04-Penat

4.3K 138 18
                                    

"Abang?"

Syed duduk di atas sofa lalu kepala diurut perlahan.Nazatul yang bingung juga turut duduk di sebelah Syed.Dia mengalihkan tangan Syed dan terus mengurut kepala Syed.

"Kenapa ni?",soal Nazatul.Syed melepaskan keluhan berat.

"Ain."

Perbuatan Nazatul terhenti dan Syed yang merenung ke arah televisyen dilihat dengan lama.

"Ain? Kenapa dengan dia?",Nazatul menelan air liur yang terasa pahit.

"Syed masih lagi cintakan Ain?!",desis hatinya sambil menjulingkan mata ke atas tanpa pengetahuan Syed.

"Dia contact lagi dengan kawan Abang.Ber-Sayang Baby bagai.",rahang diketap dan tangan dikepal.

"Ouh..."

Senyuman sinis cuba ditahan daripada terlakar di mulut,"Dia curang dengan Abang lah,kan?".

Syed mengangguk perlahan.Nazatul mengurut pula dada kiri Syed dan kepala disandarkan di situ.

"Abang ceraikan je lah,Ain tu.Dia dah curang.Kalau Abang tak buat macam tu,nanti maruah Abang tercalar juga.",ujar Nazatul manakala Syed berdiam diri.

"Naza bukan apa...cuma Naza kesian tengok maruah Abang tercalar.Lagipun...Abang tak perlu balik rumah Ain dah.Buat penat Abang je.",sambung Nazatul lagi.

"Rumah Ain,rumah Abang jugak.Abang tetap kena balik sana.",ujar Syed selepas berdiam diri.Nazatul mendengus geram.

"Okay lah.Naza faham.Abang memang tak sayangkan Naza pun kan.Sikit-sikit Ain.Abang asyik fikirkan Ain je.Naza ni? Abang tak kisah pula?",dia memeluk tubuh sambil berpaling dari Syed.

Syed pula berdecit,"Jangan cari pasal,Naza.Abang penat ni.".

"Penat? Kenapa? Abang penat layan Naza?? Okay fine.Abang tak perlu balik sini dah.Abang pergi balik sana.Naza ni memang memenatkan Abang je.",bebel Nazatul sebelum meninggalkan Syed dan dia melangkah laju menuju ke bilik.

"Naza...",dahi Syed berkerut melihat karenah Nazatul.Kelibat isteri keduanya yang semakin hilang membuatkan dia meraupkan wajahnya.

"Ya Allah.Tabahkanlah hati aku..",gumamnya.

TING! TING!

Bunyi itu mengalihkan pandangannya.Telefon pintarnya yang berada di atas meja diambil.Kemudian,mesej dibaca dengan perasaan malas.

AIDAN
Yo,Syed.Aku nak bawa Ain pergi rumah aku.

Boleh tak?

Dada Syed turun naik beberapa kali.Mesej itu terus dibalas dengan geram.

Syeiton
Kalau kau nak mati,kau bawak lah.


AIDAN gelak terbahak-bahak melihat balasan Syed itu.Muiz yang berada di sebelah kanannya juga turut mengintai telefon Aidan.

"Kau ni.Aku dah cakap Syed takkan bagi punyalah.",ujar Aidan.Muiz mencebirkan bibirnya.

"Syeiton ni,tak bagi langsung Ain bebas sikit."

Bahu kiri Muiz terus ditolak oleh Aidan,"Memang patut pun dia tak bagi,Ain tu bini dia bongok.".

"Masalahnya,dia bagi pula bini muda dia keluar dengan member.Bapak tak adil.",omel Muiz lalu ice mocha diminum melalui straw.Persekitaran di Candy Cafe dilihat dengan tekun.

"Takkan kau tak faham.Syed tu cintakan Ain separuh mati.Tapi kalau bini muda tu Syed sayangkan dia tapi cinta diorang tidak diiktiraf.",jelas Aidan.Mulut Muiz terherot.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now