16 | ORKED-BEFORE US

16.6K 786 94
                                    

MASING-MASING mendiamkan diri tanpa sebutir kata-kata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASING-MASING mendiamkan diri tanpa sebutir kata-kata. Lidah semua orang seakan terpotong dan hanya esakan sayu Mak Asmah saja yang menghingarkan suasana mereka. Sedih kerana tidak menyangka Zarina sanggup mencuba membunuh diri dengan meneguk racun rumput.

Tengku Orked kaku di satu sudut sambil berpeluk tubuh memerhatikan pemandangan luar hospital manakala Tengku Akyar asyik bangun, bangun duduk kerana runsing. Dalam perjalanan ke hospital tadi Tengku Orked dan Tengku Akyar tiada sebarang interaksi kerana sama-sama terkejut dengan berita yang tidak diduga.

Tengku Akyar melangkah ke arah Tengku Orked. Jari telunjuknya lurus menuding ke arah mata Tengku Orked.

"Semua ni salah kau! Sekali lagi aku tekankan, salah kau Orked! Kalau tak kerana kau halau Zarina semalam, semua ni tak akan jadi! Semua ni silap kau!"Jerkah lelaki itu. Seolah-olah meletakkan semua kesalahan tersebut di atas bahu Tengku Orked saja. Ya, bagi Tengku Akyar semua ini kesalahan Tengku Orked yang tak mungkin terampunkan!

Tengku Orked ternanar. Dadanya diserang rasa sebak kerana Tengku Akyar sampai hati menuduhnya sebegitu. Semalam, Zarina ingin pulang ke kampung bukan dihalau tetapi Zarina sendiri yang mengambil keputusan untuk tinggal di kampung saja.

"Kenapa you sampai hati tuduh I sampai macam tu sekali? Sekalipun you tak pernah percaya yang Zarina sendiri nak pulang ke kampung. Masa tu you tidur. You tak sedarkan diri! Kalau rumah you ada cctv, you better check dulu untuk dapatkan bukti bukan terus menuduh melulu macam ni!"Tengku Orked enggan kalah. Tidak menyangka sama sekali Tengku Akyar meninggikan suara kepadanya tetapi hari ini entah kenapa perangai lelaki itu berubah 360 darjah.

Tengku Akyar menarik lekas tangan Tengku Orked ke suatu tiang. Agak terperuk dari orang ramai. Tangan Tengku Orked digenggam kemas. Ringisan sakit Tengku Orked juga tidak pernah didengari oleh Tengku Akyar.

"Akyar, lepas! Sakit Akyar! You nak bawa I pergi mana ni?! Lepas!"Tengku Orked kerut dahi sambil menahan pergelangan tangan yang sakit. Peluh merenik hebat ke dahi tatkala tangan Tengku Akyar masih melilit kemas di pergelangan tangannya.

"Orked sekali lagi kau tinggikan suara dekat aku, kau pengsan Orked! Kau ni lebih biadab Zarina. Tu, Zarina sedang bertarung nyawa sekarang ni, sakit sebab kau! Anak aku yang tak berdosa tu pun dah jadi mangsa! Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku tak akan termakan dengan pujuk rayu kau ni!"Tengku Akyar cekak leher Tengku Orked.

Selepas itu, Tengku Akyar merentap geram rambut Tengku Orked.

"Akyar, lepas Akyar! Semua ni bukan salah I Akyar. Zarina yang nak balik kampung semalam. Kita juga tak dapat expect apa yang akan berlaku!"Berkali-kali Tengku Orked menjelaskan yang hal tersebut bukan salah dia tapi Tengku Akyar tetap mempertahankan barannya saja.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now