16-Grab

3.8K 130 6
                                    

"Kak Ain!",panggil Anis setelah dia melihat kelibat Ain yang berada di dalam kedai makan.Ain terus memalingkan wajahnya ke arah Anis lalu senyuman terlakar.

Naqiu berdecit geram dan lengan Anis dipegang dengan erat.

"Anis....",Naqiu menggetap rahangnya sambil memandang tajam ke arah Anis.

"Maaf.",ucap Anis lalu dia menundukkan kepalanya dan bibit digigit.Mereka berdua terus melangkah ke arah Ain dan duduk di hadapan Ain.

"Assalamualaikum,Kak.",ujar Naqiu sambil tersenyum ke arah Ain.Salamnya disambut oleh Ain.Tanpa melengahkan masa,Naqiu terus menyoal kakak iparnya.

"Akak nak minta tolong apa?"

Ain tersenyum nipis dan wajah Anis yang turut memandang ke arahnya dengan pelik dilihat.Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Kita makan dulu ye?",pinta Ain dan Naqiu menganggukkan kepalanya.Mereka terus memesan makanan dan minuman.

"Anis sihat?",soal Ain untuk menghilangkan kesunyian ketika menunggu makanan.Anis terus melakarkan senyuman.

"Anis sihat jeee.Akak?",tanya Anis semula sebelum meniup rambut depan miliknya.Ain tergelak kecil.

"Akak sihat...",jawab Ain dengan perlahan.

Naqiu yang berada di sisi Anis meletakkan lengannya pada kerusi Anis dan kawasan di sekeliling kedai makan itu dilihat.

"Akak ni makin comel lah Anis tengok.",puji Anis sambil tersengih.Ain terkebil-kebil.

"Comel?"

Anis menganggukkan kepalanya dengan laju,"Comelll sangat.Anis rasa nak picit je pipi tembam Akak.".

"Anis ni,jangan cakap macam tu.Akak malu lah.Hahaha."

Anis hanya tersengih dan Naqiu terus dipandang.

"Apa ni? Kak Ain ada lah.",bisik Anis.Tangan kirinya cuba ditarik daripada pegangan tangan Naqiu tetapi tidak berhasil.Naqiu menghiraukannya dan jarinya terus mengusap tangan Anis dengan lembut.

"Naqiu...",tegur Anis dengan dahi berkerut.Naqiu meneliti wajah Anis dengan lama sebelum melepaskan tangan Anis.

Ain yang melihat keadaan itu hanya tersengih dan kepala ditundukkan.Tiba-tiba,dia memikirkan tentang suaminya.

"Syed...",desis hatinya sebelum kepalanya terangkat apabila makanan yang dipesan sudah siap.

"Makanlah.",ujar Ain kepada Naqiu dan Anis.Mereka bertiga terus menjamah makanan dalam keadaan yang diam.

Setelah selesai,Ain terus membayar makanan itu.Puas Naqiu menegahnya bahawa dia ingin membelanja kakak iparnya namun Ain tidak mendengar kata-kata Naqiu.

Kemudian,mereka bertiga berkumpul di depan kedai makan itu.Naqiu pula melihat Ain dengan pandangan yang penuh makna.Ain yang seakan-akan faham pandangan itu terus mengeluh.

"Naqiu kena pergi rumah Syed,baru Naqiu boleh tolong Akak...",ujar Ain sambil tersenyum nipis.Dahi Naqiu berkerut dan wajah Anis dikerling sekilas.

"Nak buat apa?",soal Naqiu kehairanan sambil mengurut lehernya dengan kekok.Mata Ain terus membuntang.

"Eh tak tak! Akak bukannya nak suruh Naqiu buat perkara terkutuk.Lagipun Akak nak Anis ikut sekali.",terang Ain sebelum menggaru kepalanya yang berlapik tudung.Naqiu mendiamkan diri seketika kemudian kepala dianggukkan.

"Okey.Kalau macam tu Naqiu gerak dengan Anis dulu--"

"Naqiu.Boleh tak kalau Anis naik grab dengan Akak?",pinta Ain setelah dia melihat Naqiu yang ingin menarik tangan Anis.

Anis tersenyum lalu kakinya melangkah ke tepi Ain,"Boleh je,Kak."

Naqiu melihat wajah Anis dengan lama kemudian rambut diraup.

"Okey.Naqiu pergi sorang je ke sana."

Ain mengangguk lalu Naqiu terus menuju ke motosikalnya.

"Akak.Dari tadi dah Anis nak tanya Akak.",kata Anis sambil menggenggam tangan kanan Ain.

"Anis nak tanya apa?",tanya Ain dengan pelik.

"Akak okey tak? Akak nampak tak sihat je tadi."

Riak wajah yang dipamerkan oleh Anis menunjukkan bahawa dia sangat risau akan keadaan Ain.

"Haa? Tak sihat? Celah mana Akak tak sihatnya?",soal Ain sambil tergelak dan kepalanya digelengkan.Telefon pintar miliknya dibuka dan dia terus memesan grab.

"Ni.",Anis menunding mata Ain dengan jari telunjuk.Ain terkedu.

"Walaupun Akak dah tutup dengan bedak tapi Anis perasan tauu.Mata Akak ni sembap.",jelas Anis dan Ain menepis jari Anis dengan perlahan.

"Anis...Akak nak sangat luahkan apa yang Akak pendam selama ni dekat Anis.Tapi..."

Ain terlihat seorang perempuan yang sedang makan bersama seorang lelaki.Mungkin suami isteri agaknya.Jelas kelihatan senyuman bahagia yang terlakar di wajah perempuan itu.

"Tapi apa?",soal Anis dengan kening yang terangkat.Bahu Ain tersentak lalu wajah Anis dipandang.

"Tapi...Akak tak tahu nak mulakan dari mana.",jelas Ain sambil tersenyum nipis.Anis pula mencapai tangan kanan Ain lagi dan pandangan Ain dibalas dengan lembut.

"Tak pe,Kak..Akak cerita je dekat Anis.Mana tahu Anis boleh tolong?",pujuk Anis.

"Terima kasih,Anis...",ucap Ain sebelum tergelak.

"Anis...Akak rasa ramai dah pandang kita ni.Nanti diorang fikir lain pulak.Hahahhaha."

"Eh? Maaf,Kak.",Anis tersengih kemudian pegangan dilepaskan.Kepala digaru dengan perlahan.

Tiba-tiba,telefonnya berdering.Mata Ain membuntang apabila tuan kereta grab yang dipesan olehnya menelefon dia.Tangan Anis terus ditarik menuju ke kereta yang dipesan itu.

Selepas mereka masuk ke dalam kereta itu,Ain memohon maaf kepada pemandu kereta itu.

"Maaf,Encik...Saya terlambat tadi.",mohon Ain sambil tersengih kekok.Pemandu kereta itu gelak terbahak-bahak.Dahi Ain berkerut apabila melihat wajah pemandu itu.

Rasa macam pernah jumpa lelaki tu.

"Pft.Ayat kau menghiburkan hati aku.",ujar lelaki itu sebelum memusingkan kepalanya ke arah Ain.

"Ingat aku lagi tak?",soalnya lagi.Mulut Ain ternganga namun cepat ditutup dengan tangan.

"Harith??"

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now