6 | ORKED-BEFORE US

20.1K 965 113
                                    

SESEKALI duduk,sesekali berdiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SESEKALI duduk,sesekali berdiri. Kuku digigit, jari-jemari bertautan, hati libang-libu!

Tengku Orked seperti cacing kepanasan. Mundar-mandir di depan katil tanpa arah tuju. Fikirannya semakin berserabut kerana Tengku Akyar tidak membalas panggilan sejak pagi manakala Zarina juga seperti sengaja menggelakkan diri dengan tidak membalas setiap pesanan yang dihantarnya.

Orked,mama minta maaf sayang. Mama juga takut nak jelaskan semua ni pada Orked tapi mama tak nak Orked akan jadi seorang yang dungu. Sampai bila Orked akan hidup dalam penipuan Ku Akyar?Mama dah cuba menafikan berita yang disampaikan oleh Zarina semalam tak betul. Mama dengar perbualan Zarina dengan mak dia. Mama dnegar pakai telinga mama sendiri. Ku Akyar kena bertanggungjawab. Zarina dah jelaskan perkara sebenar kepada mama!

Tengku Orked menyekak rambutnya yang kusut. Kalau benar Tengku Akyar dan Zarina sudah berkahwin, tapi kenapa perlu berpura-pura?

Mata Tengku Orked tidak jemu memandang skrin telefon. Dia tidak dapat menghubungi Zarina melalui media sosial kerana Zarina sudah memadamkan segala akaun media sosialnya seperti dapat menebak badai akan melanda perhubungan mereka.

"Orked—"

Kedengaran Tengku Sharifah mengetuk pintu kamar. Tengku Orked buat-buat pekak. Seharian dia mogok tidak mahu makan, tidak mahu minum dan hanya berkurung di dalam bilik tidur saja.

"Orked, buka pintu ni sayang. Mama tahu Orked belum makan. Orked lapar tu.."Suara Tengku Sharifah kedengaran suram.

Tengku Orked berlari ke katil. Kedua-dua telinga kemudian ditekup dengan menggunakan bantal.

"Mama tahu Orked marah dengan mama. Tapi mama nak Orked beri ruang untuk mama bercakap dengan Orked. Tak lama pun tak apa."

Tengku Orked mendengus. Semakin kuat dia menekan bantal ke telinga.

"Jangan bercakap dengan Orked! Pergi!"Tengku Orked berteriak seperti orang gila.

"Tak apalah kalau macam tu. Orked berehatlah. Kalau Orked lapar, mama ada letak makanan atas meja luar ni. Mama yang masak. Bukan Mak Asmah. Nasi goreng kampung favourite Orked." Tengku Sharifah mengalah.

Tengku Sharifah meletakkan pinggan nasi goreng kampung dan segelas jus mangga di atas meja yang terletak di depan kamar Tengku Orked. Meja yang dikhaskan untuk meletakkan makanan dan minuman apabila Tengku Orked merajuk dan sedang melakukan perintah berkurung. Wanita itu mengundurkan diri selepas Orked tidak menjawab sepatah pun kata-katanya.

"Orked tak nak makan! Orked nak mati! Nak mati!"Tengku Orked naik angin.

"Orang tak nak makan, tak naklah! Kenapa nak paksa orang makan?!"Sekali lagi Tengku Orked memarahi Tengku Sharifah walaupun Tengku Sharifah tidak membalas amukannya. Buku-buku di atas meja ditepis untuk melampiaskan rasa tidak puas hatinya dengan orang sekeliling.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now