09-Baju

4K 120 12
                                    

Syed mendiamkan diri sambil memerhati Ain dengan lama.Kening Ain terangkat dan dia cuba untuk menahan senyuman daripada terlakar di bibirnya.

"Apaaaaaa,Syed Afiq Daniel?",tanya Ain dengan meleret lalu dahi Syed terus berkerut.

"Jangan panggil macam tu boleh tak? Iman aku tak kuat.Nasib baik baru lepas mandi,kalau tak...",bebel Syed sambil melangkah keluar dari bilik Ain.Dia juga meraup wajahnya.Ain pula terkebil-kebil.

"Apahal?",gumam Ain sebelum mengemas katil miliknya yang sudah berselerak.Dia mengutip pakaiannya yang telah dipakai lalu diletak ke dalam bakul kemudian dia keluar dari biliknya lalu menuju ke mesin basuh.Baju kotor disumbat ke dalam mesin basuh itu.

Syed yang sedang menggeledah makanan di dalam peti ais diabaikan oleh Ain.Ain terus menekan beberapa butang supaya pakaiannya dapat dibasuh.Tiba-tiba,Syed menjenguk dari belakang dia.

"Sikitnya kau basuh baju.",ujar Syed sambil menahan kedua-dua tangannya pada mesin basuh bagi mengunci pergerakan Ain.Ain tersenyum nipis lalu dia melihat ke hadapan.

"Memanglah sebab ada baju aku je....",balas Ain sehingga membuatkan Syed terdiam.

Semua yang Ain katakan memang betul,baju-baju Syed semakin berkurang di biliknya kerana dipindah ke rumah Nazatul.Yang ada pun,dua tiga helai sahaja.

"Lama sangat ke aku tak balik sini?",desis hati Syed dengan dahi yang berkerut.

Pap!

Tangan kanan Syed ditepuk perlahan oleh Ain.Bahu Syed terhenjut sedikit kerana terkejut.Wajah Ain dipandang dengan perasaan bingung.

"Apa?",soal Syed.

"Dengar tak,aku tanya apa tadi?",Ain memusingkan kepalanya untuk melihat wajah Syed dengan jelas.Keningnya terangkat.

"Hah? Tanya apa?"

Pertanyaan Syed membuatkan Ain melepaskan keluhan serta matanya terjuling ke atas.

"Tak de ape lah.",tangan Syed ditolak tetapi Syed semakin merapatkan dirinya dengan badan Ain.Nafas Ain terus terhenti serta matanya membuntang.

"Cakap.",tegas Syed.

"S-Syed.",Ain cuba menjauhkan dirinya daripada Syed tetapi tidak berhasil apabila ruangan semakin sempit.Pipinya terus membahang.

"Kau nak cakap ke tak nak? Kalau tak nak....",bisik Syed di telinga Ain sebelum memeluk pinggang Ain dengan perlahan.Ain terus tidak dapat berfikir dan mulutnya tidak boleh bersuara.

"Ain...",bisik Syed lagi dan mata Ain terpejam.Reaksi Ain dilihat oleh Syed kemudian senyuman sinis terukir.

"Ain!",sergah Syed lalu Ain terlompat.

"Boleh tak kau tinggal dekat sini dua tiga hari lagi??",balas Ain laju dengan perasaan terkejut.

"Pft.",Syed menahan gelak manakala Ain menggigit bibirnya kerana malu.

"Boleh je,Sayang...",ujar Syed sebelum melepaskan badan Ain lalu dia menuju ke ruang tamu.Ain cuba menelan air liur yang berasa pahit.Dia terus bergerak laju ke arah singki sebelum membasuh wajahnya dan kedua-dua pipinya ditepuk beberapa kali.

"Jangan lah buat macam tu,Syed.....",gumam Ain kegeraman dengan senyuman yang terlakar di bibir.

"SAYANGGGG! BUATKAN AIR UNTUK ABANG!",jerit Syed yang berada di ruang tamu setelah berbaring ke atas sofa.Ain tersentak.

"Babi kau anjing!",dia melatah dengan kuat lalu mulut terus ditekup dengan mata yang membuntang.

"Language,Sayang!",tegur Syed sambil menjengukkan kepalanya ke arah dapur.

"Sorry!",balas Ain sambil menggigit bibirnya dengan perlahan.Dia menggeleng kepalanya sebelum membancuh minuman untuk Syed dengan segera.

Syed membuka televisyen lalu rancangan yang menarik dicari.Dia terhenti apabila Ain meletakkan segelas air kopi di atas meja yang berada di hadapannya.

Pandangan matanya mengikut pergerakan Ain yang mengemas sofa belah kanannya sebelum duduk bersila di atas sofa itu.Dia masih tidak mengalihkan pandangannya.

Ain pula menahan dirinya untuk tidak membalas pandangan Syed.Dia fokus terhadap rancangan televisyen.

Tiba-tiba,Syed berdehem.Ain terus mengerling sekilas ke arah Syed.

"Sayang nak suruh Abang berjaga ke malam ni?",soal Syed disertakan dengan senyuman sinis.Wajah Syed terus dilihat oleh Ain.

"Hah? Masa bila?",riak bingung dipamerkan.

"Air kopi yang Sayang buat ni--",air kopi ditunjuk.

"--boleh hilangkan rasa mengantuk Abang tahu tak.",jelas Syed namun Ain masih lagi terpinga-pinga.

"Pastu?",kening Ain terangkat.

"Sayang...",panggil Syed disertakan dengan riak yang comel ke arah Ain.

Ain terkebil-kebil dan mukanya menjadi kekok.

"Sayang nak suruh Abang 'menanam' ke malam ni?",Syed menahan gelak melihat Ain yang masih tidak dapat tangkap penjelasannya.

Satu saat.

Dua saat.

Tig--

"Syed!",kusyen sofa terus dibaling oleh Ain ke arah suaminya.Syed gelak terbahak-bahak apabila melihat wajah Ain yang sudah menjadi kemerah-merahan.

"HAHAHA! Comel lah Sayang ni."

Ain mengalihkan pandang ke arah lain dengan senyuman yang melebar.

Kalau lah...masa boleh berhenti sekarang.




NAZATUL menjerit kegeraman di dalam bilik.Bantal dan selimut dibaling ke merata tempat.

"KENAPA KAU PERGI SANA,SYED!ARGH!"

Rambut ditarik dan diserabaikan.Tangisan mulai keluar dengan perlahan.Nazatul terus memeluk kedua-dua lututnya sambil menyandarkan badannya ke penghadang katil.

"Abang...Naza takut....",rengeknya dan dia menangis teresak-esak.

"Abang dah tak sayangkan,Naza...Kenapa Abang tinggalkan Naza...Kenapa...",dia menggigit bibirnya dengan kuat sehingga berdarah.

"Hiks.Abang balik lah...",bahunya terhenjut-henjut melepaskan tangisan.




Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now