14 | ORKED-BEFORE US

16.2K 730 107
                                    

TENGKU ORKED tekan loceng depan pintu apartment Tengku Akyar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU ORKED tekan loceng depan pintu apartment Tengku Akyar. Bercekak pinggang dia di depan pintu menanti wajah Tengku Akyar tersembul. Tidak lama kemudian, bunyi pintu dibuka luar mengorakkan senyuman Tengku Orked.

Sebaik melihat wajah isteri keduanya, Tengku Akyar kerut dahi kerana pelik. Bawa bagasi besar pulak tu! Tengku Akyar memerintahkan Tengku Orked untuk menjelaskan perkara yang sudah berlaku secara senyap.

"Akyar!"Tengku Orked langsung memeluk Tubuh Tengku Akyar. Tangisan yang kian lerai jatuh ke pipi seperti hujan lebat.

"Orked, kenapa ni? Kenapa bawa beg-beg semua ni?"Tengku Akyar gawat. Belakang Tengku Orked diusap.

"Papa I halau I dari rumah. Mama I dah jelaskan dekat papa I pasal kita tapi papa I tak nak terima keputusan kita Akyar. Dia nak kita bercerai. I tak boleh. I tak tau nak lari ke mana..."

Tengku Akyar bungkam dan terdiam. Tengku Osman tidak merestui hubungan dia dan Tengku Orked sebab apa? Adakah kerana dasar kasihan perikemanusiaan kepada Zarina? Bukankah selama ini Tengku Osman juga mempunyai hasrat untuk melihat dia dan Tengku Orked bersanding di atas pelamin tapi kenapa hari ini ubah fikiran dan sanggup menghalau isterinya dari rumah pula? Dia sangka Tengku Orked akan memberi maklum balas yang positif tapi sangkaannya meleset sama sekali.

"Sabar Orked. Tak apalah, kau tinggal sini dua tiga hari. Esok aku carikan rumah sewa untuk kau. Okey?"Pujuk Tengku Akyar untuk menenangkan tangisan Tengku Orked.

"I tak nak tinggal di rumah sewa. I nak tinggal sini dengan you."Bangkang Tengku Orked. Kalau dia diletakkan di dalam rumah sewa tidak ubah hanya seperti perempuan simpanan manakala Zarina dilayan seratus-peratus seperti seorang isteri yang sah.

"Orked, nanti Zarina dapat tahu-"

"Dia dah tahu Akyar. I yang jelaskan dekat dia. I dah bongkar semua rahsia kita. Zarina, mama, dan papa dah tahu. Cuma you yang takut nak berterus-terang."Jelas Tengku Orked terang-terangan kepada suaminya.

Tengku Akyar sekali lagi kaget. Jadi Zarina memang dah tahu? Tapi kenapa Zarina hanya mendiamkan diri? Atau sengaja tidak mahu ambil kisah?

"I akan tinggal disini dengan you. Tak kira parents I dah buang I, I tak akan tinggalkan you. I tak akan sesekali tinggalkan you. You janji dengan I. Jangan tinggalkan I, okey?"Tengku Orked usap pipi Tengku Akyar.

Tengku Akyar sepi tak lama sebelum mengangguk tanda bersetuju dengan ayat Tengku Orked. Mana mungkin dia akan meninggalkan Tengku Orked? Tengku Orked adalah wanita pertama hatinya yang tak akan terganti.

"Tak apalah. Jom masuk. Kita bincang di dalam. Nanti orang tengok."Tengku Akyar melepaskan pelukan pelukan mereka. Beg bagasi Tengku Orked diangkat lalu dibawa ke dalam.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now