35-Berulang

3.1K 94 1
                                    

SYED tersenyum nipis sambil melihat wajah Ain yang dibasahi dengan air mata setelah Ibu Ain memeluk anaknya dengan erat.

" Along. "

Kepala Syed terus berpaling ke belah kanan. Naqiu yang tersenyum sinis dilihat dengan pandangan tajam.

" Kau ni sama je kan. ", ujar Syed lalu kepala Naqiu ditolak.

Naqiu pula hanya melepaskan tawanya kemudian badan Syed dipeluk.

" Aku ikut jejak langkah kau je, Along. ", balas Naqiu.

" Haaa. Sindir la. Sindir. "

Syed menahan tangannya daripada melepaskan tumbukan di wajah Naqiu.

Dia nak marah pun takde guna. Hanya mampu mengeluh.

Syed pun berjalan ke arah bapanya lalu tangan orang tuanya disalam.

" Maafkan, Along. ", gumam Syed.

Bapa Syed terus menganggukkan kepalanya, " Takpe la, Along. Janji Along dah sedar kesilapan Along. "

" Hm. "

Kemudian, mereka terus masuk ke dalam rumah dan berkumpul di ruang tamu. Syed memaparkan riak kosong apabila Ain menjelingnya.

Senyuman cuba ditahan dan mata Ain ditenung. Isterinya pula terus berdecit kegeraman.

" Lepas la. ", gumam Ain dan Syed mengangkat keningnya seakan-akan mencabar.

" Tak nak. ", balas Syed dengan nada bisikan.

" Awak... ", rayu Ain dengan riak wajah kasihan dan lengannya cuba ditarik.

" Tak boleh, Sayang... "

" Kenapa pulak ?! ", jerit Ain dengan nada rendah. Risau sekiranya ibu bapa mereka menyoal tentang keadaan mereka.

Sudah baik ke ? Atau bergaduh lagi ?

" No. No. Mohon dijauhkan. ", desis hati Ain.

" Sayang ingat Abang tak tahu ke ? Mesti Sayang nak tolong Ibu dengan Ma dekat dapur, kan ? ", jelas Syed dengan kening terangkat.

Ya. Ain tidak boleh menafikan perkara itu.

" Tapi. "

" Shhh. Sayang tak boleh angkat benda berat-berat. Bahaya untuk baby kita. ", larang Syed lagi dan Ain terus mendengus.

" Kandungan saya baru je berapa minggu. "

Lalu tangan Syed dicubit sehingga tersentak dan Ain terus memalingkan mukanya.

" Sayang ! ", bisik Syed dengan nada keras sebelum senyuman sinis pada bibir Ain dilihat. Dia pun berdecit.

" Siap kau, bibir ! Malam ni aku kerjakan kau. ", jerit hati Syed.













" Ma happy sangat-sangat sebab Along dengan Ain dah berbaik. ", ujar Ibu Syed sebelum tangan ditepuk seakan-akan anak kecil.

Ain pun terus melepaskan tawa setelah melihat karenah ibu mentuanya.

Nampak comel je.

Kemudian, Syed menghentikan perbualan keluarganya dengan berdehem dengan kuat.

" Along nak buat pengumuman ni. "

Maka, mereka terus menumpukan perhatian kepada Syed. Naqiu yang dapat meneka perkara itu tersenyum sinis dan kepala ditongkat.

Sempat dia menjeling seorang gadis yang duduk di sebelah ibunya. Pada masa yang sama juga, gadis itu mengangkat kepalanya dan mereka berbalas pandangan.

Chubby 2  [COMPLETED]Onde histórias criam vida. Descubra agora