1 | ORKED THORNS | BEFORE

56.5K 1.5K 223
                                    

DANOK,  SEMPADAN—MALAYSIA THAILAND

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


DANOK,  SEMPADAN—MALAYSIA THAILAND

"Kod DURI—G/15757 , anda dengar arahan?"Bercakap tegas, suara Sarjan Hamidi yang mengetuai misi tersebut mengusik pendengarannya.

"Kod DURI G15757 Delta satu! sedia untuk bawa team melakukan serangan! Ingat, jangan terjah sembarangan. Kita tak tau mereka ada letakkan C4 ke apa dekat pintu gudang!"

"Copy! Move! Move!"Arahan diterima, dia terus menggerakkan tangan kepada beberapa ahli kumpulan yang sedang menunggu arahan daripada Sarjan Hamidi.

"Move!Jangan sentuh apa-apa yang mencurigakan sebelum arahan diberi!"Arahan tegas selepas talian walkie-talkie dihentikan.

Mereka berhenti sejenak di depan pintu. Kelihatan beberapa orang lelaki masih berjaga di kawasan itu dengan berbekalkan senjata api dan peluru melekat di tubuh mereka.

"Kod DURI G15757, sila bagi arahan."

"Kod DURI G15757, Anda dengar kami?"

"Dengar, Sarjan. Ada beberapa orang lelaki mencurigakan berjaga di depan pintu gudang."

"Charge!"

"Copy that!"

"Cas!"

Buk! Pintu gudang diterjah selepas arahan ditujukan kepada mereka. Bang! Bang! Bang!

Gamat, bunyi peluru seperti butir hujan memalu setiap gegendang telinga prajurit-prajurit yang bertempur pada waktu itu. Tepat pukul 12 malam , mereka diarahkan untuk menyerang sebuah gudang penyeludupan heroin.



SEMENTARA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

SEMENTARA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

TENGKU ORKED mengangkat lehernya panjang. Menghamparkan pandangan ke arah segerombolan manusia yang sedang menanti ketibaan ahli keluarga mereka di depan pintu Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sampai saja di depan pintu, terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Tengku Orked pusing kepalanya lekas. Terpapar wajah sang sahabat yang asyik bermain-main di fikirannya sepanjang percutiannya ke Maldives.

✅ORKED THORNS | TERBITOù les histoires vivent. Découvrez maintenant