10 | ORKED-BEFORE US

19.7K 829 119
                                    

"WELL, kerja yang bagus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WELL, kerja yang bagus. Gambar yang clear dan boleh menyebabkan si Zarina pengsan terus terberanak."

Usai membelek beberapa keping gambar yang baru saja dihulurkan oleh orang suruhannya, Tengku Orked berlalu ke arah balkoni.

"Terima kasih cik. Cik Orked nak saya buat apa lagi lepas ni?"

"I nak you hantarkan gambar ni dekat alamat kampung Zarina. Ala, macam tak biasa pulak. Macam dalam sinetron tu."Tengku Orked menitipkan agenda paling klishe dengan muka jengkel.

"Tak ada masalah cik asalkan cik up sikit royalti saya."

Tengku Orked menjeling muka orang suruhannya dengan tajam.

"Hei, Firash. Hari tu I bagi you RM2500 untuk ambil gambar saja. Lepas tu nak minta lagi? Jalankan kerja you dulu. Kalau hasilnya bagus, I bagilah. Tak payah nak sembang kari. "

Tengku Orked jengkel. Firash ni high demand sangat. Selama ini, dia guna khidmat penyiasat persendirian lain tak pulak lebih-lebih serupa Firash ni.

"Baiklah cik. Saya akan pertimbangkan. Bila saya boleh buat benda ni cik?"Firash hanya mengeluh sendiri dalam hati. Nasiblah muka kau cantik, mood aku baik.

"Secepat yang mungkin. Lagi cepat, lagi bagus. Oh ya, kalau boleh hantar sekali dekat nombor whatsapps Zarina. Tapi I tak pastilah dia still guna nombor ni ke tak sebab dia dah blocked I. Well, tak apa. Biar kali ni I yang kenakan dia."Tengku Orked duduk relaks silang kaki di atas sebuah kerusi rotan.

Tengku Orked letak sehelai note pad yang tertulis nombor telefon Zarina di atas meja. Tidak mahu buang masa, Firash langsung memasukkan kertas tersebut ke dalam dompetnya.

"Okey, you boleh keluar. I nak tidur. Jangan lupa contact I bila ada apa-apa. I nak tenangkan fikiran yang kusut ni." Tengku Orked pejam mata.

"Takpe, cik. Kalau cik nak saya urut boleh jer. Kalau cik sudi."Firash menawarkan dirinya untuk menjadi tukang urut tidak berbayar.

"Eh, eh you jangan nak mengada boleh tak? Tendang karang. Terbang hang terburai perut nanti."Tengku Orked mengelakkan sikit tubuhnya dari tubuh Firash yang hendak mendekat.

"Hmm, okeylah. Takpe. Saya balik dulu kalau macam tu."Firash angkat punggung. Beg galas diambil. Kaki terus melangkah menuju keluar pintu hotel tersebut.

"Itulah lelaki. Pantang jumpa kesempatan. Pack your bag then leave bij."Omel Tengku Orked bersendirian.

Iphone XS Max dibelek. "Hish, kenapa Akyar tak reply chat I erk? Ni dah berapa kali orang send. "

Tengku Orked bangun dari kerusi. Mata dipusatkan pada bandar Kuala Lumpur yang pesat. Palang balkoni digenggam geram dan kemas.

"Zarina, Zarina... Aku dah tak sabar nak tengok kau berambus dari mata aku ni. Suka sangat pancing aku kan? Just wait and see. Itulah, jangan suka sangat palau kawan."Getus Tengku Orked.

Gadis itu mengoyak senyuman sinis. Tangan disilangkan ke dada. Jari manis dipandang. Anyway,jari manis ini juga akan tersarung cincin khas daripada Tengku Akyar tidak lama lagi.

 Anyway,jari manis ini juga akan tersarung cincin khas daripada Tengku Akyar tidak lama lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU KERETA dihempas sedikit. Jam tangan dikerling. Tak lama lagi nak tunjuk pukul 12 malam. Ada sebatang tubuh jantan sedang menunggunya di depan. Tengku Akyar lalu mengores senyuman ke arahnya.

"Akyar, kenapa lewat sangat? I dah nak tidur tadi."Tengku Orked tayang muka masam. Mengantuk punya pasal.

"Aku tunggu Zarina terlelap. Nanti dia tanya aku macam-macam. Mampus aku."Cetus Tengku Akyar. Jaket tebal Tommy Hilfiger diselimutkan pada badan Tengku Orked yang agak tergigil kerana kesejukan embun malam.

"Pergi sajalah. Buat apa nak jaga hati Zarina tu? You kena jaga hati I dulu. You takut bini erk?"Tengku Orked pancing Tengku Akyar. Terjuih ke depan bibirnya mengenangkan lelaki itu seperti hendak menjaga hati Zarina saja.

"Tak adalah."Tengku Akyar garu belakang tengkuk. Bukan mudah nak jaga hati dua orang perempuan dalam satu masa. Last-last dia sendiri yang terkupur kontang tak bermaya nanti.

Tengku Orked hembus keluh. Tangan dimasukkan dalam baju sejuk milik Tengku Akyar. Wajah Tengku Akyar yang tampak runsing dijeling.

"Yes, Akyar? Kenapa dengan you? Muka you macam ada banyak beban. May i know? Apa yang Zarina dah buat dekat baby I ni?"Dua belah pipi Tengku Akyar dipegang.

"Aku tak tau nak cakap apa. Tak tau nak mula dari mana dulu."Gumam Tengku Akyar.

Tengku Orked elus pipi kasar Tengku Akyar. "It's okay, Akyar. I faham apa yang you rasa. I cuba akan faham dan terima dengan redha apa yang you dah buat ni. Manusia memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. You rindu I ke?"

Tengku Akyar tunduk kepala dan terus mengangguk sekali. Susut air mukanya.

"You cintakan I? You sayang I?"

Tengku Akyar raih tangan Tengku Orked. "Orked, esok pagi kita bangun awal. Simpan pakaian dalam beg. Kita pergi Thai. Nikah disana. But, please rahsiakan benda ni dari Zarina, papa dan mama kita. Okey?"

Tengku Orked terdiam. Anak mata Tengku Akyar diselam. Ada keikhlasan yang terpancar tapi Tengku Akyar masih tidak seberapa yakin dengan jalan ini.

"Serious?"

"Aku serius. Aku memang tak tahan. Aku tak boleh."Tengku Akyar mengaku perlahan. Anak rambut yang berjuntai pada kening Tengku Orked dikuis.

"You nak kelentong apa dengan Zarina?"

"Ah, nantilah aku kelentong apa saja dekat Zarina. Pergi travelling ke, oustation ke. Perempuan tu senang nak kelentong."Tengku Akyar tidak mahu menyulitkan rancangan mereka. Lagipula, dia memang selalu pergi ke luar negara atas urusan kerja. Mustahil wanita Sepesen Zarina dapat menghidunya.

Tengku Orked lerai ketawa dan segera memeluk tubuh Tengku Akyar. Tangan dililit pada tengkuk Tengku Akyar.

"Finally! Sesuatu yang I nantikan dari mulut you sendiri jadi kenyataan. Sukanya!"

Ada ukiran senyuman manis di bibir Tengku Akyar melihat Tengku Orked senang sebegitu. Hidung Tengku Orked dicuit.

"Aku bukan jenis jantan suka tanam tebu tepi bibir. Aku cuba tunaikan janji aku lima tahun yang lepas."Tengku Akyar rangkul pinggang Tengku Orked kejap. Jika boleh, tak ingin dia melepaskan pelukannya itu. Rindu sangat dengan Orked.

"Aku minta maaf Orked. Lepas ni, aku janji aku tak akan sia-siakan kau. Aku menyesal sebab dah kecewakan kau. Thanks sebab bagi beri aku peluang sekali lagi. Thanks sebab masih stay dengan aku."Lelaki itu kucup hangat ubun-ubun Tengku Orked.

Pelukan dikejapkan. Malam yang dingin pun tidak rasa saat tubuh mereka saling berdakapan untuk melampiaskan rasa rindu yang membukit.

Bagi Tengku Orked, manusia berubah tapi asalkan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Tengku Akyar akan diberi peluang sekali lagi. Ya, itu pasti. Kalau dunia akan menggangap mereka manusia yang mementingkan diri sendiri, mereka tidak peduli.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now