4 | ORKED-BEFORE US

22K 1K 60
                                    

"YA, I memang plan nak pergi sama dengan you tapi mama I sakit sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YA, I memang plan nak pergi sama dengan you tapi mama I sakit sekarang ni. Tak ada orang nak tengok-tengokkan mama I. Kadang-kadang jururawat yang jaga mama I tu tak datang berkerja. Terpaksalah Mak Asmah yang jaga dia. Kalau tak ada Mak Asmah, I lah yang jaga."

Tengku Orked mengalihkan posisi telefon ke telinga kiri. Berdesing pula telinga mendengar celoteh Maya yang tidak habis-habis dengan ceritanya bercuti ke Santorini sebulan yang lepas.

"Si Zarina tu? Tak datang kerja juga ke?"

"Haih, Zarina pun kadang-kadang tak datang kerja. Dia pun ada kerja di tempat lain. Dia hanya dapat kerja weekend saja sebab masa dia tu tak berkerja."Ulas Tengku Orked. Macamlah Maya tidak tahu bahwa Zarina sudah mendapat perkerjaan sebagai kerani akauntan di sebuah syarikat perkapalan.

"Oh,I ingat dia memang bercita-cita nak jadi bibik saja."Seloroh si Maya.

"Amboi, belajar sampai luar negara last-last jadi bibik?"

"Bila kau nak datang rumah I ni? I nak buar party. Oh yeah! You datang okey? Bawa boyfriend kau yang hot tu."Usik Maya disertai dengan ketawa miang terletus sama.

"Dasar perempuan miang. Ya, nanti I bawa Akyar tu. Itupun kalau dia tak sibuk dengan dunia dia sendiri. Lagipula, Akyar sekarang ni dah pandai bagi alasan tak nak keluar. Penatlah, banyak kerja lah, rumah belum kemaslah, pakaian belum dicuci lah! Macamlah rumah dia tu tak ada orang gaji."Tengku Orked merungut seraya melilaukan kepalanya mencari Tengku Akyar.

"Akyar dah ada girlfriend baru kot.."

"You jangan nak merepek boleh tak?"

"Takut. Disuruh kahwin tak nak. Banyak alasan!"

"Helo, I masih muda lah. I belum sedia nak urus rumah tangga. Nanti cepat kerepot!"Tempelak Tengku Orked ke arah Maya. Gelak Maya meledak.

Selepas memutuskan talian dia bersama Maya, Tengku Orked kembali mencari Tengku Akyar yang menghilangkan diri di sebalik kedai telefon tadi. Tiba-tiba, bup!Tengku Orked menjerit seraya melopongkan bibirnya dengan besar. Air minuman habis tumpah terkena baju sang jejaka yang baru saja dilanggarnya tadi.

Tengku Orked cuba mengimbangi badannya yang hendak terlentang tapi si jejaka itu lekas memaut pinggangnya. Tangkas dan kemas.

"Ak.."

Akyar? Saat matanya bertautan dengan mata lelaki itu, Tengku Orked diserbu rasa pelik. Bukankah tadi Tengku Akyar memakai baju merah tapi kenapa tiba-tiba Tengku Akyar di depannya ini memakai baju hitam? Mukanya begitu iras Tengku Akyar dan berjambang nipis.

"Akyar?"Tengku Orked seperti tersedar dari satu mimpi.

Lelaki itu melepaskan pinggang Tengku Orked setelah beberapa saat mereka berkeadaan sebegitu.

"Mana mata kau? Dah jual?"Tanya jejaka itu dengan dingin. Tajam matanya menatap muka Tengku Orked. Selepas menyedas Tengku Orked yang sedang terpinga-pinga,jejaka itu terus mengorak kaki pergi dari situ.

✅ORKED THORNS | TERBITWhere stories live. Discover now