SK 1

3.3K 116 2
                                    

"Zayn!!!!"

Myra menjerit sambil memandang marah ke arah anaknya yang sedang memanjat almari tempat letak barang kering. Bercekak pinggangnya melihat perangai nakal anaknya itu.

"Nak kena pukul dengan ibu ke? Ha?" Marah Myra.

Zayn hanya tersengih. Tangannya yang tadi kaku diatas plastik Marshmello saat Myra menjerit namanya. Kini sudah mengambil plastik itu dan terus melompat turun dari almari tadi. Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu biliknya.

Ibunya bukan seperti ibu kawan-kawannya yang hanya gertak. Ibunya kalau kata, dia buat. Jadi, dia mahu melarikan diri dari ibunya.

"Last warning tau, Zayn. Sekali lagi awak buat macam tadi, no more sweet for you. Jangan harap ibu nak belikan lagi. Even you mengamuk or menangis. Remember that!" Myra memberi amaran dipintu bilik Zayn.

Zayn hanya diam.

Dia tak mengendahkan. Hanya duduk diam sambil menikmati Marshmello kegemarannya.

Namun, perasaan bersalah ada dalam hatinya. Dia bukan tak tahu kenapa ibunya marah. Ibunya sudah berkali-kali memberitahunya kenapa. Cuma, dia saja yang berdegil. Tidak mahu dengar cakap.

Tapi, bukan salahnya. Dia lapar. Tiada makanan diatas meja. Ibunya tidak masak lagi pagi itu kerana barang makanan sudah habis. Dan ibunya juga belum memesan makanan dari food delivery seperti selalu.

Perlahan, Zayn bangun dan keluar dari biliknya. Dia mendekati Myra yang duduk diruang tamu.

"Pergi siap. Kita keluar makan." Kata Myra tanpa memandang ke arah Zayyan. Matnya masih terpejam.

Kepalanya sakit. Badannya juga sakit. Entah apa yang dimimpikan malam tadi sampai sakit seluruh badannya. Rasa lemah dan tak bermaya bila bangun tidur pagi tadi.

Tiba-tiba dia rasa tubuhnya dihimpap oleh satu tubuh kecil. Lehernya dipeluk. Myra membuka matanya.

"Zayyan sorry." Kata Zayn.

Myra angguk.

Zayyan mencium bibir Myra.

"Zayn lapar."

"Ibu sorry. Ibu lupa order makanan."

Zayn angguk.

"Jom siap. Kita keluar pergi sarapan. Pastu, kita beli barang dapur. Tapi, Zayn jangan ambil macam-macam tau. Bulan ni, ibu tak dapat banyak duit. Zayn doa ya. Rezeki kita dipermudah dan diperluas." Pesan Myra.

Zayn angguk dan mengaminkan doa ibunya. Dia tahu keadaan kewangan ibunya. Dia bukan kanak-kanak yang sempurna serba serbi seperti kawan-kawannya yang lain.

Dia tidak punya ayah. Kawan-kawan dan jiran-jiran memanggilnya anak haram. Ibunya kata, dia anak tak sah taraf. Bukan anak haram. Ibu kata, kesilapan ibunya bukan silapnya. Tapi, dia kena tanggung kesilapan itu juga. Kerana inilah masyarakat kita.

Dan dia tahu, ibunya tidak punya kerja tetap. Hanya mengambil upah sebagai pekerja bebas. Kadang-kadang, ibunya dapat lebih. Maka, ibunya akan menyimpan sebahagian dari lebihan pendapatan itu ke akaunnya. Kadang-kadang, ibu dapat sedikit. Sampai terpaksa menggunakan simpanan ibunya. Tapi, ibunya tak pernah lagi menyentuh simpanan untuknya.

"Ibu pakailah duit yang ibu simpan untuk Zayn." Kata Zayn.

"Itu duit Zayn. Untuk Zayn." Kata Myra.

"Tapi, beli barang dapur kan untuk Zayn juga." Balas Zayyan.

"Zayn. Simpan duit tu. Belajar menyimpan macam ibu selalu ajar Zayn. Kalau tak,"

"Ya. Zayyan tahu." Potong Zayyan.

Ibunya akan mengulang cerita yang sama berulang kali. Bukan jelik. Tapi, dia tak mahu ibunya mengenang lagi kisah lama. Dan nanti ibunya akan menyalahkan dirinya. Akibatnya, ibunya akan bersedih berhari-hari.

"Maafkan Zayn. Ibu jangan sedih." Pujuk Zayn.

"Ibu okey je. Zayn ada dengan ibu. My strength. My everything." Balas Myra.

Zayn mencium bibir ibunya.

"Dah. Pergi siap." Kata Myra sambil memukul bontot anaknya itu.





Psssst :
Zayn baca Zayyan
Myra baca Maira

Biasalah. Aku malas nk taip pepanjang. ✌️

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now