SK 10

1.4K 92 16
                                    

"Ah kau. Lelaki lain kau boleh layan. Kenapa aku tak boleh? Ha?" Marah Fauzan dan lantas cuba untuk memeluk dan mencium Myra.

Myra mengelak. Dia cuba untuk menutup pintu. Tetapi, Fauzan lebih cepat menangkap tindakan Myra dan terus menarik Myra dan dipeluknya.

"Lepaslah." Myra meronta minta dilepaskan.

Tetapi Fauzan lebih menggila. Dia tolak Myra yang masih didalam pelukannya untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi Myra hanya kaku. Tidak bergerak. Tidak mahu sehingga masuk ke dalam. Tidak juga dia mahu menjerit meminta tolong.

Dush.

"Ops. Sorry. Tak terniat pun nak tumbuk. Terkuat pula tu." Kata Rafa tanpa rasa bersalah.

Fauzan mengelap bibirnya yang ditumbuk oleh Rafa. Tiada darah. Dia memandang Rafa dan Myra silih berganti.

Zayn berdiri dihadapan ibunya. Dengan wajah bengis. Dia kenal Fauzan. Antara lelaki yang selalu mengganggu ibunya. Yang datang dan minta ibunya untuk melayan mereka. Yang pastinya, akan buat ibunya menangis.

"Oh. Lupa nak bagitahu. Esok, I nak install camera depan rumah you. If anyone kacau you. Just called the police. Dan don't forget to make copies and send them to their wife. And, post it in social media." Kata Rafa kepada Myra.

"Orang-orang macam ni, perlu diajar. Jangan sampai you kena pijak dengan dorang ni." Kata Rafa memandang ke arah Fauzan.

"Ingat tau. Sekali lagi you datang sini. Ganggu family I. I'll make sure, you akan hidup sambil berdoa supaya mati." Ugut Rafa.

"Apa lagi you tunggu? Pergilah. Ke, you nak I buat police report?" Sergah Rafa.

Fauzan bangun dan terus pergi. Bukan kerana takut dengan ugutan Rafa. Kerana dia adalah pegawai polis. Tapi, dia tak nampak kenapa dia perlu untuk terus berada disitu.

"You ni. Ugut polis." Kata Myra.

"Polis ke tu?"

Myra dan Zayn angguk.

"Kenal?"

Myra dan Zayn angguk sekali lagi sambil menunjukkan kearah rumah Fauzan yang berada ditingkat bawah.

"So, I really need to install cctv in front of your house then." Kata Rafa.

"Mengarutlah you ni." Kata Myra sambil menunjukkan ke arah kamera yang berada diruang tamu rumahnya yang menghala tepat ke arah pintu rumah.

"Kamera tu buat apa? Bukan cctv. Tak valid tau." Kata Rafa.

"Better then langsung tak ada bukti. Kan? If I nak report, dah lama dah." Kata Myra.

"Kesian lagi la sebabnya. Kan?" Tanya Rafa.

"Takkan nak biar wife dia jaga anak-anak dorang. Anak berderet tu. 6 ke 7 orang. Semua kecil lagi. Yang sulung, baru darjah 4. Kesian tau. Dah lah wife dia tak kerja. Fully housewife." Jawab Myra.

Rafa geleng kepala.

"Pakcik!" Tiba-tiba Zayn menjerit memanggil Izy yang sudah bergerak berlalu ingin meninggalkan mereka.

Izy diam.

Dia hanya memandang Zayn yang sedang berlari menuju ke arahnya. Zayn terus saja memeluk Izy. Teresak menangis.

Izy angkat Zayn. Mendukung Zayn. Memeluk Zayn.

"Jangan cakap dengan ibu Zayn nangis." Kata Zayn.

"Kenapa ni?" Tanya Izy.

"Ada orang kacau ibu lagi. Zayn tak suka tengok orang kacau ibu. Paksa ibu peluk dorang. Bila ibu tak nak layan, dorang tabur fitnah. Kata ibu goda mereka. Buat semua orang kata ibu pelacur." Kata Zayn.

"Ibu pernah layan dorang?"

Zayn geleng.

"Dah tu? Kenapa dorang datang?"

Zayn geleng.

Izy diam. Dia nampak keadaan tadi. Tak sempat dia mahu menolong Myra, dia nampak Zayn dan seorang lelaki sudah berlari mendekati Myra. Lelaki itu siap memberi penumbuk kepada lelaki yang memeluk Myra.

Bila dia lihat Myra sudah tersenyum, maka, dia mahu berlalu. Tak mahu mengganggu. Tidak disangka, Zayn melihatnya dan datang menangis dipelukkannya.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now