22 | ORKED-BEFORE US

16.3K 824 243
                                    

TENGKU ALFA menggetus keluh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TENGKU ALFA menggetus keluh. Sesak dada dengan permainan anak lelakinya yang satu ini. Belakang dipertemukan dengan sofa sekejap.

"Nak kahwin lagi? Lepas ni dengan siapa lagi? Kenapa tak sapu saja semua perempuan dalam dunia ni supaya hati kau puas?"Tengku Alfa tenung tunak air muka Tengku Akyar.

"Akyar rasa Akyar dah tak cintakan Ku Orked tapi Akyar tak ada niat nak ceraikan dia. Akyar sayangkan dia macam adik sendiri dan rasa cinta tu dah pudar. Akyar cintakan Kyla jer."

Tengku Alfa terus meraup wajahnya sendiri. "Kalau nak bertunang semata-mata nak puaskan nafsu, baik tak payah. Papa tak akan izinkan. Orked sayangkan kau macam suami tapi kau layan dia macam sampah!"

"Abang, janganlah marah Akyar. Lagipun dalam Islam, berpoligami tu tak ada masalah asalkan dua-dua pihak sama menerima. Jodoh, ajal, maut tu Allah yang tentukan. Nak buat macam mana kalau anak kita dah sayangkan Tengku Kyla? Tengku Kyla tu pun bukan orang lain. Anak kawan abang juga."Bela Tengku Isma.

Tengku Kyla hanya tunduk tidak berani menentang muka berang Tengku Alfa tapi dalam diam hatinya melonjak riang kerana Tengku Isma berani membangkang pendapat Tengku Alfa sesudah mendapat tahu dia ialah keturunan Tengku Syed Hussien, seorang ahli korporat yang agak berjaya dalam Malaysia.

"Kau asyik nak backup Akyar. Orked tu macam nana? Aku memang tak faham lah dengan korang semua ni!"Bentak Tengku Alfa. Seolah-olah meluat dengan sikap Tengku Akyar dan Tengku Isma yang sukar untuk dihadam.

"Isma bukan nak sebelahkan Akyar saja. Benda ni dah terjadi dekat Boy. Abang kena tahu, Boy tinggalkan kita sebab nak kahwin dengan perempuan yang tak tahu asal usul dia. Biarlah mereka uruskan sendiri hal jodoh tu. Nanti tak pasal-pasal Akyar tinggalkan kita padan muka."

"Oh, kau kaitkan Boy dalam hal ni? Kau yang tak nak bermenantukan orang miskin bukan aku. Habis bila kau dapat tahu Akyar ni nikah dengan arwah Zarina dulu panas jugak bontot kau? Hari ni tiba-tiba pulak tak nak masuk campur hal jodoh anak-anak? Pelik juga kau ni."

"Sekurang-kurangnya masa depan mereka agak terjamin, bang. Tengku Kyla ni lain dari Yuhanis dan arwah Zarina. Dia keturunan orang-orang ternama dan baik-baik. Apa salahnya Akyar nak jadikan dia isteri? Orked pun dah bagi greenlight. Jalan jer lah."

"Betulkah Orked dah bagi greenlight? Tak ada dengar desas-desus pun. Jangan aku pulak yang kahwin lain baru kau macam mana rasa."Tembak Tengku Alfa kena tepat batang hidung Isma.

Tengku Isma mendiamkan diri dengan muka panjang.

"Kalau abang tak percaya, bila Ku Orked dah discharges esok tanyalah menantu abang tu."Tengku Isma menjawab bernada acuh tak nak acuh. Majalah dibelek. Tengku Alfa dijeling. Nak kahwin lagi buat apa!

"Pa, kami dah buat keputusan. Kami nak buat majlis pertunangan dua minggu dari sekarang."Tengku Akyar masih dengan niatnya kerana topik perbincangan mereka tadi terpesong dengan tercetusnya perdebatan orang tuanya.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now