19-Kampung

4.6K 145 34
                                    

Ain melepaskan keluhan berat sebelum menghulurkan duit ke arah Harith.Namun hulurannya tidak disambut malah Harith tersenyum.

"Tak pe,Ain.Hari ni aku belanja."

Harith menggelengkan kepalanya manakala Ain menggigit bibitnya.

"Tapi--"

"Alah Ain.Bukan selalu aku jumpa kau,kan? Bagi lah aku chance untuk belanja kau.",pujuk Harith sebelum tergelak kecil.Ain juga turut tergelak.

"Poyo lah kau.",ejek Ain dan pintu kereta terus dibuka serta luggage ditarik keluar.Kepala dijengukkan ke dalam kereta melalui cermin kereta.

"Thank you,Rith.",ucap Ain dan Harith tersengih.

"Sama-sama lah.",balas Harith sambil melilaukan pandangannya di sekeliling kawasan itu.

"By the way,Ain...Tempat ni..aku tak rasa ni rumah family kau."

Ain tersenyum nipis dan dia juga turut melihat sekeliling.Beberapa lampu jalan sahaja yang dapat mencerahkan kawasan itu.

"Ni kampung aku.",balas Ain lalu Harith mengangguk dengan kening yang terangkat.

"Wow.Lawa.",puji Harith.Matanya mengerling sekilas jam tangannya.

"Wey Ain.Aku rasa kau patut masuk rumah kau sekarang.Dah lewat sangat ni.Bahaya kalau perempuan keluar malam-malam.",pesan Harith sambil menyelesakan kedudukannya.

"Okey lah,Rith.Kalau macam tu,aku masuk lah dulu.Thank you again.Oh!Jangan lupa kirim salam dekat bini kau tu!Bye!",pamit Ain sambil tersengih.

Harith tergelak kecil setelah Ain melangkah pergi.

"Ain.Pft.Hahahaha.Perangai kasar nak mampus."

Sempat dia mengutuk Ain sebelum menggerakkan keretanya untuk pulang ke rumah.


KEESOKKANNYA...

Ain menggeliat sambil menjerit sedikit.Dia menguap sebelum turun dari katil dan rambut disisir dengan perlahan.

Mata ditenyeh lalu dia melangkah menuju ke bilik air.Tuala juga sempat dicapai.Dia terus membersihkan diri kemudian pakaian yang telah disusun olehnya semalam dipilih.

Setelah memakai baju,tudung bawal dipin.Beberapa keping duit diambil dan disimpan ke dalam poket seluar.Kakinya melangkah keluar dari rumah lalu pintu rumah dikunci.

Dia terus melakarkan senyuman apabila melihat pemandangan kampungnya itu.Sawah yang berwarna kehijauan membuatkan dirinya berasa tenang.

"Semoga hari ni lebih baik dari esok!"

Tanpa membuang masa,dia terus menuju ke kedai runcit dengan berjalan kaki.Semasa berjalan,dia menyanyi beberapa lagu dengan suara yang perlahan.

Kadang-kadang,senyuman hambar terlakar.Dia berasa sunyi tetapi ini yang dia mahukan iaitu kebebasan.

Batu kecil disepak sebelum dia menggumam.

"Confirm Syed tak cari aku,kan? Nanti dia dah jadi ayah...anak Naza.Hmm."

Tiba-tiba,dia tersedar.Kakinya berhenti melangkah lalu kepala digelengkan.

"Ainnn! Kenapa kau fikir pasal dia lagi? Kau dah bebas! Tapi...masih terikat.Perlu ke...aku failkan penceraian?"

Keluhan berat dilepaskan.Kedai runcit yang berada jauh beberapa meter dari tempatnya berdiri dilihat.Dia meneruskan langkahnya dengan laju.

Setelah tiba di kedai itu,makanan yang ingin dibeli terus dicari.Keningnya berkerut ketika dia meneliti tarikh luput roti perisa coklat kegemarannya.Bibirnya tercebik apabila tarikh luput roti itu adalah hari esok.Terus dia mengambil roti itu.

Dia boleh je makan roti tu petang nanti.

Makanan yang lain juga dicari.Semasa dia sedang tekun membelek plastik makanan,dia merasakan bahawa ada orang lain yang memerhati dirinya.

Kepala terus terangkat dan matanya melihat sekeliling kawasan dalam kedai runcit itu.Baru sahaja dia hendak memusingkan badannya ke belakang,dia tersentak kerana satu sergahan.

"Aini!"

"Mak kau!",latah Ain kemudian tangan perlahan-lahan mengurut dada,dirinya rasa jantungnya bagai ingin terlompat keluar akibat sergahan itu.

"Hahhahhahha."gelak seseorang.Ain terus memusingkan badannya lalu matanya membuntang apabila seorang lelaki yang sangat dia kenali berdiri tegak di hadapannya.

"Hafiz?!",soal Ain dengan nada yang terkejut dan Hafiz semakin melepaskan tawanya.Ain memincingkan matanya ke arah Hafiz.

"Hafiz! Saya terkejut lah tadi! Hampir nak mati! ",marah Ain dengan suara yang tertahan.Risau sekiranya orang lain turut mendengar perbualan mereka.

"Padan muka,Aini.",ejek Hafiz dengan senyuman mengejek sambil menyilangkan tangan di dadanya.

"Jangan panggil saya,Aini lah! Panggil saya Ain! Aini tu,kuno sangat!",sambung Ain lagi sambil melepaskan dengusan kasar.

"Ain lagi kuno.",ejek Hafiz lagi.

"Eii dah lah.",ujar Ain sebelum meninggalkan Hafiz yang masih tersenyum nakal.

"Suka sangat nak ejek orang.",gumam Ain.

"Apaa? Ingat aku ni senang dibuli macam dulu? Eii memang tak lah.",bebel dia lagi dengan geram.

Muhammad Nur Hafiz iaitu senior dia yang selalu kacau dia dari dulu lagi.Mentang-mentang lah dia gemuk dulu! Ish.

"Aini."

Ain mengabaikan panggilan itu lalu makanan masih lagi dicari.

"Aini."

Dia tidak juga menyahut.

"Ergh.Ain.",panggil Hafiz setelah bebola matanya dijulingkan ke atas.Ain terus memandang ke arah Hafiz dengan senyuman hipokrit.

"Ye,Hafiz?",soalnya.Hafiz menggaru hidungnya walaupun tidak gatal.

"Kenapa balik sini tak bagitahu?",tanya Hafiz sebelum mengemas beberapa makanan yang berterabur di atas rak.Ain mencebik dengan menyampah.

"Ain tak de nombor telefon Hafiz.",jawab Ain dengan jujur.Hafiz terdiam seketika lalu bibirnya digigit perlahan.Salahnya juga sebab tidak bagi nombor telefonnya kepada Ain.

Tangan dihulurkan dengan bibir yang sengaja dimuncungkan.

"Meh sini telefon Ain.Hafiz bagi nombor Hafiz.",jelas Hafiz dan Ain terdiam kemudian dia mengalihkan pandangan.

"Ain tak de telefon."

Mulut Hafiz terngaga,"What???"

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now