28 | THORNS-AFTER US

17.6K 864 99
                                    

"ENCIK WU," Seorang doktor lelaki unjurkan lagi tangan untuk menyentuh bahu seorang pemuda yang sedang tertidur lena di tepi katil Tengku Kyla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ENCIK WU," Seorang doktor lelaki unjurkan lagi tangan untuk menyentuh bahu seorang pemuda yang sedang tertidur lena di tepi katil Tengku Kyla.

"Encik Wu- "

"Assalamualaikum Encik Wu..."

"Walaikumsalam... "

Jejaka itu akhirnya mencelikkan matanya sebelah. Cahaya matahari sudah menusuk ke pelosok muka membuatkan Blake Wu segera bingkas untuk menutup langsir wad.

Blake Wu diam sementara menunggu doktor itu memeriksa antibiotik yang tergantung pada stand. Kata Doktor Kamisah, Tengku Kyla ada sedar selama dua hari yang lepas tapi koma semula malam tadi dan ada meracau sikit.

Doktor tua bertag nama 'Doktor Ramesh' itu mengeluh panjang. Muka tampan segak Blake Wu dijamah tunak.

"Tengku Kyla mengalami mungkin mengalami gangguan dan trauma, Encik Wu."

Blake Wu berlalu ke tepi dinding. Nafas ditarik dan dihela. Teguh tangannya menggenggam kepala kerusi.

"Ada sesiapa nak cerita pada aku tentang apa yang dah berlaku pada hari perkahwinan dia? Betulkah dia dengan Ku Akyar dah kahwin dekat hospital masa dia sedar?"

Doktor Ramesh menyusun kata-kata terlebih dahulu kerana bimbang dengan Blake Wu akan mengamuk. Sebelum dia masuk ke dalam wad Tengku Kyla tadi Doktor Kamisah sempat menasihati supaya berhati-hati dengan lelaki ini. Kena jaga pertuturan dan tingkah laku.

"Tak ada sesiapa nak cerita dengan aku... "

"Doktor, betul ke dia hamil 2 minggu? Keguguran kerana kesan tikaman.. "

"Kenapa tak ada orang nak cerita dekat aku?!!!"Jerkah Blake Wu.

Doktor Ramesh kecut-perut.

"Maaf Encik Wu. Saya tak tahu tentang apa yang dah berlaku. Tiger Wu tak ada ceritakan apa-apa kepada kami. Kami hanya jalankan tanggungjawab kami saja. Berkaitan dengan keguguran, ya itu benar Encik Wu."Ucap Doktor Ramesh.

Doktor Ramesh menunduk kepala seraya menunggu jawapan seterusnya daripada Blake Wu. Tiada ungkapan dari bibir lelaki itu, tapi mukanya menampakkan Blake Wu sangat terkesima dengan apa yang dah menimpa adik perempuannya.

Klak!

Tombol diputar dari luar. Wajah Tiger Wu dan dua orang lelaki sasa berbaju kot masuk ke dalam wad.

"Doktor Ramesh, Drogo dan Madrid korang boleh keluar dulu. I want to talk to my beloved son."Tiger Wu mengarahkan mereka yang tak berkenaan keluar terlebih dahulu dari wad Tengku Kyla.

Tiger Wu mendekati Blake Wu Ditempap bahu anak lelakinya. Sekali.

"Welcome back. How was your project in Qatar?"

"Ini bukan subjek utama hari ni papa. Papa boleh soal soalan tu masa aku di ofis nanti. Aku nak tau apa dah jadi dengan Kyla."

Tiger Wu angkat bulu kening. "Dia kena tikam dengan seorang perempuan. Isteri kedua Tengku Akyar. Papa tak ada disitu masa hari perkahwinan begitu juga dengan mama kau."

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now