SK 64

975 55 6
                                    

Segalanya online.

Mujur keluarga Wati tinggal di Melaka. Makanya, Aidid sendiri yang datang meminang. Bertunang dan sekarang, nikah. Tiada teman dan saudara. Tiada majlis gah yang gemilang. Hanya satu upacara ringkas.

Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. Keluarga Wati pun tak kisah. Bapa Wati memudahkan semuanya. Ibu dan adik-beradik Wati juga banyak membantu.

Alhamdulillah.

Bila dia katakan yang dia akan bawa Wati tinggal dengannya sebaik habis majlis, bapa mertuanya terus setuju. Katanya, itu yang sebaiknya. Lagipun, rumah mereka padat. Wati sendiri berkongsi bilik dengan adiknya. Jadi, bapa mertuanya setuju sangat dengan cadangan Aidid itu.

"Tak menyempat. Kata lepas PKP. Bila dah boleh merentas negeri. Tengok ni, dapat tengok dekat telefon je." Rungut Myra. Masih tak puas hati dengan keputusan Aidid yang mahu mempercepatkan pernikahannya.

Aidid dan Wati hanya senyum.

Aidid punya alasannya. Memang kalau ikutkan hati, dia sedih. Tiada ibu dan keluarga yang mengiringi perjalanan pernikahannya ini. Tapi, dia mahu mempercepatkan. Firasatnya mengatakan, dia harus percepatkan.

"Ibu marah bawa anak gadis orang ke sana ke sini tanpa ikatan yang sah. Lagipun, abang jumpa Wati almost setiap hari. Even sebab kerja tapi tetap jumpa. Tak baik, kan?" Kata Aidid.

Alasannya. Walhal, firasatnya mengatakan ada sesuatu yang akan buat dia akan kehilangan Wati. Dia rasa, dia perlu korbankan Wati untuk sesuatu. Itu punca kenapa dia menyegerakan pernikahan ini.

"Adik doakan korang bahagia. Tulus dari hati ni. Walaupun rasa nak merajuk, tapi, adik happy korang dah bersatu." Kata Myra lagi.

"Terima kasih." Kata Aidid dan Wati.

Panggilan video ditamatkan. Aidid memandang Wati. Tak tahu apa nak buat. Dia jadi blur.

"Kenapa pandang I macam tu?" Tanya Wati.

"Nak buat apa ni?" Tanya Aidid.

Wati ketawa.

"Our first night. Apa lagi?" Usik Wati.

Dia mendekati Aidid yang makin menjauhi. Matanya merenung mata Aidid. Senyuman menggoda terpahat dibibirnya.

"Oh. Stop. Stop. This is not right." Kata Aidid. Menghalang Wati dari mendekatinya.

Wati ketawa.

Dia hanya mahu mengusik Aidid. Melihat reaksi Aidid, buat dia tak tahan mahu ketawa.

"It should be done naturally. Bukan kena paksa. Kan?" Kata Aidid membuatkan makin kuat ketawa Wati.

"Kenapa ketawa? I serious ni." Kata Aidid. Benggang.

Maka makin berdekat Wati ketawa. Dia tak mampu menahan rasa geli hatinya melihat Aidid.

"Cute je you ni." Kata Wati dan menyambung ketawanya.

Aidid makin benggang. Dia benar-benar tak tahu bagaimana mahu memulakan. Rasa janggal pun ada.

Dia tak pernah duduk sebilik dengan perempuan asing. Apatah lagi perempuan itu sudah menjadi isterinya. Lagilah dia rasa janggal. Apa yang perlu dia lakukan? Bagaimana cara untuk melayan seorang isteri? Bukan hanya dalam bilik, tapi seumur hidupnya.

"Sepatutnya, benda ni I fikir before I pergi meminang you dulu. Kan? I thought lepas nikah, dah. Then, I hidup macam biasa. Back to my life. Tapi masa akad tadi, I rasa macam ada satu bebanan kat bahu I. Then, baru I terfikir. My life not gonna be the same. I have you. Anything yang I nak buat, I need to consider you. Need to discuss everything with you. Share with you." Kata Aidid.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now