12-Anak

4.3K 133 23
                                    

Syed tersenyum nipis.Nazatul menuju ke arah Syed lalu memeluk tubuh suaminya dengan erat.Syed pula membalas pelukan itu dan ubun rambut Nazatul dicium.

"Abang akan jadi Ayah?",bisik Syed dengan mata yang terpejam.Air mata menitis sedikit.Nazatul pula mengangguk dan pelukan dileraikan.Wajah Syed dilihat dengan penuh kasih sayang.

"Ya,Abang akan jadi Ayah.Naza akan jadi Ibu.",ujar Nazatul.Syed melakarkan senyuman yang lebar.

"Thank you.",ucap Syed dan Nazatul terus mencium pipi Syed.

"Sama-sama.",balas Nazatul dengan manja.Syed berdehem perlahan dan dahi Nazatul terus berkerut.

"Kenapa ni? Abang sakit?",soal Nazatul sambil mengusap pipi Syed.Tangan Nazatul ditepis dengan perlahan sebelum meramasnya.

"Tak....Tapi Abang lapar.",jelas Syed dan Nazatul tergelak kecil.Dada Syed dipukul perlahan.

"Ish Abang ni.Kenapa tak cakap tadi."

Syed tersenyum nipis.

"Okay,Nazatul pergi masak dulu.Abang pula pergi mandi.Bersihkan badan.",arah Nazatul sebelum mengenyitkan matanya.Syed cuba untuk gelak walaupun hambar.

Nazatul terus menuju ke arah dapur untuk memasak dengan senyuman yang terlakar di wajah.Rambut diputarkan beberapa kali kemudian Nazatul bergumam menghasilkan melodi lagu.

Syed pula yang berdiri tegak di hadapan bilik mengurutkan kepalanya.Dari tadi,dia rasa tidak sedap hati.

"Ain...",gumam Syed sebelum duduk di atas katil.Telefon dikeluarkan dari poket lalu nombor telefon Ain didail.Telefon ditekapkan pada telinga.

Lima saat sudah berlalu namun panggilannya masih tidak diangkat.Dahi Syed berkerut lalu dia cuba mendail semula.

Sesaat.

Dua saat.

"Jawab lah,Ain!",pinta Syed sambil merapatkan giginya.

Tut.

Ain angkat??

"Sayang,Ab--"

"Nombor yang an--",panggilan terus ditutup.Telefon digenggam dengan erat.

"Kenapa kau tak jawab,Ain....",resah Syed.Dia terus bangun dari duduk dan berjalan ulang-alik di hadapan katil.Dia masih tidak berputus asa.Nombor Ain didail beberapa kali.

Namun,masih tak diangkat.

Syed mendengus geram.Nasib baik,dia dapat menahan sabar sekarang.Kalau tidak,sudah pecah telefonnya akibat dibaling ke dinding.

Dia mendail lagi setelah berpuluh-puluh kali dia telefon isteri pertamanya.Rambut diraup dengan kasar.

Tut.

Syed terhenti.Kali ini,Ain angkat panggilannya?

"Sayang.",panggil Syed dengan perlahan.

Sunyi.

"Sayang??"

"Hmm..."

Syed terus melakarkan senyuman lalu bilik air dituju kemudian pintu dikunci.Risau sekiranya Nazatul mendengar perbualan mereka.

"Kenapa Sayang tak angkat tadi? Sayang tahu tak yang Abang risau.Kalau jadi apa-apa dekat Sayang? Kan susah.",bebel Syed.

Ain yang berada di rumahnya terus mengerutkan dahinya.Dia menukarkan posisi baringnya kepada duduk.Tudung yang berkedut dicabut dengan perlahan.Rambut yang beralun dirapikan.

"Aku tidur lah,Syed....",jawab Ain dengan suara yang serak.Dia baru bangun tidur dan dia cuba untuk memproses keadaan.

"Sayang okey tak? Kenapa suara lain ni? Sakit ke?",soal Syed dengan resah.

"Sebab aku menangis tadi.",desis hati Ain.Keluhan dilepaskan.

"Aku okey je."

"Haih.Ni mesti tak makan lagi ni.Asyik nak tidur je.Dah pergi bangun.Lepas tu,masak ke apa ke.",arah Syed dengan tegas.

"Malas lah..",rengek Ain.Syed berdecit.

"Dah tu.Nak tunggu Sayang sakit baru nak makan?",marah Syed.Ain menjulingkan matanya ke atas.

"Bising lah.Okay dah lah.Aku cau dulu.",rungut Ain.

"Eh Sayang! Abang tak habis nak cakap lagi ni.Tak payah nak tutup!",larang Syed sambil menggetap rahangnya.

Ain menghentikan perbuatannya untuk meletak panggilan Syed.

"Apa lagi...",tanya Ain dengan meleret kemudian dia bangun dari duduk di atas sofa.

"Pastikan Sayang makan.Jangan asyik tidur je.Sayang pergi lah tengok dekat dapur tu,okay?Rasanya ada lagi beberapa paket Maggie.",pesan Syed sambil berjalan ulang alik di dalam bilik air itu kemudian rambut diraup.

"Okay...",sahut Ain.

Kaki Ain melangkah perlahan ke dapur dan sepaket Maggie kari diambil.Telefon ditahan dengan bahu kanan.Periuk kecil diambil dan air diisikan ke dalamnya.

"Ke Sayang nak Abang order makanan untuk Sayang? Pastu Abang hantar dekat Sayang?",tanya Syed dengan nada prihatin.Badan disandarkan kepada dinding bilik air.

Ain melepaskan keluhan sebelum tangannya membuka loud speaker dan telefon itu diletakkan pada permukaan kabinet dapur.

"Tak payah lah,Syed.Kau baru je sampai sana takkan lah kau nak balik sini semula.Lagipun aku kenyang je kalau makan maggie."

Tangan Ain lincah bergerak untuk masak Maggie.Pelbagai bahan tambahan seperti bawang merah,bawang putih dan cili hijau diletakkan ke dalam Maggie itu.

"Sayang...",panggil Syed.Dia ingin mengadu sesuatu perkara yang membuatkan dia resah kepada Ain.

"Ya....",sahut Ain dengan dahi yang berkerut.Telur dipecahkan dan dia masukkannya ke dalam Maggie yang sedang dimasak itu.

"Abang rasa tak sedap hati lah tadi...",adu Syed.Ain mendiamkan diri dan menunggu Syed meneruskan percakapannya.

"Abang rasa macam Sayang nak tinggalkan Abang."

Perbuatan Ain terhenti dan dia melihat kuah kari yang mendidih itu seketika.Dia terus menutup dapur gas kemudian pandangan dialihkan pada telefon miliknya.

"Syed..."




Chubby 2  [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang