29 | THORNS-AFTER US

16.8K 797 57
                                    

TENGKU ORKED keluar dari pondok sambil mencari bayangan Mat Viking kerana terdengar bunyi yang ketukan nyaris di luar pondok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU ORKED keluar dari pondok sambil mencari bayangan Mat Viking kerana terdengar bunyi yang ketukan nyaris di luar pondok. Tengku Orked kecilkan mata sendiri. Kelihatan Mat Viking masih ralit mengetuk paku memperbaiki semula dinding kayu yang hampir roboh.

Tengku Orked peluk dada sambil melayari suasana di sekitar pondok. Wajah Mat Viking direnung. Tenang. Tak ada wajah serius Mat Viking seperti yang selalu ditontonnya selama tiga hari disini.

Meskipun berambut panjang Mat Viking tidak serabai. Rambutnya lurus serta diikat dengan sempurna. Muka juga tidak dibiarkan terlalu berjambang. Hanya kumis dan jambang nipis saja.

Bagi Tengku Orked wajah Mat Viking ada nilai komersialnya sendiri. Jawline yang tajam, dagu terbelah dua, hidung mancung, alis tebal dan mempunyai mata hitam pekat yang kadang redup kadang bergelora.

Matanya jatuh pada belakang bogel Mat Viking dan peluh yang merecik pada kening Mat Viking.

"Dah puas ushar muka aku?"Teguran garau Mat Viking menyedarkan Tengku Orked yang masih bermimpi hampir menerjah keluar atmosfera.

Tengku Orked berdehem. Pandangan terus dilarikan ke tempat lain. "Ehem, tak adapun."

Tiada balasan daripada Mat Viking. Seperti malas hendak melayan karenah Tengku Orked yang sedang tergedik-gedik sambil memintal hujung rambut didepannya. Tum! Tum! Paku dipaku sedalam yang mungkin ke dalam isi papan. Peluh dikesat dengan lengan seketika.

"Kenapa you tak nak buat buaian dekat sini? Taklah I boring sangat. Bolehlah I lepak dekat luar pondok sambil menikmati udara yang tenang. Ini tak, asyik tengok pokok aje. Pokok pun bosan tengok I."Tengku Orked mengumam sendiri.

Mat Viking masih tak layan

Dalam diam, Tengku Orked menayangkan penumbuk kepada Mat Viking tatkala lelaki itu masih membaiki apa yang patut pada pondoknya.

Besar mata Tengku Orked manakala lidah terjelir keluar mengolok Mat Viking dari belakang. Tengku Orked merungut dalam bisikan."Kerek punya mamat! Orang nak bergaul pun tak boleh"

"Haih! Apa masalah you ni? You tak nak bercakap dengan I seolah-olah I sebijik pokok dalam hutan ni. I nak tanya you sesuatu. You tak suka dengan I ke? Yelah, kalau you suka dengan I, tak sebab you sengaja lempar ke dalam sungai semalam."

Tengku Orked mendekati Mat Viking.

"I tahu siapa you, Mat Viking. I knew who you are. You salah seorang orang suruhan Tengku Kyla, bukan? Dekat mana you buat masa plastic surgery semata-mata nak tiru muka suami I?!"

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now