2 |ORKED- BEFORE US

27.6K 1.1K 119
                                    

PUNGGUNG dihenyakkan di birai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUNGGUNG dihenyakkan di birai katil. Tengku Akyar mengusap-ngusap rambut yang masih basah sambil menancapkan pandangan ke arah batang tubuh Zarina yang sedang berbaring membelakanginya.Tengku Akyar dirundung rasa pelik. Selalunya perempuan itu mengambil angin di luar balkoni tapi malam ini Zarina tidur lebih awal dari macam biasa.

Bunyi IPhone XS Max menyentakkan Tengku Akyar yang sedang ralit menjamah belakang Zarina dengan ekor mata. Terus tergetus keluhan dari bibirnya setelah nama Tengku Orked terpapar pada skrin telefon.

"Ya, nak apa ni? rindu ke?"

"Akyar, I lapar. Jomlah keluar makan. Tak ada orang masak untuk I. Mak Asmah tak ada masak petang tadi sebab ada kenduri dekat rumah adik dia. Dia kena balik awal sikit."Suara Tengku Orked berdendang manja di dalam corong telefon.

Tengku Akyar bangkit menapak ke balkoni. Ton suara sengaja diperlahankan kerana tidak mahu isterinya terjaga akibat terdengar perbualan dia dan Tengku Orked.

"Orked, malam ni aku tak dapat keluar. Aku penat. sumpah. Aku tak tipu. Esok saja lah keluar. Okay?"Lembut Tengku Akyar memujuk Tengku Orked.

"You penat sebab apa? Selama ni bila I ajak you keluar you tak pernah bagi alasan penat macam ni walaupun satu hari tu you kena hadap semua kerja you. Jomlah Akyar. I dah lapar dah ni. Dah nak kebuluran dah ni. You tak kesian ke dengan I?"Goda Tengku Orked.

"Nak makan dekat mana? Dah lewat dah ni.."

"Dah lewat malam? Are you kidding me? You tak ada tengok jam ke? Sekarang baru pukul 8 malam lah sayang. Peliklah lah you Akyar. Dulu pukul satu pagi pun you sanggup keluar dengan I."Tengku Orked masih lagi memujuk.

"Yalah. Aku tahu. Tapi bukan malam ni sayang. Okey? Aku nak tidur. Esok aku kerja. Jangan risau, esok aku ambil kau dekat rumah then kita berdua lunch sama-sama."Tengku Akyar mengambil nafas. Fuh, boleh sakit mental nak jaga hati dua perempuan ni.

"Hm, okeylah kalau macam tu. Tapi you kena janji tau. Esok you jemput I dekat rumah then kita lunch sama-sama." Ujar Tengku Orked.

"Boleh. Tak ada masalah. Esok kita ajak Zarina sekali."

"Zarina? Kenapa pulak nak ajak Zarina? Zarina kan masih sibuk dengan kenduri kahwin sepupu dia? Mestilah dia tengah sibuk dua hari ni."

"Oh, aku lupa. Sorry sorry. Kalau macam tu, kita berdua saja lah. Okey? Besok aku jemput kau dekat rumah. Goodnite sayang. Love you 3000 times. Hehehe."Janji Tengku Akyar bersungguh-sungguh.

Belum sempat Tengku Orked menyahut semula kata-kata, Tengku Akyar terlebih dahulu memadamkan talian. Lelaki itu terus meraup mukanya perlahan. Rasa bersalah tiba-tiba menebal setelah melihat tubuh Zarina yang tertidur pulas di atas katil.

Tengku Akyar duduk dengan lesu di atas sofa. Sampai bila lakonan ini akan berlangsung pun dia tidak tahu. Dia sayangkan Zarina tapi dalam pada masa yang sama, dia rindukan Tengku Orked. Ya, rindu yang amat sangat sehingga dia tidak dapat menggambarkan bagaimana rasanya kepada sesiapapun.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now