PROMO | MAWAR BEHZAD

26.7K 749 33
                                    

OFFICIAL TRAILER

"Kau kena ingat, Mawar. Perkahwinan ini bukan jalan ke arah cinta dan hidup tapi jalan ke arah hukuman!"Hayden menggertak bisik. Dalam nadanya menukas. Mata tajam menaut mata Mawar.

"Saya tak salah. Sumpah, saya tak salah Hayden. Saya tak ada saksi tapi saya betul-betul tak salah."Mawar melutut lekas di depan Hayden. Kasut Hayden disentuh.

"Please, have mercy."

"There's no mercy. Dalam kes ini, tidak ada bukti yang kau tak bersalah. Kau racun isteri aku. Kau bunuh kakak kau sendiri ,Mawar. Ingat Mawar. Kau pembunuh. Kau hanya seorang pembunuh."

Hayden lempar pandangan ke luar balkoni. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket. Rahangnya menegang hebat. Tangisan Mawar tidak dipeludikan. Tangisan pilu yang palsu dan berpura-pura.

"Dan,aku tak nak sesiapa tahu pasal ni tidak kira papa ,mama atau Datuk Omar Mustapha sekalipun. Kalau kau tak, lidah kau akan jadi makanan anjing. Jadi bisu lebih baik."

Hayden lingas perlahan kakinya dari pelukan Mawar. Sebelum tombol berkalih, Hayden titipkan satu kata untuk Mawar.

"Aku tak halang kau bercakap dengan Nathan tapi cuba jauhkan diri."

Mawar terpempan. Air jernih jatuh lagi ke pipi. Tidak,bukan perkongsian hidup begini yang dia pinta!

***

"Saya nak kepastian dari awak. Kalau awak bencikan saya, kenapa awak beria-ia tolong saya selepas awak tinggalkan saya dalam bahaya? Saya nak kepastian tu saja! Awak tak faham ke?!"Mawar membentak muka Hayden. Makin lama makin bengkak ulu hatinya dengan diri Hayden. Mawar tidak mahu berdiam. Entah kenapa hari ini dia mempunyai kekuatan untuk menengking lelaki tersebut.

Senyap. Kicauan burung saja mengeruhkan keadaan mereka selama seminit dua. Mawar terduduk di atas sebuah kerusi. Rambut dikuak ke belakang. Stress. Mutiara jernih yang mula bertakung terus diseka.

"Hayden, ceraikan saya."

Hayden toleh ke belakang semula mengadap Mawar sekilas. "Tak boleh."

"Kalau awak tak nak ceraikan saya, saya akan buat sesuatu. Ya, saya akan pergi dari sini buat selamanya dan awak boleh bahagia dengan Noora,"

Mawar benar-benar kecewa. Sepertinya Hayden memperlekehkan arwah Rossa. Kata Hayden, Rossa lah wanita pertama dan terakhir tapi itulah lelaki. Natijahnya, kaum lelaki lebih cepat lupa akan janji sendiri. Kedua, Mawar tahu Nathan tidak semudah itu menerima kehadiran ibu tiri.

"Jadi,kau pandai membantah?"Lelaki itu akhirnya membidas.

"Saya tak bantah. Saya tak hak nak membantah. Tahniah."

"Kau boleh berambus dari rumah ni kalau kau tak setuju dengan keputusan aku."

"Ya, saya akan pergi."

Hayden letakkan busur panah di atas meja. Kolar baju Mawar dipulas.

"Boleh. But ,not now"Bisik Hayden keras dalam telinga Mawar.

"Lepaskan saya! Saya akan bawa Nathan pergi sebab saya kesian Nathan ada bapa macam awak. Bapa yang mementingkan diri sendiri dan egois! Saya tak akan biarkan Nathan menderita kerana sikap awak."

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now