35 | THORNS-AFTER US

22.8K 1K 210
                                    

BAYU PETANG bertiup sepoi bahasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAYU PETANG bertiup sepoi bahasa. Indahnya ciptaan Tuhan. Lembayung kuning refleksi di permukaan laut dan menghasilkan suasana yang damai disertai terangnya cahaya fajar yang hendak memudarkan diri di ufuk barat. Kapal dan perahu para nelayan pulang ke gagang selepas seharian berlumba sama mencari rezeki di laut.

Nun jauh di sana, ada seorang perempuan ayu bertudung labuh melemparkan segores senyuman manis. Menanti dengan penuh sabar. Isa Thorns pasang langkah menghampiri perempuan yang paling dirindui separuh nyawa itu.

"Kenapa Yuhanis nak jumpa abang? Mana suami Anis?"Isa Thorns kalih kepala ke belakang.

"Datuk Khalid dah ceraikan saya."Yuhanis tersenyum kabur. Perut yang sedang memboyot sikit ke depan diusap.

Isa Thorns kerut kening. "Dengan keadaan macam ni? Kenapa suami Anis buat Anis macam ni?"

Yuhanis datang mendekat pada Isa Thorns. "Sebab Anis hamil anak orang lain."

"Ini anak siapa Anis?"

Yuhanis pegang pipi Isa Thorns. "Anak abang. Anak kita. Anis hamil anak abang."

Lelaki itu nampak sedikit terkejut. Lututnya lenguh tiba-tiba. Berlutut di depan Yuhanis. Air mata lelaki mengalir dari pelupuk. Perut Yuhanis dikucup syahdu.

"A-anak abang? Abang ada anak ke? Ini anak abang?"Isa Thorns elus lembut perut Yuhanis.

"Ya, ini anak abang. Kita ada anak, bang."

Isa Thorns menyembah syukur ke hadrat Ilahi. "Allah, terima kasih. Anis, abang nak jadi papa ke?"

"Tak lama lagi abang jadi papa."Yuhanis angkat bahu bidang Isa Thorns supaya Isa Thorns tidak lagi melutut di depannya.

"Abang...."

"Anis akui Anis banyak silap dekat abang. Anis tak faham diri abang. Anis tak faham kerja abang. Anis cari abang sini sebab Anis tahu, abang sentiasa dekat sini. Anis tahu abang tengah tunggu Anis. Anis minta maaf, bang. Anis nak balik dekat abang dan nak abang dekat Anis. Please bagi Anis peluang. Kita bina hidup baru."

Yuhanis ambil tangan Isa Thorns. Sifar jawapan dari Isa Thorns. Mata dilempar jauh ke tengah laut yang tengah membiru. Beralun tenang.

"Abang balik dekat Anis lagi ya? Anis masih cintakan abang. Anis sayangkan abang. Anis silap sebab tak pernah faham kesibukan abang."

Isa Thorns beralih pada muka Yuhanis. Senyuman indah segar di tepi bibirnya. Tudung Yuhanis yang senget dikemaskan. Pipi Yuhanis disapu lembut. Tangan runcing Yuhanis dikucup.

"Abang—"

"Ya, abang tengah tunggu Anis.. "

Dari jauh ada seorang perempuan sedang berlari lemah ke arah mereka.

"I—Isa!"Tengku Orked terhuyung-hayang sambil menahan perutnya yang sedang galak mengeluarkan darah pekat.

Isa Thorns pusingkan badan. "Orked?"

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now