15 | ORKED-BEFORE US

16.4K 770 101
                                    

"ABANG, BANGUN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG, BANGUN."Zarina goncang sedikit bahu Tengku Akyar. Nampaknya lelaki itu sangat ralit melayar mimpi. Tengku Akyar tertidur di atas sofa selepas membaiki sinki yang tersumbat petang tadi.

Zarina lilau tengkuk. Kelibat Tengku Orked tidak kelihatan. Mungkin sedang keluar bersama Maya. Selalunya Tengku Orked waktu begini ada di rumah.

"Abang, Zarina nak cakap sesuatu dengan abang. Itupun kalau abang nak dengar Zarina. Sebenarnya, Zarina nak balik kampung esok saja sebab mak dah berapa kali call suruh Zarina balik kampung."Zarina bermonolog dengan Tengku Akyar yang masih diulit mimpi.

"Akyar?"Zarina sentuh sekali lagi bahu Tengku Akyar. Dahi suaminya disentuh. Mengeriut dahi Zarina. Panas! Tengku Akyar demam ke? Keras dan panas Tengku Akyar.

"Orked.. Orked... "Tengku Akyar buka mulut sedikit. Merengek perlahan. Tangan Zarina digapai.

Sejuknya tangan Tengku Akyar. Zarina mendekatkan telinganya dengan mulut Tengku Akyar. Agak samar-samar pertuturan suaminya di telinga kini.

"Ye, abang nak apa? Zarina nak ambil tuala basah ni. Badan abang panas."

"Orked, jangan pergi dulu. Aku sejuk ni.."

Zarina terkelu tanpa kata. Sakit-sakit begini pun suaminya masih mencari Tengku Orked sedangkan Tengku Orked tidak berada disisi? Zarina tarik nafas. Rasa kecewa melamun diri. Berdesing telinga Zarina mendengar nama Tengku Orked terpacul dari bibir suaminya.

"Ku Orked tak ada abang. Ku Orked keluar tadi. Mungkin dengan Maya. Dia tak bagitahu abang ke yang dia keluar rumah?"Aju Zarina. Tak mungkin jugak Tengku Orked keluar rumah tanpa keizinan Tengku Akyar? Dia ingat rumah ini hotel?

"Orked.. Please, Orked.."

"Orked tak di rumah bang. Ini Zarina. Abang nak apa-apa ke? Zarina boleh ambilkan."

Zarina gigit bibir. Orked, Orked, Orked! Ingatannya menerjah ke arah peristiwa hitam dimana Tengku Akyar mabuk semasa pulang dari kelab malam dan bermalam di rumah sewanya. Perangai Tengku Akyar tidak ubah seperti ini. Merayu-rayu dan menyeru nama Tengku Orked sehingga dia sendiri yang tewas dengan rayuan itu.

"Aku nak Orked...Orked pergi mana? Orked.. "Lelaki itu masih dengan rengekannya.

"Tak apalah bang. Abang tunggu saja Ku Orked sampai kalau abang tak nak Zarina tolong abang."Zarina menjauhkan diri dengan hati sedih. Perlahan dia berundur dari situ. Tidak sekali ingin menolong Tengku Akyar yang sedang mengigil kesejukan.

"Aku tak nak kau.. Aku nak Orked.."Dengan mata terpejam, Tengku Akyar berkali-kali memanggil Tengku Orked.

Zarina tidak peduli akan suara suaminya lagi. Pintu bilik dikunci rapat-rapat kerana enggan lagi peduli dan mendengar rengekan Tengku Akyar.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now