01-Lepas

5.9K 166 20
                                    

"Huh.",kepala didongak,mata dipejamkan dan badan disandarkan pada tiang pondok di taman permainan itu.Ain menstabilkan nafasnya setelah meneguk air mineral.

Baru sebentar tadi,dia sudah selesai jogging di sekeliling taman permainan yang amat luas itu.Selepas dua round,dia sudah keletihan dan tidak mempunyai tenaga untuk bergerak lagi.

Walaupun hanya dua pusingan,dia berasa berpuas hati kerana dapat menyelesaikan pusingan itu.Keluhan dilepaskan lagi dan kepala diurut lama.

Dia mungkin akan mengalami kemurungan apabila memikirkan masalah yang menimpanya sekarang.

Dulu,cukup lah Alia sahaja yang menghalang hubungan mereka.Tetapi sekarang sepupunya sendiri yang sanggup berkahwin dengan suaminya,Syed.

Dia masih lagi tidak mempunyai kekuatan untuk berlagak kuat di hadapan Syed.Cukup lah semalam dia meraung kesakitan di dalam bilik dia dan Syed.

Kini,semuanya dah berubah.Dia sudah mempunyai 'madu' iaitu sepupunya sendiri.Pengenalan Syed dan sepupunya iaitu Nazatul Asyikin diperkenalkan oleh ibu Naza sendiri ketika tinggal di rumah ibunya.

Pertemuan yang singkat tetapi bermakna.

Padanlah ibu saudaranya itu beria-ria memperkenalkan Naza kepada Syed.Rupa-rupanya,ada udang di sebalik batu.

Kononnya,mereka tidak dapat menanggung kos keperluan mereka.

"Tch."

Arwah bapa Naza sudah meninggalkan banyak harta kepada keluarga mereka tetapi apa lagi yang tidak dapat ditanggungnya?

Alasan semata-mata.

Paling yang dia tidak sangka,Syed mempercayai tipu helah ibu saudaranya dan anaknya tanpa berbincang dengan dia.

Dia cuba untuk kuat di hadapan Syed.Sekarang,dia tidak lagi ingin menunjukkan bahawa dirinya 'okey' dengan perkahwinan di antara Syed dan Naza.

Hubungan di antara keluarga Syed dan keluarga dia masih lagi tidak terjejas.Walaupun mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan itu,mereka tidak dapat menghentikan keputusan Syed.

Apa yang boleh mereka lakukan kalau Syed sudah bertekad?

Dia sudah berputus asa.Cukup lah sampai sini sahaja dia mempertahankan hubungannya dengan Syed.Mungkin mereka tidak mempunyai jodoh.

Dia juga sudah bertekad untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.Dia cuba mengurangkan berat badannya dengan melakukan pelbagai senaman.

Syed banyak menghalangnya tetapi dia hiraukan kata-kata Syed.

Nazatul Asyikin,cukup ayu orangnya tetapi bertalam dua muka,mempunyai badan yang kurus dan wajah yang cantik.Sangat berbeza dengan dirinya.Bagai langit dengan bumi.

"Sayang."

Mata Ain terus terbuka dan kedudukannya dibetulkan.Gerangan yang memanggilnya tadi dilihat dengan riak kosong.

"Jangan panggil aku macam tu lagi.",tegurnya dan dia memberi ruang kepada gerangan itu untuk duduk dengan selesa.Sengihan diberi ke arah Ain sebelum dia duduk di sebelah Ain.

"Kau siapa nak halang aku? Mulut aku,suka hati aku lah nak panggil kau apa."

Ain menggelengkan kepalanya sambil melepaskan keluhan kecil.

"Masih tak berubah.",gerangan itu dijeling.

"Bila kau nak tunjuk girlfriend kau dekat aku,gila?",perut gerangan itu disiku.

"Auch!Sakitlah,Sayang!",siku Ain dipegang dan mata tajamnya memandang ke arah Ain.

"Stop.Call.Me.Sayang.",ujar Ain dengan merapatkan giginya.

"Haih ye lah.",rambut dibetulkan dengan senyuman sinis.Ain ditenung dengan lama dan riak wajah Ain difahami.

"I told you.Dia takkan buang perangai lama dia tu.",sinis kata-kata gerangan itu.Ain mendiamkan diri dan hanya melihat kanak-kanak yang sedang berseronok main di taman itu.

"Kau boleh bahagia dengan aku,Ain.",nada terus menjadi serius.Ain berpaling dan mereka berbalas pandangan.

"Kau dah ada girlfriend.",pandangan dialihkan selepas beberapa saat.

"Who? Puteri? Seriously?",ejek gerangan itu.Ain terus menjulingkan matanya je atas.

"Dah tu siapa lagi."

"Tch.Ain.Puteri dengan aku memang rapat macam tu tapi kitaorang tak de apa-apa.Betul.",tangan diangkat seakan-akan berikrar.

Hujung tudung yang berterbangan dibetulkan oleh Ain.

"Whatever."

"Alahhh,Sayang.Merajuk ke? Sorry lah.Serius tak buat lagi.",suara dimanjakan.Mata gerangan itu dilihat lama oleh Ain.

"Muiz."

"Kau memang suka cari mati.",gumam Ain.

"Of course."

Muiz tersengih sinis.

"AIN!"

Panggilan itu membuatkan mereka berdua memusingkan kepala mereka.Kelihatan Syed yang sedang melipat lengan bajunya menuju ke arah mereka.

"Aku dah cakap jangan keluar rumah kan.",rahang diketap dan dahi berkerut.Ain hanya mendiamkan diri kemudian dia memalingkan mukanya ke arah lain.

Muiz tersenyum sinis sebelum menyalam tangan Syed.Salam disambut oleh Syed dengan perlahan.

"Hey,lama tak jumpa kau."

"Hm.Aku tak sangka member aku sendiri berani nak rampas bini aku?",Syed tersenyum sinis.

Muiz dan Ain saling berpandangan.

"No.Kau salah ayat ni.",Muiz mendekatkan dirinya di hadapan Syed sambil meraupkan rambutnya.

"Aku tak rampas.Kalau kau nak tahu,Ain dah berputus asa dengan kau.Sekarang ni,dia cintakan aku.",bisik Muiz di telinga Syed.

Syed menggepalkan tangannya dan nafas dikawal.Lengan Ain terus ditarik kemudian dia menariknya menuju ke kereta.

"Auch.Syed! Lepaslah!"

"KAU DIAM!"

Ain terkedu.Syed menengkingnya di hadapan orang ramai.Sungguh dia malu.

Bibir digigit dan dia hanya mengikuti langkah Syed sambil menahan air mata daripada menitis.

"Lepaskan aku,Syed...",desis hatinya.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now