32 | THORNS-AFTER US

18.2K 918 102
                                    

TENGKU ORKED unjurkan kepalanya ke depan bila terdengar bunyi ranting-ranting kayu dipatahkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU ORKED unjurkan kepalanya ke depan bila terdengar bunyi ranting-ranting kayu dipatahkan. Baldi untuk mengangkat air tadi diletakkan terlebih dahulu di atas titi. Terteleng tengkuknya bila saat mata tertangkap pada bayangan seseorang.

Isa Thorns!

Ya Allah, Isa Thorns dah balik!

Tengku Orked berlari mendapatkan tubuh lelaki itu.

"You... "

Hening. Tengku Orked pandang jauh ke dalam dasar anak mata pekat Isa Thorns. Kegembiraan yang tidak terkata, rasa terharu yang tidak terucap. Isa Thorns balik lagi ke pondok mereka.

"You dah balik?"Tanya Tengku Orked. Bercahaya anak matanya. Menanti kepulangan Isa Thorns seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Katanya tiga hari tapi ini lebih satu minggu.

"You ada bawa coklat yang I pesan tak?"Berpusing-pusing Tengku Orked mencari coklat Toblerone yang dipesannya sebelum Isa Thorns pergi ke bandar minggu lepas.

Pudar senyuman Tengku Orked sebaik melihat wajah Isa Thorns yang kosong tidak bercahaya. Sugul.

Sehelai surat khabar dihulurkan kepada Tengku Orked.

"Aku minta maaf..."Ucap Isa Thorns lantas menarik Tengku Orked ke dalam pelukan sementara Tengku Orked masih terpinga-pinga dengan tajuk hadapan yang terpapar pada muka surat hadapan surat khabar.

"Apa-apa dah jadi dekat papa I?

Tengku Orked pandang silih berganti surat khabar dan wajah Isa Thorns.

"Apa dah jadi? Apa dah jadi, Isa? Kenapa you tak nak jawap I?"Lutut Tengku Orked bergetar. Lemah.

Isa Thorns memakukan diri sambil memerhati Tengku Orked telah kehilangan hala tuju. Kesal hatinya melihat Tengku Orked hampir meraung. Tengku Orked kelihatan menjauhikan diri. Terduduk di atas tanah.

"Allah... "

"Kenapa you tak nak bercakap dengan I? What happened to thim?!Apa terjadi dekat papa I? Tell me! Are you mute?!"Perempuan itu datang semula kepada Isa Thorns.

"Damn you! I hate you! I benci dekat semua orang! I benci!!""Pekik Tengku Orked.

Sejurus mereka dekat, dada Isa Thorns jadi sasaran utama Tengku Orked. Dada Isa Thorns dipukul sekuat hati tidak kurang air mata seperti air hujan deras membasahi pipi. Buk! Buk! Buk! Buk!

Tak melawan, Isa Thorns tahan dadanya dijadikan sebagai alat punching beg. Membiarkan Tengku Orked menghempaskan rasa marah, kecewa dan sedih kerana kehilangan orang tersayang adalah perkara yang kita takuti.

"Papa.... "

"Papa.... "

"Papa!!!"

"Papa!!!!!"Suara Tengku Orked melengking nyaring di dalam hutan. Menimbulkan ricauan dan kaget sekumpulan burung.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now