23 | ORKED-BEFORE US

16.5K 775 91
                                    

LANGKAH yang terhincut-hincut tidak dipedulikan sekali malah rasa pegal tidak terasa lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH yang terhincut-hincut tidak dipedulikan sekali malah rasa pegal tidak terasa lagi. Tengku Orked teruskan langkah demi enggan terlepas figura Tengku Kyla dan seorang lelaki kira-kira bawah umur 30-an tadi.

Di sebalik dinding konkrit, Tengku Orked mengintip sambil cuba mendengar segala perbualan Tengku Kyla dan pemuda tersebut. Mereka kelihatan masih bercakap di lobi dan Tengku Kyla agak gembira akan kehadiran jejaka itu.

Penutup hoodie diletakkan pada kepala. Tengku Orked berlari ke arah sebuah kereta mewah Lexus RX yang diletakkan di tempat parkir VIP.

Tkak!

Bunyi alarm kereta itu terdetik membuatkan senyuman Tengku Orked terus panjang hingga ke telinga. Dalam hati dia sempat berdoa supaya niatnya dipermudahkan hari ini.

"Perkahwinan kami masih dalam perancangan cuma keluarga dia yang ada masalah sikit. Tengku Alfa tak mudah kena kencing."Sayup-sayup terdengar di telinga perbualan Tengku Kyla kepada lelaki itu.

Mendengar suara Tengku Kyla semakin mendekat ke cuping telinga, Tengku Orked tidak mahu buang masa lagi. Segera disumbatkan tubuh ke dalam bonet kereta. Kemudian, bonet kereta ditutup secara berhati-hati untuk mengelakkan Tengku Kyla dan lelaki tadi dapat merasakan akan kehadiran dia disitu.

"Jadi you nak I buat apa?"

"Later I bagitau you, Franciz. Sekarang I nak you bawa I ke tempat biasa. Jauh dari orang ramai and cuma ada you dengan I saja."

Tengku Orked memasang telinganya tajam yang mungkin. Perakam suara yang terdapat di dalam peranti telefon pintar ditekan. Ada senyuman mekar indah di bibirnya. Tak lama lagi akan terbongkar kebusukan diri kau , Tengku Kyla.

"Meritz ke?"

"Ofcourse lah sayang. Dekat mana lagi kalau bukan Meritz?"Balas Tengku Kyla.

"Kita nak buat dekat Meritz?"Si jejaka bernama Franciz tadi masih malu-malu tapi mahu. Sengihan ketawanya berbunyi.

"You tanya I buat apa dekat Meritz? Macamlah you tak biasa. I tak boleh. Akyar sentiasa sibuk. I perlukan seseorang teman I."Ungkap Tengku Kyla bernada manja.

Franciz mengekek perlahan. "You cintakan Akyar ke sekarang?"

"Ya. I sayangkan Akyar. Tapi I nak you sekarang ni."Datar Tengku Kyla mengaku akan keinginannya.

"Kalau macam tu, jomlah. I pun rindukan you."

Tengku Orked cekup mulut sendiri tatkala telinganya menangkap bunyi kucupan berdecak-decak lucah diselang-selikan dengan bunyi rengekan ghairah Tengku Kyla dan Franciz.

"Franciz-"

"Hmmm... "

"I nak you hapuskan seorang perempuan."Tiba-tiba Tengku Kyla melepaskan cumbuan ghairah mereka sebentar tadi.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now