17-Kunci

3.9K 141 31
                                    

"Dah lama ke kau buat kerja ni?",soal Ain.Anis hanya mendiamkan diri sambil mendengar perbualan Ain dan Harith.

"Emm.Lama dah kot...",balas Harith lalu kening Ain terangkat mendengar balasan Harith.Bibirnya terjuih sedikit.

"Serius lah? "

Harith terus melepaskan gelak.

"Okok.Kerja part time je ni...Aku baru kerja seminggu yang lepas.",jelas Harith dan Ain terus menganggukkan kepalanya.

"Ouh..."

Harith mengerling sekilas wajah Ain melalui cermin kereta.

"Syed sihat?",tanya Harith sebelum menumpukan perhatian ketika memandu.

"...sihat.",jawab Ain dan dia melepaskan keluhan.Harith terus mendiamkan diri setelah melihat reaksi Ain.

"Anis.",Ain memanggil nama Anis dengan perlahan.Takut sekiranya Harith mendengar perbualan mereka nanti.

Anis juga menyahut panggilan itu dengan perlahan.

"Ya,Kak?",sahut Anis dan Ain terus mendekatkan diri ke arah Anis.

"Maaf.Akak tak boleh nak cerita masalah Akak dekat sini sebab ada kawan lama Akak.",bisik Ain.

"Tak pe..Anis faham.",Anis tersengih dan Ain turut tersenyum.

"Siot.Lawa duh rumah kau,Ain.",puji Harith apabila mereka sampai di hadapan rumah Ain.

Ain mencebik,"Bukan rumah aku tapi rumah Syed.Aku bukannya kaya sangat pun."

"Elehh.",Harith tersengih sebelum gerangan seorang lelaki yang sedang menunggu di atas sebuah motosikal menyapa pandangannya.

"Wey Ain.Tu siapa?",tanya Harith dan bibirnya memuncung ke arah lelaki itu.

"Lorh...tu adik ipar aku,Naqiu.",jawab Ain.

"Ouhh."

Mulut Harith membulat.

"Wey Rith.Kau tunggu sini kejap boleh tak?",pinta Ain.

"Okeyy."

Tanpa melengahkan masa,Ain dan Anis terus keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam kawasan rumah itu.

"Sorry lambat Naqiu.",Ain tersengih kekok dan Naqiu mengangkat keningnya dengan macho menandakan dia tidak kisah.

"Korang tunggu dekat luar kejap tau.Akak nak ambil something.",ujar Ain dan kasut ditanggalkan lalu dia terus masuk ke dalam rumah setelah pintu dibuka.Sempat dia melihat jam yang tergantung pada dinding.

"10 malam.",gumamnya.

Dia mencapai luggage miliknya dengan segera dan kunci rumah juga turut diambil.Baru sahaja dia ingin menutup pintu bilik,kakinya berhenti melangkah.

Sesuatu benda yang berbentuk segi empat tepat dikeluarkan dari poket kemudian dia meletakkan benda tersebut ke atas katil.Langkah diteruskan.

Sebelum dia membuka pintu utama rumah itu pula,dia menarik dan menghembus nafas dengan perlahan.

Dia meletakkan luggage di belah kanannya dan kasut dipakai kembali.Naqiu dan Anis terus memandang Ain dengan pelik.Namun,Naqiu tidak menanyakan sebarang soalan kepada Ain.

Ain berdiri tegak sebelum menghembus nafas.Kunci yang dipegang erat tadi dihulurkan kepada Naqiu.

"Apa ni,Kak?",soal Naqiu dengan pelik.Ain tersengih kekok.

"Naqiu boleh tolong Akak kan? Ain nak Naqiu tolong bagi kunci ni dekat Syed esok.",pinta Ain dengan pandangan yang simpati untuk memujuk Naqiu.

Naqiu menelan air liur dan tangannya mengurut leher dengan perlahan.

"Tapi Kak....Kalau Along marah nanti macam mana?",soal Naqiu.

Ain menggelengkan kepalanya dengan laju kemudian dia melakarkan senyuman.

"Dia takkan marahnya.Dia lagi lah suka..."

Ayat terakhir disebut dengan suara yang perlahan supaya Naqiu dan Anis tidak mendengarnya.

Anis hanya berdiri di sisi Naqiu kerana dia tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka berdua itu.Iya lah kan.Dia tu hanyalah orang luar.

Naqiu mendiamkan diri dan huluran Ain masih lagi tidak disambut.Dia menundukkan kepalanya.

Ingin sahaja dia menelefon Alongnya untuk memberitahu perkara ini!

Tetapi...dia juga berasa kasihan akan Ain.

"Naqiu...Tolong lah Akak.",rayu Ain lagi.Anis pula menunggu reaksi Naqiu dari tadi.

"Akak...nak tinggalkan Along ke?",soal Naqiu dengan dahi berkerut dan rayuan Ain juga diabaikan.Dia berasa geram.

Bukannya geram terhadap Ain tetapi Alongnya! Apa lagi yang Alongnya lakukan sehingga Kakak iparnya ingin tinggalkan rumah ini?

Ain tersenyum nipis dan soalan Naqiu dibalas dengan soalannya.

"Naqiu,boleh tolong Akak tak ni? Kalau tak...Akak tinggal kunci ni dek--"

Kata-kata Ain terhenti apabila kunci itu dicapai oleh Naqiu.

"Naqiu...tolong.Naqiu cuma nak tahu,Along buat apa dekat Akak?",tanya Naqiu.Ain melepaskan keluhan berat.

"Dia tak buat apa-apa pun.Cuma Akak yang nak tinggalkan dia.Akak rasa kalau Akak menghilang,dia mesti bahagia dengan--Naza.",balas Ain yang cuba mengukirkan senyuman walaupun kelihatan hambar.

Naqiu terus menggetapkan rahangnya apabila nama isteri kedua Abangnya disebut.

"Tapi...janji dengan Akak ye,Naqiu.Jangan bagitahu dia.",sambung Ain lagi dengan pandangan yang mengharap.Naqiu mengalihkan pandangan.

"Naqiu tak janji."

Ain mengigit bibirnya sedikit.

Hm.Kalau dia jadi Naqiu pun,semestinya dia akan memberitahu Syed tentang perkara ini.Dengan sikap baran Syed itu,siapa sahaja yang tidak takut?

"Em.Tak pe lah.Akak pergi dulu ye.",pamit Ain sebelum memandang ke arah Anis.

"Anis.Jaga diri tau.Naqiu pun.",pesannya kepada Anis lalu Naqiu dan Anis mengangguk dengan perlahan.

"Assalamualaikum.",ucapnya.

Ain terus menuju ke kereta Harith sebelum memandang rumah yang sudah bertahun-tahun dia tinggal di situ.

Kepala digelengkan kemudian dia masuk ke dalam kereta itu.Harith melihat Ain dengan pelik apabila dia membawa luggage bersamanya.

"Kau nak pergi mana ni?",soal Harith dan Ain tersengih kekok.Tiba-tiba,satu soalan muncul di kepalanya.

Aku nak lari dekat mana ni?

Bibirnya digigit dengan perlahan.

"Kau jalan lah dulu.Nanti aku bagitahu.",ujar Ain lalu Harith mengangguk sambil meneruskan pemanduannya.Sempat dia melihat ke arah Naqiu seperti sedang menelefon seseorang dan Anis yang berdiri di sebelah Naqiu.

"Hello?",soal seseorang dengan nada suara yang serak seperti baru bangun dari tidur.

"Along...."











Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now