9| ORKED-BEFORE US

18.4K 845 183
                                    

SELEPAS mesyuarat bersurai, Tengku Akyar telah dimaklumkan oleh Zura, sekretarinya bahawa ada seorang gadis sedang menunggunya di dalam bilik pejabat

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


SELEPAS mesyuarat bersurai, Tengku Akyar telah dimaklumkan oleh Zura, sekretarinya bahawa ada seorang gadis sedang menunggunya di dalam bilik pejabat.

"Dah lama ke dia tunggu dekat sana?"Tengku Akyar melangkah segera menuju ke bilik pejabat. Tengku Orked ini sehari tak buat kacau memang bukan Tengku Orked.

"Dah lama tuan. Saya dah suruh dia balik dulu sementara tunggu tuan habis mesyuarat tapi dia tak nak."Jelas Zura. Ini kali yang ketiga gadis tersebut menayangkan muka di dalam pejabat Tengku Akyar. Meluat hati Zura. Sudah tahu Tengku Akyar sudah mempunyai isteri tetapi gadis tersebut tetap dengan miangnya.

"Takpe, kau cakap dekat manager Zahid suruh dia prepare apa yang aku nak tadi. Aku dah inform Zahid. Lepas email, aku nak salinan report stock adjustments."Pinta Tengku Akyar sebelum menerjah pintu pejabat.

"Baik tuan. Nanti saya sampaikan dekat Zahid."Zura mengangguk tanda faham isyarat Tengku Akyar.

Tengku Akyar tutup perlahan pintu bilik. Keluhan sendat dilepaskan. Haih, terangkat keningnya tatkala melihat gelagat Tengku Orked yang sedang berselfie sakan di dalam biliknya.

"Orked."

"Yes?" Tengku Orked menoleh. Tak sedar pula jejaka pujaan hatinya sudah terpacak di belakang. Tengku Orked cepat-cepat melangkah ke arah Tengku Akyar.

"No, Orked. Sila jauh—"Tegah Tengku Akyar. Tubuh Tengku Orked ditolak sedikit dari semakin dekat dengan dirinya.

Tengku Orked menarik muka masam.

"Akyar, kenapa you layan I macam ni? Dulu tak macam ni pun. Apa yang isteri kesayangan you tu dah buat? Pemanis apa dia dah pakaikan dekat you?"Tengku Orked naik berang.

"Orked, sila faham. Aku ni suami orang. Nanti apa kata orang kalau ada orang tengok kita berduaan dalam bilik ni?"Tengku Akyar meletakkan punggung di atas kerusi kulit.

"Hmm, yelah! Ni, I nak tanya you something. Pasal semalam. Kenapa you sindir I? Kenapa you panggil I tenuk?"

"Tenuk?"Tengku Akyar melipatkan dahi. Bila masa pula dia panggil si Tengku Orked ni 'tenuk'?

"Jangan buat-buat tak tahu. Semalam buat main lagi sindir I dalam Instagram. Bila jumpa depan-depan jadi pengecut pulak."Tempelak gadis itu.

"Sorry, aku memang tak faham dan tak tahu menahu perkara ni. Ya, semalam aku memang ada buat live di Instagram dengan Zarina tapi tak lama. Around 15 minutes. Lepas buat live, aku mandi then... "

"Yes, Akyar. You sepatutnya tahu perangai sebenar isteri kesayangan you itu. I datang sini sebab nak komplen sikap isteri you. I memang dah agak yang semua ni kerja si Zarina. You tengoklah apa yang dia dah buat dekat I. Isteri you tu perangai saja baik dari luaran tapi, bila belakang you jadi hantu pulak!"Potong Tengku Orked.

Tengku Orked menyuakan Iphone XS Max kepada Tengku Akyar.

Tengku Akyar garu kening. Boleh tahan bawang juga mulut si Zarina ni. Tengku Akyar sempat menggerutu di dalam hati.

✅ORKED THORNS | TERBITTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang