2 |ORKED- BEFORE US

23.8K 1K 155
                                    

   

RAMBUT perang paras pinggang disisir perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAMBUT perang paras pinggang disisir perlahan. Selepas itu, Tengku Orked meletakkan sedikit minyak sebelum membuat gaya rambut messy bun.

"Orked, Akyar dah sampai."Suara Zarina mengejutkan Tengku orked yang masih khusyuk memeriksa solekannya.

"Dah sampai ke? Suruh Akyar tunggu sekejap. Beri I masa. Lima minit jer."Tengku Orked tergopoh-gapah menyimpan barang-barang peribadinya ke dalam beg Chanel. Tengku Orked membelek dirinya sendiri terlebih dahulu pada cermin besar yang bertentangan dengan katil tidur. Hari ini dia menggayakan sehelai mini dress Zara digandingkan dengan kasut boots.

Zarina masuk ke dalam bilik tidur Tengku Orked setelah menyedari perempuan itu tidak keluar-keluar sejak tadi. Kata lima minit, ini dah dekat sepuluh minit.

"Zarina, cantik tak I pakai dress ni?You rasa sesuai dengan kasut yang I pakai? I rasa macam terlalu kontra. Rasa macam pelik pula."

Zarina meliarkan bebola matanya pada tubuh Tengku Orked. Dia tidak dapat menafikan Tengku Orked merupakan seorang gadis yang mempunyai rupa dan ada kelas tersendiri. Tengku Orked memawarisi wajah neneknya,Reyyan Ozan iaitu seorang wanita berdarah Turki.

"Cantik."Tukas Zarina dengan pendek. Dalam diam,hatinya terpalit oleh rasa cemburu. Hanya kerana mahu menjemput Tengku Orked makan tengahari, Tengku Akyar tergesa-gesa dari klinik kerana tidak mahu Tengku Orked menunggu lama.

"So,maybe I pakai ni saja. I dah lama tak keluar dengan Akyar. Lelaki tu selalu saja sibuk dengan urusan dia."Tengku Orked tersenyum mekar di depan Zarina.

"Kau pergilah jumpa dia. Dia dah lama tunggu kau dekat bawah. Kau jangan risau. Mak Ku Sharifah dah makan tengahari. Sekejap lagi mak aku sampai. Aku dengan mak aku boleh uruskan Mak Ku Sharifah hari ni."

"Thanks Zarina. I minta maaf kalau I susahkan you dengan mak you. I betul-betul tak ada masa nak jaga mak I."

Zarina menggangguk lemah.

"By the way, I nak minta pendapat you. Tak lama lagi birthday Akyar. You tahu tak apa hadiah yang bagus untuk lelaki?"Soal Tengku Orked. Semalaman dia berfikir mengenai apa hadiah yang hendak diberikan kepada Tengku Akyar sempena ulang tahun Tengku Akyar yang ke-28 tahun.

"Aku tak tahu sebab aku tak ada boyfriend."Zarina melangkah ke birai katil. Bahu dihinjutkan sekilas.

"Eleh,you ni. Tak ada boyfriend konon. Si Kamal tu siapa? Just a friend?"Tebak Tengku Orked. Bahu Zarina disenggol.

"Aku tak ada hubungan dengan kamal lagi lah. Kau ni asyik fikir aku masih berhubungan dengan Kamal. Dia dah nak kahwin."

"Kalau Kamal dah nak kahwin, you bila lagi? Carilah seekor kumbang. Kumbang bukan seekor asalkan tidak mengebas kumbang yang sudah berpunya."Seloroh Tengku Orked. Berderau darah Zarina mendengar gurauan Tengku Orked tadi.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now