8 | ORKED-BEFORE US

20.2K 944 660
                                    

TENGKU OSMAN berjalan kaki untuk memungut bola golf yang tidak masuk ke dalam lubang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU OSMAN berjalan kaki untuk memungut bola golf yang tidak masuk ke dalam lubang. Sebentar tadi, Tengku Alfa telah melakukan pukulan pertama dari teeing ground (tee shot) untuk memulakan permainan dengan Tengku Osman.

"Kau ada masalah kah? Macam tak ada power saja kau hari ni."Tegur Tengku Osman setelah perasan akan Tengku Alfa tidak mempunyai mood yang baik untuk bermain golf hari ini.

"Aku malas naik main hari ni. Banyak benda dalam kepala hotak aku hari ini."Ujar Tengku Alfa seraya menyuakan kayu golf kepada Tengku Osman. Sebenarnya banyak benda yang dia mahu nyatakan kepada Tengku Osman berkaitan pernikahan rahsia Tengku Akyar dan Zarina. Semalam anak lelakinya yang bernama Boy tidak mahu kalah ego dengan dirinya sehingga benar-benar tidak mahu balik ke rumah lagi.

"Kalau macam ni, aku pun malas nak main. Kau tak nak cerita dekat aku apa masalah kau tu? Budak Boy tu buat hal lagi ke?''Tengku Osman seperti hendak memancing perkara yang sedang menyentak urat kepala Tengku Alfa. Tengku Alfa nampak gelisah.

"Ya. Ada dua perkara dalam kepala aku. Yang satu tu aku segan nak cakap dekat kau."

"Speak like a man."Ucap Tengku Osman seraya menghinjutkan sebelah bahunya.

Tengku Alfa bangun dari tempat duduk. Tangan kanan diselukkan ke dalam poket seluar jersi. Jauh dia membuang pandang ke arah padang golf yang hijau terbentang di mata. Kelihatan beberapa orang pemain menggunakan khidmat caddy untuk memungut bola golf yang berjaya masuk ke dalam lubang.

"Aku rasa bersalah dengan kau. Benda ni kita dah rancang lama tapi macam tak ada jalan kita nak jodohkan Akyar dengan Ku Orked. Akyar dah kahwin dengan...er.."Tengku Alfa menggantung ayatnya. Kening yang tidak gatal digaru.

"Dengan Zarina?"Soal Tengku Osman.

"Ya. Macam mana kau tahu semua ni?"

"Aku dah lama tahu. Tapi tunggu kau berterus-terang dengan aku. Tak apa. Mungkin Akyar dan Orked tak ada jodoh. Benda ni amat mengecewakan Orked tapi aku yakin gadis tu kuat. Benda dah jadi. Zarina dah mengandung tu."Untuk menjaga hubungan kedua belah pihak, Tengku Osman akur dengan aturan Allah.

"Aku minta maaf Osman. Aku dengan Isma tak pernah tahu yang Akyar tu ada hubungan diam-diam dengan si Zarina tu. Isma masih tak dapat terima semua ini. Kau ada bagitahu Sharifah ke?"

Tengku Osman menggeleng.

"Aku tahu semua ni dari mulut Mak Asmah sendiri. Itupun sebab Orked dedahkan dahulu. Tapi kalau Orked dah tahu tak mustahil Sharifah tak tahu. Cuma dia diamkan saja. Kau jangan risau. Semua ni kerja Tuhan. Kita yang sebagai hambaNya ini kena redha saja walaupun dah lama kita rancang. Jodoh itu rahsia Allah."

Tengku Osman tepuk bahu Tengku Alfa.

"Ku Orked dah tahu ke?"Wajah Tengku Alfa terus merona pucat.

"Orked dah tahu tapi macam tak dapat move on lagi. Nanti-nantilah aku nasihatkan budak tu."Tengku Osman enggan memanjangkan cerita. Dia juga terkilan dengan apa yang telah berlaku apatah lagi hati anak gadisnya itu. Sudah semestinya calar-balar.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now