5 | ORKED-BEFORE US

21K 1K 178
                                    

TENGKU ISMA mengeluh dan mengeluh lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU ISMA mengeluh dan mengeluh lagi. Rasa menyampah semakin berkabut dalam diri setelah Tengku Alfa memutuskan Zarina tinggal sahaja di dalam apartment Tengku Akyar.

"Abang, Isma bukan tak nak si Zarina tu tinggal sebumbung dengan Akyar. Apa salahnya Zarina tinggal saja dengan mak dia di kampung? Nanti kalau Ku Orked tu tau,mati kita ni."Tengku Isma menjeling Tengku Alfa yang selamba menyelak surat khabar di sebelahnya.

"Mereka itu dah sah berkahwin. Biarkan sajalah. Kita dah tak boleh nak buat apa-apa. Kita redha. Tak boleh ke engkau tu redha saja?"Sedas Tengku Alfa setelah menyedari Tengku isma masih tertunggu-tunggu jawapan daripadanya.

Tengku Isma tidak habis-habis mahu membangkitkan soal perkahwinan anak lelaki mereka itu sejak dari hari pertama pernikahan Tengku Akyar dan Zarina. Lama-lama naik muak pula Tengku Alfa menadah telinganya.

"Entah-entah tu anak orang lain. Si Zarina tu sengaja nak perangkap Akyar. Kita manalah tau perempuan macam tu. Perempuan tak sedar diri spesies Zarina bersepah dalam Malaysia ni."Tengku Isma mulai serkap jarang. Tangan dibawa ke dada. Haish!

"Apalah kau merepek pagi-pagi macam ni?Kau sendiri yang tengok penyata DNA tu hari tu masih juga tak percaya. Anak tu anak Akyar. Akyar kena bertanggungjawab."

Tengku Alfa melepaskan nafasnya.

Tengku Isma mati kutu seketika. Ya, memang penyata DNA tempoh hari mengesahkan anak yang sedang dihamilkan oleh Zarina itu milik Tengku Akyar tapi kenapa harus Zarina?Perempuan kampungan yang tidak menarik seleranya untuk dijadikan sebagai menantu.

"Abang, Isma masih tak percaya lagi dengan apa yang dah berlaku ni. Si Zarina tu cantik pun tidak apatah lagi perangai dia yang diam-diam ubi bersiri tu. Isma masih tak faham kenapa Akyar boleh tertarik dengan budak tu sedangkan selama ini dia cintakan Ku Orked?Si Zarina tu ada niat diam-diam. Sengaja nak kenakan Akyar."

Tengku Alfa meletakkan surat khabar di atas meja. Wajah Tengku Isma dipandang dengan dahi berkeriut.

"Kalau tak ada ribut,masakan pokok bergoyang? Engkau ni selalu menangkan Akyar tu. Tak payah nak backup sangat Akyar tu. Kalau dah salah, tetap salah. Berani buat berani tanggung." Ujar Tengku Alfa. Punggung diangkat hendak pergi dari situ.

Tengku Isma mendengus dengan benci. Apa yang diharapkan selama ini punah. Hasrat ingin melihat Tengku Akyar dan Tengku Orked bersanding di atas pelamin musnah begitu saja.

"Macam mana dengan wedding Akyar dengan Ku Orked? Dah lama dah tunggu. Lepas tu nak dibatalkan. Dulu bukan main beria-ia lagi. Kalau Ku Osman tau benda ni, entah-entah macam mana reaksi dia. Isma tak boleh bayangkan. Saudara-mara dah diberitahu tapi majlis tak jalan. Mana nak letak muka?"

"Nak buat macam mana lagi? Hah? Akyar tu suami orang. Kau ni macam tak faham macam mana hati perempuan. Bertimbang rasa sikit dengan Zarina tu. Aku boleh slow-slow cakap benda ni dengan Ku Osman. Kalau kita bincang baik-baik,masalah yang rumit pun akan selesai."Tengku Alfa naik rimas.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now