31 | THORNS-AFTER US

18.2K 755 229
                                    

"YOU jangan lama okey? I takut lah tinggal dalam hutan ni sendirian

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"YOU jangan lama okey? I takut lah tinggal dalam hutan ni sendirian. You janji dengan I. You balik selepas tiga hari okey?"Tengku Orked merengek seperti budak kecil minta aiskrim. Beg galas Isa Thorns ditarik-tarik sikit.

Ada senyuman penuh makna merekah di bibir Isa Thorns. Biji mata terpusing 360 darjah. Rambut Tengku Orked diusap-usap.

Tengku Orked terpinga. Eh, apasal pulak mamat Viking ni tiba-tiba berubah macam abah-abah dekat luar sana?

"Alalala.. But, you're a woman now dear. Tak payah merengek-rengek macam kambing nak mengawan. Kau bukan budak tadika lagi. Okey?"Perli Mat Viking. Tengku Orked dipujuk manja-manja.

"Nak pesan apa tadi? Aiskrim apa? Telur kinderjoy berapa bijik?"

"You macam nak perli I jer."Tengku Orked hilang mood.

"Kalau nak kinderjoy, dok diam dekat sini saja okey? Jangan nakal tau. Nanti kena babap bontot tu. Nanti Orked kena babap macam ni!"

Bappp! Isa Thorns memukul punggung Tengku Orked tiba-tiba. Perempuan itu segera berdecit ke belakang.

"You pukul punggung I! Tak senonoh lah you ni."Jerit Tengku Orked.

Isa Thorns depa tangan dan terus menuding tangannya ke arah pondok mereka.

"Masuk! Kunci pintu rapat-rapat. Jangan ikut aku lagi. Kau ikut aku lagi, aku babap bontot kau kuat-kuat!"Arah Isa Thorns seperti memaksa budak kecil berhenti bermain lumpur di bendang. Ranting kayu dipatah. Diamangkan kepada Tengku Orked.

"Balik!"Jerkah lelaki itu dengan garang.

"Kau pekak ke bodoh?!"Isa Thorns memekik lagi.

Ansur-ansur kaki Tengku Orked menjauhi Isa Thorns. Tengku Orked sebak. Air mata dilap. Sampai hati lelaki itu memperlakukan dia seperti budak kecil. Tengku Orked segera berlari ke dalam pondok lantas mengunci pintu pondok kemas dan rapat.

Terkocoh-kocoh Tengku Orked mengintai dari jendela. Kelihatan Isa Thorns masih berdiri di tempat yang sama. Beberapa minit selepas itu barulah lelaki itu meninggalkan kawasan pondok tanpa menimbulkan apa-apa bayangan.

Lubuk hati Tengku Orked kian disapa rasa pelik dan tidak puas hati. Apabila ditanya hendak ke mana, Isa Thorns banyak berdalih. Katanya ada urusan yang tidak dapat dielakkan di bandar. Tapi urusan apa? Tengku Orked nekad menyiasat!

 Tapi urusan apa? Tengku Orked nekad menyiasat!

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
✅ORKED THORNS | TERBITDove le storie prendono vita. Scoprilo ora