersamanya di dalam sebuah rakaman CCTV jirannya.

Dia zoom kan skrin untuk melihat nombor plat kereta itu.Setelah mengenal pasti nombor itu,dia meminta rakannya untuk menyiasat tuan kepada kereta yang dinaiki oleh Ain itu.

Setelah lima minit menunggu,dia menerima sebuah e-mel dari rakannya.
Dia membetulkan kedudukannya sambil berdehem.

"Harith...."

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now