7 | ORKED-BEFORE US

19.5K 953 71
                                    

ANAK TANGGA dituruni laju setelah terdengar suara riuh-rendah di tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANAK TANGGA dituruni laju setelah terdengar suara riuh-rendah di tingkat bawah. Tengku Orked menjengulkan kepalanya. Kelihatan Tengku Osman dan Hazirah sedang bergurau senda dan berkejaran mesra seperti adegan di dalam filem Hindustan di dalam dapur.

"Hai, good morning my princess." Tengku Osman menyapa anak gadisnya dengan senyuman. Tapi sayangnya sapaan Osman kepada Tengku Orked tidak dibalas oleh Tengku Orked.

Tengku Orked menyuap sebiji telur rebus ke dalam mulut. Dalam keadaan menyampah melihat kemesraan ayahnya dengan si ibu tirinya yang tidak sedar diri itu, Tengku Orked mengunyah laju-laju telur rebus yang baru saja disuapnya tadi.

"Kenapa muka cemberut pagi-pagi macam ni? Ada apa-apa ke?"Tengku Osman masih hendak mengusik Tengku Orked. Rindu mahu bergurau dengan anak tunggalnya itu tapi semenjak dua ini Tengku Orked banyak berubah sikap. Dulu gadis itu sangat periang orangnya.

Tengku Orked menghentak sudu dan garpu di atas sebuah pinggan kaca. Kemudian, kepala dipusingkan mencari-cari Mak Asmah. Selalunya pagi-pagi macam ini sarapan sudah disediakan di atas meja tapi hari ini sebutir nasi pun tak ada!

"Mak Asmah! Mak Asmah! Mana breakfast I?!"Gadis itu melaungkan nama Mak Asmah dengan muka garang. Tengku Orked merengus geram.

"Kau ni dah kenapa Orked? Papa kan dah letak nasi lemak atas meja. Mummy kau ni yang masak. Cubalah. Sedap."Tengku Osman menegur setelah terperanjat dengan suara Tengku Orked yang tiba-tiba nyaring mencari orang gaji mereka.

Mak Asmah agak tergesa-gesa menuruni anak tangga sambil membawa mop yang masih basah. Dari tingkat atas dia sudah mendengar suara Tengku Orked yang mengalahkan speaker perhimpunan sekolah.

"Kenapa Ku Orked? Mak Asmah mop bilik di atas tadi."Mak Asmah masih takut-takut mahu memandang muka Tengku Orked.

"Tak buat breakfast untuk I ke? I dah kebuluran dekat sini tau tak?! I nak makan!"Tengking Tengku Orked. Sudahlah lapar, Mak Asmah pula nak naikkan darah dia pagi-pagi.

"Orked, kenapa sampai marah-marah Mak Asmah macam ni? Cuba cakap elok-elok. Papa yang suruh Mak Asmah buat kerja lain dulu sebab ada mummy kau yang sediakan breakfast."Tengku Osman membela Mak Asmah.

"Anak beranak sama-sama menyusahkan orang! Seorang perampas, seorang lagi pemalas! Benda ni, dah tiap-tiap hari you buat! Sebelum I bangun, I nak tengok makanan atas meja!"

Selepas menadah telinga mendengar cemuhan Tengku Orked, hati Mak Asmah terasa digores. Betapa jijiknya dia dan Zarina di mata Tengku Orked setelah Zarina menepek tahi ke mukanya.

"Apa Orked cakap ni?"Tengku Osman memandang Tengku Orked dengan penuh kebingungan.

"Ku Orked, Mak Asmah minta maaf tau. Mak Asmah masih kemaskan bilik atas. Mak Asmah tak dengar Ku Orked panggil Mak Asmah."Mak Asmah cuba meredakan berang Tengku Orked. Disentuh perlahan bahu Tengku Orked.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now