13 | ORKED-BEFORE US

16.7K 800 113
                                    

MALAM ITU, Zarina hampir tertidur di atas sofa menunggu kepulangan Tengku Akyar

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

MALAM ITU, Zarina hampir tertidur di atas sofa menunggu kepulangan Tengku Akyar. Mata yang hampir terlelap segar semula selepas mendengar bunyi pintu utama apartment mereka ditutup perlahan.

Zarina bingkas perlahan. Datang mendekat ke arah si suami yang sedang membuka kasut di depan pintu. Zarina hendak salam tangan Tengku Akyar tapi lelaki itu menganggapnya tidak wujud disitu.

"Assalamu'alaikum abang. Abang tak nampak Zarina dekat sini ke?"Sebak dada Zarina. Dia tahu Tengku Akyar lewat balik ke rumah mesti berjumpa dan meluangkan masa dengan Tengku Orked.

"Oh, sorry. Abang tak perasan. Zarina dah makan ke?"Tengku Akyar usap tengkuk. Tak selesa dan canggung. Badan pulak melekit.

"Actually, Zarina tunggu abang sampai. Tapi abang lewat sangat sampai. Zarina makan awal. Abang dah makan ke?"Tanya Zarina.

Tengku Akyar mengangguk.

"Dah. Dengan Orked. Eh, silap. Dengan Farid."Tengku Akyar membetulkan ayat yang tersasul. Haraplah telinga Zarina bukan spesis telinga lintah.

Zarina tersenyum tawar. Dia dah agak mesti suaminya dah makan diluar bersama Tengku Orked. Kelihatan Tengku Akyar sudah memanjat anak tangga. Tanpa buang masa, Zarina berlari anak mendapatkan tubuh Tengku Akyar. Dipeluknya erat dari arah belakang.

"Abang, Zarina rindu abang. Kalau Zarina mati, abang jaga diri okey? Tak lama lagi Zarina akan pergi."Zarina semakin kejap melekatkan diri pada tubuh suaminya.

Tengku Akyar lipat dahi. Apa yang Zarina tiba-tiba merepek tak tentu pasal malam -malam macam ni? Mengingau ke? Tangan Zarina yang masih melingkar pinggang dilepaskan. Tubuh dipusing menghadap wajah Zarina yang sembab.

"Apa Zarina cakap ni? Tak baik cakap macam tu. Dah, masuk tidur. Abang nak mandi. Letih badan abang ni."Nasihat Tengku Akyar baik-baik.

"Abang macam tak sayangkan Zarina lagi. Abang banyak sorokkan rahsia daripada Zarina. Zarina kecewa bang. Zarina tak layak berdamping dengan orang hebat macam abang."Perempuan itu kesat air mata yang menitik ke pipi.

"Abang sorokkan apa dari Zarina? Sumpah, abang tak sembunyi apa-apapun dekat Zarina."Tengku Akyar hembus nafas yang lelah.

Zarina mahu kering air mata. Semalam dia tidak dapat tidur kerana kecewa dengan layanan Tengku Akyar. Tidurnya hanya ditemani air mata. Sedikitpun Tengku Akyar tidak mempunyai usaha untuk memujuk dirinya kembali.

"Tak apalah abang kalau abang belum bersedia nak mengaku depan Zarina. Mulai minggu hadapan Zarina tak stay dengan abang dekat sini. Zarina nak tengok-tengokkan mak dan temankan mak."

Zarina mengalah dalam segala hal. Kalau disoal tak kena waktu, Tengku Akyar tidak mudah mengaku sudah mengahwini Tengku Orked. Hati wanitanya pasrah. Apa nak jadi, jadilah.

"Bawa ajelah mak pergi sini. Lagipula tak ada siapa nak teman mak dikampung. Sini ada abang dengan Zarina."Cadang Tengku Akyar. Fuh, nasib baik Zarina sendiri yang melarikan topik. Kalau tidak, boleh berlaku lagi perang dunia ketiga.

✅ORKED THORNS | TERBITTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang