20 | ORKED-BEFORE US

17.9K 822 56
                                    

MENGEREKOT sejuk tubuh Tengku Orked terbaring di bawah bersebelahan dengan tab mandi

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

MENGEREKOT sejuk tubuh Tengku Orked terbaring di bawah bersebelahan dengan tab mandi. Kepala yang sedang berdenyut-denyut dipegang. Ya Allah, berapa lama aku pengsan dalam bilik air ni?

Lambat-lambat Tengku Orked bangun dari pembaringan. Pintu sliding ditolak. Mengecil matanya melihat Tengku Akyar dan Tengku Kyla masih nyenyak tidur berpelukan. Mata dilorot ke arah lantai. Botol arak, sampah, pakaian dan pakaian dalam bersepah disana-sini.

Closet dibuka.

Pakaian dilerai satu-persatu dari tubuh. Selepas itu, tangannya mencapai sehelai hoodie warna hitam kemudian disarungkan ke badan. Topi dipakai di kepala.

Perlahan-lahan dia mendekati Tengku Akyar. Gambar Tengku Akyar dan perempuan simpannanya itu ditangkap dengan menggunakan dengan kamera telefon.

Beransur-ansur kakinya mengundur ke belakang. Bibir tak mampu berkata, mata lagilah kering untuk mengeluarkan air mata. Tengku Orked keluar dari apartment 'neraka' tersebut dengan fikiran yang sifar.

PENGLIHATAN dihamparkan keluar badan kereta

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

PENGLIHATAN dihamparkan keluar badan kereta. Tengku Orked benar-benar buntu dan tertekan. Jari-jemari beramas sesama sendiri. Hari ini, dalam sejarah dia akan melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan. Dia benar-benar terdesak!

"Pakcik, I tak nak you singgah depan rumah ni. I nak you parking belakang kedai kat depan tu."Mulutnya berdendang dengan nafas turun naik.

"Tapi ni belum sampai dekat rumah kawan awak cik. Ada 500 meter lagi."Pakcik teksi di depan Tengku Orked sekarang ini meluahkan rasa hairannya.

"Takpe, I nak beli barang dekat kedai tu. I boleh jalan kaki ke rumah kawan I."Tengku Orked bersedia menggengam satu penumbuk bila mereka hampir mendekati kawasan yang diarah tadi.

Teksi itupun berhenti di belakang kedai. Pakcik teksi tadi melihat jarak meter teksinya sendiri.

"RM25 saja cik."

Tengku Orked telan liur. Dompet diselak. RM3 sahaja lagi di dalam dompetnya sekarang ini. Nafas digaul sedalamnya.

"Cik, RM25."Pakcik teksi menoleh kepalanya ke arah Tengku Orked di belakang. Bukkk! Tidak semena-mena penumbuk yang entah datang dari mana menghentak tulang hidungnya dengan kuat.

✅ORKED THORNS | TERBITDonde viven las historias. Descúbrelo ahora