24 | ORKED-BEFORE US

17.2K 756 83
                                    

"I TAK nak you dakwa Akyar

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

"I TAK nak you dakwa Akyar. I nak selesaikan benda ni secara peribadi dengan Akyar serta Tengku Kyla. Tapi kalau masalah ni semakin melarat, I nak you bertindak."Ucap Tengku Orked. Ya, inilah keputusan di dalam fikirannya selepas melakukan solat istikharah semalam.

"Nak selesaikan secara peribadi? Macam mana sekalipun usaha you nak selesaikan dengan dua beruk hidup tu, I rasa tak jalanlah. Tengku Kyla dan suami you 100% bitch."

Tengku Orked genggam tangan Maya dengan erat dan teguh. "Maya, I tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut orang. Kalau ada apa-apa terjadi dengan I, Please tenggokkan mama I."

"You nak buat apa Orked?"

"Besok adalah hari pernikahan Akyar dengan Tengku Kyla. I nak datang dan tengok majlis mereka."Tengku Orked nekad dalam hati.

"You gila Orked? Esok adalah hari terbahagia suami you dengan seorang perempuan yang telah merampas kebahagian you tapi you tetap nak datang?"

Maya ketawa hambar kerana rasa tidak percaya dengan kerja gila kawan di sebelahnya ini. Kalaulah dia berada di tempat Tengku Orked, jejak kaki ke tanah tempat persandingan itu pun dia tidak sudi.

"I nak you hormat kehendak I, Maya. Kali ni jer. Esok I nak you bawa I ke tempat pernikahan mereka. Okey?" Pujuk perempuan itu supaya Maya tidak bermain tarik tali dengan keputusannya kini.

"Haih, yelah-yelah. Sendu lah you ni."Omel Maya. Geram. Tubuh dihempaskan di atas tilam. Tubuh Tengku Orked yang masih terpacak ditenung sayu. Rasa kasihan tidak dapat dizahirkan kepada sahabatnya itu kerana Tengku Orked tidak mudah mengikut segala kata-katanya mahu membuat laporan polis atas sebab sikap Tengku Akyar.

"Maya, thankyou."

Tengku Orked pegang sekilas bahu Maya.

"I minta maaf kalau selama ni I susahkan you. Nasib I malang. Mungkin Allah nak tunjukkan kifarah dekat I sebab selama ni I jahat. I bukan orang baik. Zarina hukum I."

Maya bangun.

"Orked, janganlah cakap macam tu. Benda dah lepas biarkanlah lepas. Kita ni manusia. Tak lepas dari buat salah. Kita bukan malaikat. Mungkin lepas ni ada sesuatu yang lebih baik menanti diri you. Agenda Allah kita tak tahu."

Tengku Orked melagakan jari jemarinya. Nafas semput dihela keluar ."Hari tu, I ada mimpi tentang Akyar tapi dia bukan Akyar."

"Mimpikan Akyar tapi bukan Akyar?"

Tengku Orked mengangguk.

"Itu tandanya you dengan Akyar perlu berpisah sebab tak ada kerasian lagi dalam diri korang. Rasa cinta dah pudar sampaikan you bermimpikan orang yang you tak kenal. You sedang mengharapkan lelaki yang baik dari Akyar. Tepuk dada tanya selera Orked."

Tengku Orked termangu sendiri sambil mencerna ayat-ayat Maya sebentar tadi. Kemudian badan direbahkan di sebelah Maya. Pinggang Maya dipeluk kemas-kemas.

✅ORKED THORNS | TERBITOnde as histórias ganham vida. Descobre agora