12 | ORKED-BEFORE US

16.8K 835 109
                                    

TENGKU ORKED membuka kelopak mata setelah merasakan pancaran matahari kian masuk ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU ORKED membuka kelopak mata setelah merasakan pancaran matahari kian masuk ke dalam bilik. Terpisat-pisat dia bangun sambil meleraikan tangan Tengku Akyar yang sedang memeluk pinggangnya.

Sampai di balkoni, besar mulutnya ternguap. Badan menggeliat ke kiri-kanan. Angin luar disedut dan dihembus. Terkebil-kebil matanya memandang wajah suaminya yang masih tertidur lena di atas tilam.

Semalam dia telah menerima khabar dari Tengku Akyar bahwa lelaki itu dan Zarina bergaduh angkara gambar yang dia telah letakkan di dalam laman Instagram minggu lepas. Padan muka Zarina! Dia yang stalk, dia pulak yang panas. Tengku Orked mengekek ketawa lucu di dalam hati.

Bunyi nyanyian telefon pintar menyentakkan Tengku Orked dari berhujah dengan diri sendiri. Berlari-lari anak dia mendapatkan telefon itu. Tapi, tangannya tersekat di skala enam tatkala tertera nama Zarina pada skrin telefon.

Aik, bukan perkara biasa orang yang dah blocked kita call kita pagi-pagi macam ni! Butang hijau disentuh.

"Assalamualaikum, Ku Orked."Serak nada Zarina seperti baru habis menangis.

"Walaikumsalam. Yes, nak cari siapa?" Tengku Orked memutarkan meluat bebola matanya ke kiri-kanan. Tak payah nak berlakon sedih lah Zarina! Kau yang pancing kemarahan Tengku Akyar semalam.

"Aku cari Akyar. Suami aku ada dekat sana tak?"

Tengku Orked mengeluh bosan. Dah agak dah! Mesti cari Tengku Akyar. Tangan dipeluk ke dada. Kelopak mata dipejam seketika.

"Tak ada."Jawab Tengku Orked sepatah. Langkah dibawa semula ke balkoni untuk mengelakkan tidur Tengku Akyar terganggu.

"Please, jangan tipu aku Orked. Dia suami aku Orked. Aku perlukan Tengku Akyar sekarang ni. Abang, kalau ada dengar semua ni beri Zarina satu lagi peluang. Zarina minta maaf bang! Zarina tak sengaja."Zarina kedengaran tidak ubah orang tidak siuman.

Tengku Orked merengus sebal. Habis si Tengku Akyar tu bukan suami dia juga kah? Dia juga isteri Tengku Akyar yang sah. Berdesing telinganya menadah tangisan sedih Zarina. Sinetron!

"I minta maaf kalau ini bukan masa yang sesuai untuk I berterus-terang dengan you Zarina. I dengan Tengku Akyar dah berkahwin di Thailand beberapa minggu yang lepas. Better I mengaku sekarang. I bukan macam you dengan Tengku Akyar. I tak suka simpan rahsia lama-lama."Tengku Orked akhirnya melepaskan pekung rahsia yang hanya dapat bertahan selama dua minggu sahaja.

Zarina diam tidak berkutik sebelum mengucap panjang.

"Ya Allah, Orked! Kenapa kau buat aku macam ni? Aku mengandung Orked. Akyar tak sepatutnya buat aku macam ni! Aku sayangkan dan cintakan Akyar Ku Orked."Suara Zarina memekik di dalam corong telefon.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now