11-Maaf

4.2K 120 41
                                    

"Abang....",panggil Ain sambil memegang erat tangan Syed.Bibir digigit untuk menahan esakkan.

Syed mendiamkan diri dan pantulan Ain di cermin kereta dilihat dengan pandangan sayu.

"Abang...Ain--",nafas dihembus perlahan.Kekuatan cuba diambil oleh Ain setelah dia menstabilkan nafasnya.

"Ain nak minta maaf atas segala kesalahan Ain.Ain harap Abang akan terus bahagia dengan Naza.Ain tahu yang Abang sayangkan Naza dan bukannya Ain."

Syed terkedu.

"Ain...tak boleh bagi Abang kebahagiaan yang Naza boleh bagi.Ain tak dapat nak layan Abang macam Naza layan Abang.Ain..degil.Ain tak dengar cakap Abang.Ain selalu keluar dengan lelaki lain.Ain teruk.",pandangan Ain menjadi kabur akibat air mata yang terkumpul.

"Maafkan Ain."

Seusai sahaja Ain memohon maaf, tangan kanan Syed ditarik kemudian Ain menyalam dan mencium tangan Syed dengan lama.Air mata yang mengalir dibiarkan jatuh ke tanah.

Dahi Syed berkerut lalu kepala Ain yang berbalut tudung diusap dengan perlahan.

"Kenapa cakap macam tu?",nada suara Syed menjadi rendah.Dia berdehem sedikit.Ain pula hanya mendiamkan diri.

Kemudian,Ain berdiri sambil tersenyum manis.Wajahnya yang dipenuhi dengan air mata dilap dengan kuat.

"Saje je.Kacau kau.Acah-acah drama.",bohong Ain.Dia terus mengemam bibirnya lalu dia mengelakkan pandangan Syed.Bahu Syed ditepuk beberapa kali sebelum menolak badan Syed untuk masuk ke dalam kereta.

"Dah dah.Jangan buang masa.Naza tengah tunggu kau.",Ain cuba menceriakan wajahnya apabila Syed melihatnya dengan lama.Syed pula menurut.

"Jaga diri.",bisik Ain sambil melihat ke arah stereng kereta.

"Jangan tidur lewat sangat."

"Jaga Naza elok-elok."

"Jaga anak aku pun.Hehe.Anak Naza,anak aku juga kan.",senyuman lebar terukir.

"Anak...",gumam Ain.Kepala terus digelengkan.

"Okay dah.Aku terlebih merepek.",wajah Syed dipandang sekilas.Ain memasukkan kepalanya ke dalam kereta melalui cermin kereta yang terbuka.

"Assalamualaikum."

Dahi Syed terus dicium laju lalu dia menarik kepalanya keluar dari kereta.Dengan langkah yang laju,dia masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah Syed.

Syed pula terkedu dengan tingkah laku Ain yang pelik.Dia kembali tersedar apabila telefonnya berdering sekali lagi.Panggilan diangkat.

"Apaa?",tanya Syed kepada pemanggil dan memandu keretanya keluar dari halaman rumah.

"Abang bila nak balikkkk?"

"On the way.",panggilan terus ditutup.Dia berhenti seketika di hadapan rumahnya.Dahinya berkerut apabila dia berasa tidak sedap hati.Rumah dipandang dengan lama sebelum dia memulakan pemanduannya ke rumah Nazatul.



AIN menutup pintu rumah dan menguncinya.Nafas distabilkan dengan perlahan.Air mata yang semakin berair dilap dengan kasar.

Kakinya melangkah ke arah sofa di ruang tamu.Dia terus berbaring di atas sofa dan siling rumah ditenung.Tudungnya yang semakin serabai dibiarkan sebegitu.

"Pregnant."

"Naza pregnant!"

Suara-suara Nazatul terngiang-ngiang di kepalanya.

"Anak...",ujar Ain dengan perlahan.

"Kalau aku ada anak..?",perutnya yang berlapik baju terus disentuh.

"Syed terkejut macam tadi tak?",Ain terus mengenggam bajunya dengan erat.

"Syed? Terkejut? Hahaha.",senyuman sinis terukir.

"Tak.Dia takkan terkejut...Dia tak kisah pun pasal aku.",Ain menggelengkan kepalanya dengan senyuman.Tangan kanan diangkat dengan tegak kemudian jari jemari dilihat dengan lama.

"Dah lama...aku tak salam dia."

Pandangan semakin kabur dan dia mengigit bibir.Hati yang berasa teramat sakit cuba diredakan.Selepas dua minit menahan rasa sakit,esakkan terhasil.Air mata mulai mengalir.

"Syed..aku rindu kau yang dulu."

"Aku rindu perangai kau yang suka peluk aku...",kedua-dua bahu Ain terhenjut.Tangan menekup wajah dan dia terus meraung.

"Ibu Ayah....Hiks.Ain rindu Syed..."

"Ain nak Syed!!"

"Syed tinggalkan Ain.",rengek Ain.Semakin lama dia melepaskan tangisan,perasaan mengantuk menguasai dirinya.Dengan mata yang sembap,dia terlelap dengan air mata yang masih lagi bersisa.



NAZATUL tersenyum lebar setelah Syed mengatakan bahawa dia akan balik ke sini.Kawasan bilik yang bersepah dilihat dengan pelik.

Apa yang aku buat tadi?

Nazatul tergelak kecil lalu kedua-dua bahu diangkat.Riak selamba dipamerkan dan barang yang berselerak dikemaskan satu persatu dengan senyuman.

"Abang nak balik sini..Yeay..",sorak Nazatul.Rambutnya yang serabai juga dibetulkan di hadapan cermin.Perut yang berlapik baju diusap dengan perlahan.

"Baby...thank you sebab awak hidup pada waktu yang sesuai.Hehe."

Badannya bergerak ke kiri dan kanan dengan irama perlahan.Mulutnya pula bergumam mengikut melodi lagu yang merdu.

"Ibu tak sayangkan awak,tahu tak?",soal Nazatul terhadap anak yang berada di dalam perutnya.Seolah-olah,anaknya boleh bercakap dengannya.

"Kenapa?",tanya Nazatul dengan suara bayi seakan-akan anaknya menyoalnya kembali.Senyuman Nazatul mengendur.

Riak wajahnya menjadi kosong dan kening kanan diangkat.

"Ibu tak sayangkan awak sebab....",senyuman sinis terukir.

"....ayah sebenar awak bukannya Syed.",perut terus digenggam dengan kuat.Dahi berkerut kerana perasaan geram yang membuak-buak.

Tiba-tiba,dia terdengar ucapan salam yang diberi oleh seseorang.Perbuatannya terhenti apabila suara Syed kedengaran dari luar bilik.Baju terus dibetulkan.

"Naza?",panggil Syed setelah menjengukkan kepalanya ke dalam bilik mereka.Nazatul mencebikkan bibir sebelum memusingkan badannya ke arah Syed.

"Lambatnya Abang balik...Baby rindu tahu tak?",ujar Nazatul dengan suara yang manja.Syed pula tersenyum nipis.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now