32- Hamil

4.8K 153 22
                                    

AIN tersentak apabila bahu kanannya disentuh oleh seorang jururawat dan kepalanya terus berpaling.

"Puan ? ", soal jururawat itu.

Ain terus menelan air liur yang berasa kesat di tekaknya. Dia tersenyum nipis dan pandangan dialihkan ke arah seorang doktor perempuan yang bernama Izlin.

"Maaf. Boleh doktor ulang balik? ", tanya Ain berhati-hati. Risau sekiranya Doktor Izlin itu marah akan dirinya kerana mengelamun sebentar tadi.

Doktor Izlin hanya tersenyum lebar.

"Saya nak lakukan pemeriksaan terhadap Puan."

Ain terdiam sesaat lalu kepala diangguk, memberi keizinan. Jururawat yang berada di sebelahnya terus menunjukkan jalan. Dia pun mengikuti langkah jururawat itu sebelum memejamkan mata seketika.

" Mungkin. ", gumamnya. Telapak tangan kanan diletakkan pada perutnya secara perlahan.














SELEPAS beberapa minit, Ain disuruh untuk duduk dan mendengar penerangan Doktor Izlin. Namun, dia masih lagi merenung kosong ke hadapan.

Dia tahu akan hal apa yang akan dibincangkan.

Dia pandang ke sisi dan pandangannya berbalas dengan mata Syed. Wajah Syed memaparkan pelbagai perasaan yang bercampur aduk.

Dalam fikiran Syed pada waktu itu, tidak lain tidak bukan. Tentang perkara yang dibicarakan oleh Ain sebelum dirinya tidak sedarkan diri.

"Awak akan ceraikan saya jugak, kan ?"

" TAK ! ", jerit hati Syed.

Syed terus menggenggam erat telapak tangan Ain dan haba panas pun mula tersebar. Ain memandang tangannnya itu seketika lalu kembali ke wajah Syed.

" Panasnya... ", bisik hatinya.

Doktor Izlin berdehem, " Saya berterus terang sahaja. Suami Puan ni hanya demam kebawakan budak-budak. "

Ain menundukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

"Aku dah agak..." , desis hatinya lagi lalu sebak mula hadir. Kening Syed bertaut dan wajahnya menunjukkan riak tanda tanya.

"Maksud, Doktor? "

Doktor Izlin tersenyum lebar mendengar pertanyaan Syed itu. Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pasangan itu tentang berita gembira ini.

"Tahniah. Isteri Tuan ni, hamil 4 minggu. ", jelas Doktor Izlin.

Mata Syed terbuntang dan mulutnya ternganga sedikit lalu kepalanya berpaling ke sisi.

"Sayang? Mengandung? ", soal Syed dengan nada rendah dan pegangan makin erat.

Air mata mula menitis dan Ain mengangguk perlahan, "S-Sorry... "

Badan Ain terus dipeluk oleh Syed yang sedang tersenyum. Tawa kecil kedengaran disertakan dengan nada riang.

"Sayang! Kenapa sorry pula? Sayang tak buat apa-apa, okey? Abang banyak buat salah dekat Sayang. Abang yang patut minta maaf dengan Sayang. Tapi-- ", kedua-dua tapak tangan Syed memegang pipi Ain. Mereka berdua berbalas pandangan.

"Sayang mengandung anak Abang. ", ujar Syed sebelum air mata menitis beberapa titik dan senyumannya makin melebar. Ain pula mula menangis.

"Ya Allah... Terima kasih. ", desis hati Syed lalu ubun rambut Ain dicium.

Manakala Doktor Izlin masih tersenyum. Dia hiraukan kata-kata pasangan itu kerana dia perlu mengikut prinsipnya iaitu menghormati privasi orang lain.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now