17 | ORKED-BEFORE US

16.6K 772 188
                                    

BALIK dari tanah perkuburan Islam Sri Melati, Tengku Akyar banyak membisukan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BALIK dari tanah perkuburan Islam Sri Melati, Tengku Akyar banyak membisukan diri. Fikiran kacau, rasa menyesal, sedih dan kecewa segalanya membengkak di dalam diri.

Pantulan cahaya lampu yang berbalam-balam di permukaan kolam renang ditenung lama. Jauh dia mengelamun. Fikiran kosong.Yang ada kini hanya sebuah penyesalan yang tidak terhingga. Jika masa boleh diundur, hanya Zarina saja isteri yang diperjuangkan dan tidak ada orang lain yang akan mengisi tempat dihatinya.

Tengku Orked mendekati si suami sambil menatang satu cawan kopi. Selepas meletakkan cawan kopi tadi di atas meja, Tengku Orked perlahan menghampiri Tengku Akyar tetapi ditegah oleh lelaki itu supaya tidak terus dekat.

"Akyar, kenapa you tak nak bercakap dengan I? Apa salah I? You nak tau tak ,dari semalam you tak ada bercakap dengan I. Seolah-olah I ni tak wujud depan mata you."Sebak rasa dada Tengku Orked. Bahu suaminya disentuh.

"Akyar, pandang I please? Jomlah turun ke bawah. Banyak saudara-mara dah sampai semata-mata nak jenguk you. Mamy dengan daddy pun dah tunggu you."Tutur perempuan itu. Pipi Tengku Akyar dipaut supaya suaminya tidak lagi memalingkan muka ke tempat lain. Kenapa? Jijik sangatkah dia sekarang sampaikan Tengku Akyar tidak lalu untuk menatap mukanya?

"Jangan sentuh boleh tak perempuan?!" Tengku Akyar menggertak marah secara tiba-tiba. Ditepis laju tangan runcing Tengku Orked. Saudara-mara dah berkurumun pun ,apa dia kisah? Yang penting sekarang dia mahu menyendiri datang pulak Tengku Orked sengaja hendak memancing emosinya.

Tengku Orked tersenyum sinis. Akyar tidak mahu disentuh? Tengku Orked hembus nafas yang hangat.

"Akyar, I ialah isteri you. Isteri you yang sah sekalipun kita bernikah di Thailand tanpa pengatahuan parents kita. So, why not I tak boleh sentuh tangan suami I? Adakah ia haram untuk I? Tak kan?"

Pedas cuping telinga Tengku Akyar menelan semua kenyataan Tengku Orked. Tangan Tengku Orked dicengkam, pak! Sekali tubuh perempuan itu juga sengaja ditekan pada palang balkoni.

Tengku Orked ternganga.

"Listen, Orked. Zarina dah meninggal sekarang ni. Anak aku juga dah tak ada. Sekarang aku tak tak ada apa-apa yang tinggal kecuali diri aku sendiri yang hina ni. Kau ialah kesilapan aku Orked. Kau ialah kebodohan aku. Aku hilang aku sendiri."Ayat tajam Tengku Akyar terbisik ke dalam telinga Tengku Orked.

"I ni siapa? You masih ada I untuk bersandar tapi kenapa you tak nak mengharapkan I sebagai tempat you bersandar? Kenapa tiba-tiba I ni jadi kesilapan you. Bukankah selama ni you anggap arwah Zarina ialah kesilapan you? I dah bagi you peluang Akyar. Untuk you baiki hati I yang retak ni.. "

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now